Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Membudayakan Sporting

" Tu haram,ni haram..habis tu apa yang halalnye?..Meluat lah aku ngan ko ni,berlagak alim pulak, tak SPORTING langsung." ...... 786 Sebut je pasal sporting, teringat pulak aku kat sport-rim..hehe (lari tajuk pulak).Ok lah,kali ni aku nak kupas Isu Membudayakan Sporting nih. Bukan apa, sebagai salah seorang remaja Melayu, aku pun punya nafsu dan kehendak, aku nak hidup senang, ada teman hidup, poket selalu penuh, boleh buat apa sahaja yang aku suka, tapi aku sedar, kita hidup bukan selamanya, dan kita pasti akan jadi Mayat satu hari nanti, mungkin esok atau lusa, dan yang paling menakutkan adalah aku terpaksa tinggalkan segala benda yang aku sayang, dan yang aku bawa hanyalah Iman dan Amalan aku, Alangkah baiknya kalaulah amalan buruk itu dapat aku tinggalkan di dunia, dan aku hanya bawa amalan baik...Tetapi sayang, Allah tidak mengizinkan, aku terpaksa membawa amalan burukku  ke alam akhirat. Kenapa bila ada orang nak amalkan agama, maka mereka akan dilabelkan seba

Oh Pandainya dia ( LIBERALISM)

ABAIKAN GAMBAR INI SEANDAINYA  ANDA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM " Biasanya ucapan di atas ditujukan kepada kanak-kanak kecil, tapi buat kali ini aku ucapkan buat Sang Penganut Agama Liberal". Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan cyber ini, sebenarnya dalam otak aku ni dah serabut sangat dengan karenah-karenah masyarakat sekarang, kalau orang lain aku tak kisah sangat, tapi kawan-kawan aku pun dah mula berjangkit dengan Wabak liberalism nih.. First sekali sebelum korang semua baca post aku kali ini, apa kata korang kenali dahulu apa itu LIBERALISM , Ketika masyarakat Islam di seluruh negara menyambut Hari Maulidur Rasul dan tidak menyambut Hari Valentine, ada beberapa golongan yang 'pandai' telah mula tunjuk belang, ada yang mencemuh, ada juga yang memaki, mereka tidak bersetuju dengan fatwa kerajaan yang mengatakan menyambut Hari Valentine itu haram disisi Islam. Ada salah seorang yang 'pandai' berkata : "Kita kenalah open minded, zaman se

Syurga untuk yang bersusah payah

Baginda Nabi Muhammad s.aw. seringkali menegaskan bahawa, " Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan). Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah s.w.t dan Rasul s.a.w serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.Apatah lagi di zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup moden yang banyak bertentangan dengan Islam. Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang

Dengki adalah daki

Salam pembaca semua, harap anda semua sihat wal afiat. Maaf lama juga penulis tidak sentuh blog ini,banyak perkara perlu diselesaikan. ....... ......... Entri kali ini penulis yang serba daif ini ingin mengupas sedikit isu mengenai MULUT. Mulut adalah anugerah daripada Allah s.w.t yang diberikan kepada manusia, sepatutnya kita amat bersyukur kerana mempunyai mulut yang boleh kita gunakannya untuk makan minum, bercakap, ketawa dan sebagainya. Bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah tidak memadai, Alim Ulama' kita memesan salah satu bentuk syukur yang sangat perlu adalah kita menggunakan nikmat itu pada jalan yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t. Untuk pengetahuan pembaca, Baginda Rasulullah s.a.w pernah memberitahu kita supaya berhati-hati dengan mulut (lidah), kerana disebabkannya ramai orang dicampak kedalam neraka. Apa yang keluar dari lidah mestilah berpunca dari hati, kalau hati seorang insan itu bersih, nescaya kata-katanya akan jadi suci dan bersih, tetapi kalau seba