Skip to main content

Posts

Eratnya mereka..

Saya sekeluarga telah berpindah di Kampung Pusu Tiga, Gong Badak, Terengganu. Ya, kami telah berpindah ke rumah sewa, suasana yang baru, kawan baru, rumah yang baru semestinya lah kan. Semasa di losong dahulu, suasana perkampungan agak jauh bezanya, di losong mereka tinggal dalam kampung warisan dan turun-temurun tapi di sini mereka ada yang datang dari jauh, ada yang berhijrah.. dan mereka menikmati hari-hari pencen mereka. Suasana di surau agak "berlainan". Surau dipenuhi dengan masyarakat luar negara yang rata-rata adalah penuntut Bachelor, Master dan Phd di Universiti Malaysia Terengganu. Ada di kalangan mereka daripada Sudan, Nigeria, Oman, Pakistan, Yaman, Syria dan lain-lain. Saya sangat teruja melihat gelagat mereka yang sangat ramah dan mesra, bukan sahaja sesama mereka, malah sesama masyarakat setempat sekalipun. Hampir setiap waktu solat, mereka akan bertemu dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain seolah-olah mereka seperti sudah lama tidak berjumpa. B
Recent posts

Leka Dalam Kepalsuan

Setiap manusia yang beriman perlu muhasabah dan tilik diri masing-masing, apa yang telah kita buat selama ini?.. Berapa banyak dosa dan salah silap kita kepada Allah..Bagaimana pula dengan hati manusia lain yang telah terluka kerana mulut kita.. Masa kita yang telah terbuang pada perkara yang tidak berguna... Kehidupan yang Tuhan berikan sangat sedikit dan sekejap cuma, bukan beribu tahun pun bahkan puluhan tahun sahaja. Dalam keadaan macam ni pun kita masih sombong dengan Allah Tuhan yang mencipta Alam semesta dan yang mentadbir kita semua. Padahal kita akan jumpa jugak dengan Allah suatu masa nanti, setiap amalan kita direkod untuk dipaparkan di hari akhirat kelak, dan masa itu pasti akan tiba..  masihkah kita tidak takut? Setiap perintah Allah kita buat main-main, kita rasa takpe Allah kan Maha Pengampun. Sedangkan kita tak tahu pun yang Allah sedang marah dengan perbuatan kita. Selama ni kita telah sibuk dengan dunia, sibuk dengan mencari rezeki halal kononnya hinggakan ter

13 perkara untuk wanita

1. Bulu kening Menurut Imam Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.  2. Kaki (tumit kaki)  Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah 3. Wangian  Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.  4. Dada Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung

Anjakan Paradigma

Memukul bulu tangkis ini akan menjadi faktor anda ke hospital, harap maklum Untuk yang kesepuluh tahun kalinya, hamba ini memegang raket badminton, dan meluru masuk ke gelanggang badminton untuk beraksi bersama rakan-rakan. Ini semua berlaku gara-gara adik iparku yang pandai memujuk dan memberi semangat kepadaku. Kerana aku yang berkaki komputer yang tabiatnya lepak kat dalam rumah je sejak bertahun-tahun lamanya. Maka berlakulah kejadian yang tidak diingini pada keesokan harinya, AKU SAKIT BADAN. Setelah sedikit kajian dan analisis dibuat, maka aku telah mendapati bahawasanya ini berpunca daripada tidak memanaskan badan sebelum bermain, mungkin kerana terlalu excited kot. Jadi ringkasnya., aku perlulah memanaskan badan terlebih dahulu sebelum bersukan untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang. Kemudian timbullah satu persoalan, perlukah aku melakukan aktiviti seperti dibawah ini di dalam dewan badminton di khalayak ramai. Oh menyeramkan... mari memanaskan badan

Berfikirlah di luar kotak

Semasa aku di dalam kuliah, seorang pensyarah sedang memberi penerangan dengan bersungguh-sungguh kepada para pelajarnya: " Di dalam sistem pengurusan, setiap tindakan yang dibuat mestilah berkesan dan cekap, malah. .." .Belum habis pensyarah memberi penerangan tiba-tiba salah seorang pelajar lelaki mencelah dengan selambe, " Oh, maknanya kedua-dua ciri ini mesti ada  dalam pengurusan kan ?" . Pelajar-pelajar lain di dalam kelas tersebut semua kebingungan, ada yang geleng kepala, ada yang cakap "soalan bodoh macam tu pun nak tanya ke?. Dah tahu bertanya pula...aduhai. Jadi kesudahannya masing-masing tak puas hati dengan sahabat yang kecoh tersebut hinggakan ada yang melepaskan geram dengan mengigit-gigit kuku mereka malah ada juga yang mengorek hidung. Huff..                                                                                              *********************************** Tolonglah jangan buat muka b*d*h macam nii! Peristiwa beri

Takbir Oii

Alhamdulillah syukur, sempat juga puasa penuh untuk tahun ini dan sama-sama menyambut Aidilfitri bersama keluarga. Adakah mungkin ini kali terakhir aku beraya dalam keadaan masih teruna..oh Selesai solat maghrib tadi, ada sahabat di masjid jumpa aku, dia minta printkan untuk dia teks takbir raya.. aku pun mengangguk dan janji lepas isyak aku akan bawa. Aku copy text tu dalam 10 keping then lepas isyak aku bagi kat sahabat yang minta tadi sekeping, yang bakinya aku letak kat almari quran. Lepas isyak ada takbir, ramai orang kampung berminat dengan text yang aku print tu sebab kebanyakkan diorang ni dah lupe kalimah takbir tu, sampai tak cukup 10 keping yang aku print tu..hehe Ye tak ye jugak kan, setahun 2 kali je pun.. Ini mengingatkan aku bahawa perkara yang jarang kita buat, maka kita selalu lupa, jadi alangkah baiknya kalau kita biasa2 kan perkara yang baik2 supaya kita tidak akan lupa... Sekian Selamat Berhari Raya..

Panduan Beraya

Salam semua pembaca, maaf atas sebab lama juga saya tidak mengemas kini blog yang agak 'berhabuk' ini atas faktor kesibukan. Raya dah dekat, puasa korang macam mana?. Amal Ibadat?. Huh.. Itu soalan yang biasa disoal oleh kawan-kawan yang agak alim dan warak, susah juga nak menjawabnya kan?. Ok lah, kita akan beraya 2 hari lagi kalau tak silap, jadi apakah perkara yang perlu kita ambil tahu tentang Hari Raya ni?. Supaya segala pahala dan amal kebaikan kita selama sebulan Ramadhan tidak terbakar begitu sahaja. Pantang larang berhari Raya  Bila menjelang hari raya, maka ramailah sanak saudara dan jiran tetangga yang kita akan berjumpa untuk mengeratkan silaturahmi. Jadi ramailah dikalangan masyarakat yang tak berapa berilmu ini tidak menitik beratkan isu dalam salam menyalam ini.Iaitu mereka boleh bersalam dengan sesiapa sahaja, bini orang atau suami orang. Dan inilah yang diamalkan oleh puak yang mengaku diri mereka moden dan 'advance'. Huff, tahu tak? bersalam de