Satu hari Pak mat telah menunggang basikal buruk sambil membonceng anaknya mengelilingi kampung, maka mereka pun melintasi sebuah warung kopi, lalu terdengar orang-orang disitu mengumpat tentang dirinya, "Apalah pak mat tu,tak patut dia naik basikal dengan anak dia,kan berat tuu, basikal dah la buruk". Maka turunlah Pak mat dari basikal dan berjalan kaki lah dia sambil anaknya yang mengayuh basikal buruk itu, Tak lama selepas itu mereka pun melalui sebuah perhentian bas, maka terdengar pula budak-budak muda menjerit kearahnya " Pak cik oi,anak tu jangan diajar biadab dari kecik". Terkejut pak mat mendengar teriakan pak cik tersebut, lalu dia pula yang mengayuh basikal buruk itu, dan anaknya berjalan kaki. Kemudian melalui pula sebuah pasar, makcik-makcik dan nenek-nenek pula yang berkata kepada pak mat, " Eh ko ni mat, tak kesian ke kat anak tu, nanti pengsan pulak keletihan." Pak mat pun dengan ke'geram'annya yang teramat melampau telah mengangkat basikal buruk itu bersama-bersama anaknya,maka terloponglah penduduk disitu sambil mata terbeliak...TAMAT
Moral kisah diatas adalah:-
Anda hendaklah yakin apa yang anda buat kerana setiap orang ada pendapat mereka sendiri, kalau anda rasa pendapat orang itu berlandaskan Agama, maka dahulukanlah. Biar jelas apa yang kita buat, kalau tidak kita yang akan penat, seperti kisah diatas, Pak Mat sepatutnya tidak menghiraukan orang yang pertama menegurnya kerana Pak Mat yang pilih basikal buruk itu untuk dibawa bersia-siar, maka dia sendiri tahu apa yang akan terjadi pada basikalnya, dan apa nasibnya. Oleh itu kenapa perlu bertindak melulu?..itu yang menyebabkan berlakulah teguran demi teguran.
Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu...Sekian
Comments