Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2011

Janganlah Berkahwin Perempuan Yang Ada 6 Sifat Ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah" . 1. Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 2. Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar. 3. Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wan

Imam Muda Musim Kedua

Jutaan Tahniah aku ucapkan untuk dua orang sahabat seperjuangan yang berjaya menaiki pentas Imam Muda musim ke-2 ini, Tak sangka juga anda terpilih. Muhd Fakhrurrazi Hussin, 27. Bersahabat dengan beliau ketika sama-sama belajar di Sana'a Yaman. Ammar Wan Harun, 27, Kami sama-sama belajar di Madrasah Miftahul Uloom Sri Petaling, dia senior skit la. Nak download video pelancaran ni pun boleh, klik sini 

Doa Buat Tok Ayah

Pada hari Jumaat , 15 April , di Kilometer 42.3, Lebuh Raya Karak, Arah Bentong, Bukit Tinggi, Pahang pada jam 7.30 petang, sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu oleh seorang Ahli Perniagaan juga salah seorang karkun lama (orang dakwah) di Terengganu telah terlibat dalam kemalangan. Arwah dikenali dengan nama Tok Ayah atau nama sebenar Yusuf Abdur Rahman,67 tahun. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh arwah terbabas masuk ke bawah treler yang membawa baja seberat 35tan dan terlekat disitu tanpa disedari oleh pemandu treler tersebut yang terus mengheretnya hampir 100 meter, beberapa anggota bomba yang baru pulang dari kursus di Kuala Lumpur menaiki pacuan 4 roda melihat kejadian terbabit segera memintas dan memaklumkan kepada pemandu treler itu, akibat rempuhan yang kuat menyebabkan besi penghadang belakang treler telah patah, arwah yang tersepit ditempat duduk cedera teruk dikepala dan badan meninggal di tempat kejadian, sepasukan anggota Bomba Bentong te

Belajarlah Untuk Bercakap

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua keadaan.” (riwayat muslim) Kita adalah manusia, kita ada mulut, lidah  dan kotak suara yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebagai perantaraan untuk kita bercakap. Sebagai seorang beriman,kita harus percaya bahawa Allah s.w..t telah mencipta Malaikat yang mencatit segala perbuatan kita setiap hari hingga kita MATI, ia juga mencatit segala patah perkataan yang kita sebut dan ucap pada setiap saat dan detik. ...... Aku nak pesan diri aku, Wahai Manusia, jadilah kamu insan yang berkasih-sayang sesama manusia, yang pandai menghormati orang yang lebih tua, yang mengasihi orang yang lebih muda. Ingatlah suatu hari kamu akan mati, mayatmu akan dimandikan ,dikafankan dan disembahyangkan, kamu tidak mampu berbuat apa-apa, hanya diam kaku disitu,hinggalah kamu disimpan di dalam tanah, bertemankan keranda dan kain kafan.. Oh insaf aku se

Ustaz Belasah Budak

Petikan dari HarianMetro ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.  Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.  Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit. Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu. Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku

Bila wanita dah Mengidam

Pernah tak kita dengar, ada wanita yang sedang sarat mengandung mengidam nak solat tahajud 8 rakaat, atau nak khatam Al-Quran 30juz. Mesti takde kan?. Yang selalu kita dengar, wanita ni kalau dia mengandung mesti mengidam benda yang pelik2 dan susah nak cari. Itu bermakna, mengidam ni adalah kehendak nafsu semata, dan sebenarnya mengikut kehendak wanita yang mengidam ni bukanlah sesuatu yang perlu dipenuhi pun, ada orang tua2 cakap kalau tak sempurnakan kehendak ibu mengandung, nanti anak kena penyakit pelik. Hmm,itu semua tahyul. Nafsu ni bila dah kita selalu sangat ikut, lama kelamaan kita yang akan penat, seolah-olah nafsu pula yang mengawal diri kita. Memang tidak salah untuk si suami memenuhi kehendak isteri, tapi kalau dah minta makanan yang pelik2, yang susah nak cari, tak ke dapat dosa tak pasal2, menyusahkan suami. Tengok paper kat atas tu, bila isteri dah selalu sangat mintak kat suami, sampai serabut si suami tu dibuatnya, bukannya suami tu tak pernah cuba untuk penuhi