Sekarang ni aku nak cerita sikit lah mengenai pengalaman aku ketika bersemuka dengan seorang uncle arab yang lagak macam bagus sangat ni. Pagi tadi aku ada exam di institut bahasa,so lepas selesai exam,aku pun singgah breakfast di sebuah gerai makan,kebetulan pulak sesak,tak macam hari2 lain,aku pun duduk la kat sebelah sorang uncle yang bermisai tebal dan licin dagunya ni,coz kat situ tempat kosong,aku pun order teh susu dan sandwich,time aku tengah tunggu makanan tu,aku perasaan uncle kat sebelah aku ni asyik duk jeling kat aku je,pastu dia cakap2 ngan member dia 2,3 orang kat situ,aku dah geram dah time tu,agak2 la kalau nak mengumpat pun,cover la skit,diorang rasa aku ni tak faham bahasa arab kot...tak pe2,lepas makanan sampai,aku pun makan dengan lahapnya,maklumlah semalam tak makan,diet hehe... tiba-tiba uncle tu cuit aku,dia tunjuk isyarat kat janggut aku,di suruh potong...aku pun dengan sandwich yang masih kat dalam mulut menggelengkan kepala,dia tanya: "Leish?" (kenapa?)...aku jawab :"Wajib ya am"..(wajib la pakcik!)..dia pun tesengih kat aku,member2 dia pun buat2 pandang kat tempat lain,malu la kot...
lepas abis makan diorang masih kat c tu lagi,berbual-bual dengan menggunakan bahasa kampung badwi yang aku tak boleh nak faham,so aku tak puas hati lagi time tu,aku pun cakap kat diorang:"limaza sha'bukum yufarridu alshaarib wannabi yufarridul lihyah wa amarana biakhzis sharib?"...(kenapa masyarakatkamu(orang2 yaman) mewajibkan misai?,sedangkan Nabi sendiri mewajibkan janggut dan memerintahkan kita mencukur atau menipiskan misai?)...uncle yang berlagak tadi tetiba jadi macam budak kecik je kat depan aku,tak tau nak cakap apa dah...Itulah,berani sangat tegur orang lain sebab benda yang tak patut ditegur,ni la orang tua zaman sekarang,benda baik/wajib ditegurnya macam salah,benda2 buruk dibiarnya berleluasa...tak faham betuuul.
Kalau korang datang ke Yaman,korang akan dapat lihat sendiri,kebanyakan dari masyarakat mereka,bermisai tebal,macam orang hindu,yang berjanggut ni amat kurang,bahkan sesiapa yang berjanggut diorang akan panggil "mutawwi"(tok lebai),ni semua punca ikut apa yang nenek moyang buat,tak ikut apa yang Nabi Muhammad s.a.w buat..
Kisah tersebarnya islam ke yaman pun,kerana misai jugak,korang boleh tengok kembali sejarah sampainya islam ke Yaman.Ketika Zaman Nabi,kerajaan Yaman ketika itu belum lagi islam,maka mereka menghantar 2orang utusan untuk bertemu dengan Nabi,rupa dua utusan tersebut bermisai tebal dan tidak berjanggut...mereka pun bersemuka dengan Nabi,layanan Nabi terhadap mereka amat teruk(menunjukkan Nabi tidak suka)...Nabi tidak memandang wajah mereka pun..Nabi bersabda kepada mereka:" Tuhan kami memerintahkan kami supaya menyimpan janggut dan mencukur misai"
Korang boleh kaji balik cerita ni,pandai-pandailah korang cari,sebab aku dengar sendiri dari ustaz aku:Maulana Hazim(pengajar dauratul hadith di Madrasah Sri Petaling),dan aku juga pernah dengar dari Al-Fadhil Syeikh Abdul Majeed Zindani(pengasas Universiti Al-Iman,Sana'a Yaman)...beliau seringkali menyebut tentang kisah tersebut dalam beberapa ceramah beliau,tapi sayang sangat,orang-orang yaman ni tak ambil tauladan dan pedoman,hanya segelintir sahaja yang beramal dengannya..
Comments