Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

Leka Dalam Kepalsuan

Setiap manusia yang beriman perlu muhasabah dan tilik diri masing-masing, apa yang telah kita buat selama ini?.. Berapa banyak dosa dan salah silap kita kepada Allah..Bagaimana pula dengan hati manusia lain yang telah terluka kerana mulut kita.. Masa kita yang telah terbuang pada perkara yang tidak berguna... Kehidupan yang Tuhan berikan sangat sedikit dan sekejap cuma, bukan beribu tahun pun bahkan puluhan tahun sahaja. Dalam keadaan macam ni pun kita masih sombong dengan Allah Tuhan yang mencipta Alam semesta dan yang mentadbir kita semua. Padahal kita akan jumpa jugak dengan Allah suatu masa nanti, setiap amalan kita direkod untuk dipaparkan di hari akhirat kelak, dan masa itu pasti akan tiba..  masihkah kita tidak takut? Setiap perintah Allah kita buat main-main, kita rasa takpe Allah kan Maha Pengampun. Sedangkan kita tak tahu pun yang Allah sedang marah dengan perbuatan kita. Selama ni kita telah sibuk dengan dunia, sibuk dengan mencari rezeki halal kononnya hinggakan ter