Baru-baru ini, saya ada terjumpa satu forum yang kononnya berbincang mengenai Aqidah Jemaah Tabligh yang terpesong dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya telah perhatikan setiap forumers di dalam forum tersebut kebanyakkan orang-orang yang tidak pernah bersama dan berbincang dengan Alim Ulama dalam Usaha Dakwah & Tabligh, maka dengan mudah mereka membuat rumusan dengan hanya sekadar melihat sekilas pandang, malah ada juga yang bertanya tentang aqidah terhadap orang jahil yang baru ikut Tabligh 3 hari, Ya Rabbi, sememangnya lah dia tak terjawab..
Mungkin mereka yang kata begitu sebenarnya tidak tahu aqidah yang dipegang oleh Jemaah Tabligh adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini boleh dibuktikan dari ucapan dan ceramah para masyaikh dan ulama' mereka, samada di Masjid Seri Petaling, ataupun mana-mana markaz dunia, walaupun mereka tidak meletakkan slogan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah, tetapi dapat dibuktikan seperti berikut:-
1. Mereka telah membina Madrasah/ Sekolah Pondok yang mengajar mata pelajaran Kitab-kitab Muktabar dan Terpilih, jika anda sukar untuk mempercayainya bolehlah solat berjemaah di Masjid Seri Petaling,Kuala Lumpur, kemudian pergi ke sebelah kanan masjid, maka anda akan melihat Kompleks Madrasah mereka, sistem pengajian yang mereka guna adalah sistem Madrasah Deoband, sistem ini diguna pakai oleh banyak Madrasah-madrasah Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, seperti Madrasah Darul Uloom di Canada, South Africa, United Kingdom, U.S.A dan banyak lagi. Kelebihan sistem ini adalah kerana mereka mengambil masa 8 tahun untuk sampai ke tahap Maulana/ Alim, tahun pertama hingga tahun keenam, kitab-kitab yang mereka belajar diantaranya, Matan Ajrumiah, Nahu Wadih, Hayatus Sahabah, Ibnu Aqil, Warqat, Mantik, Iqnak, Anwarul Masalik, Kifayatul Awam, Misykatul Masabih, Fiqhul Minhaji, Matan Al-Bari dan banyak lagi. Tahun ketujuh dan kelapan pula diisi dengan pengajian Sunan Sittah, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Saya berani kata bahawa di Malaysia terdapat hanya 2 sahaja tempat pengajian Sunan Sittah yang bersanad hingga ke Rasulullah s.a.w, iaitu di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur, dan satu lagi di Madrasah Darul Quran Kubang Bujuk Kuala Terengganu. Dan kedua-dua madrasah besar ini diuruskan oleh jemaah tabligh.
2. Maulana Yusuf r.himahullah adalah pengarang kitab Hayatus Sahabah yang diguna pakai oleh setiap individu yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan beliau adalah Hadratji ( Ketua/ Orang Tanggungjawab) didalam jemaah tabligh sebelum beliau meninggal dunia. Maulana Zakariyaa Rah.Alaih juga adalah salah seorang yang bergiat dalam dakwah dan tabligh, beliau telah mengarang Kitab Syarah Muwattho' (Auzajul Masalik). Begitu juga Maulana Saad Al-Khandahlawi ( Ketua sekarang) , beliau banyak mengarang kitab, diantaranya Muntakhab Hadith, dan ramai lagi Alim Ulama mereka yang jelas berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah.
3. Mereka tidak pernah berpegang kepada aqidah Muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk.
4. Mereka juga berpegang dengan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat.( Tauhid Ahli Sunnah)
Keyakinan mereka terhadap Tauhid Rububiyyah sudah tidak ada keraguan lagi apabila mereka sanggup meninggalkan anak isteri mereka untuk keluar dijalan Allah s.w.t, dan menyerahkan mereka kepada Allah s.w.t, kerena mereka yakin bahawa rezeki itu datang dari ALLAH s.w.t, Tuhan Pemberi Rezeki. Tetapi bila mereka mengajak orang yang suka menuduh dan mengutuk mereka, maka orang-orang ini akan kata; Keluar dijalan Allah 4 bulan?!!.. macam mana anak isteri aku nak makan?!!!!!..
Maka Aqidah Rububiyah apakah ini?
Comments
klu kita baca kitab aqidah tohawiyyah kita akan kenal siapa golongan ahli sunnah wal jamaah..
ahli sufi/tasawuf/tabligh..
ini lah sebenarnya pnggerak ahli sunnah wal jamaah. tanpa pergerakan mereka dah lama aqidah ummat islam ni rosak ..
jawapan yg tidak meyakinkan dari tuan blog.sila beri pandangan anda pada link:
http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html
assalamualaikum..
saya cuma nak tanya saudara, adakah betul dan yakin saudara katakan seperti "4. Mereka juga berpegang dengan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat.( Tauhid Ahli Sunnah)" boleh bagi nama kitab muktabar x, sbb sepanjang pengajian kitab sperti, akidahtunnajin, risalah tauhid, fathul majid dan seumpama kitab2 muktabar sekalian tiada disebut tauhid yg saudara sebutkan. apa yang menjadi inti pati dalam ahli sunnah wal jamaah adalah sifat 20.. mintak penjelasan