Dengan nama tuhan yang maha berkuasa keatas semua makhluk, saya mulakan kata bicara ini yang akan membongkar segala apa yang telah diamalkan masyarakat Melayu Islam sejak turun temurun.
Membaca surah Al-fatihah diantara dua doa, adakah ianya amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w?
Kita sedia maklum bahawa apa sahaja perbuatan yang kita mahu jadikan ia sebagai amalan harian kita, maka ianya haruslah bersebab dan berdalil, sebagaimana anda yang berpantang dalam memakan makanan yang manis maka anda mempunyai sebab iaitu kerana anda menghidap penyakit kencing manis. Apatah lagi dalam amalan Agama kita yang suci ini, maka ia berhajat kepada Al-quran dan Hadis, bukannya sekadar ikut mengikut sahaja.
Berkenaan dengan membaca surah Al-fatihah antara dua doa ini maka ianya tiada didalam Hadith ataupun Al-Quran, mungkin ianya sekadar amalan Ulama'terdahulu, kerana Surah itu sendiri adalah doa, maka tidaklah salah untuk kita amalkan, cuma haruslah kita tahu bahawa ia bukanlah amalan Rasulullah s.a.w, supaya anak cucu kita tidak salah sangka bahawa amalan ayah dan atuknya ini sebenarnya bukanlah wajib.
Apa yang jelasnya adalah membaca al-Fatihah diantara dua do'a tidak terdapat dalil mengenai kesahihan dan kaifiatnya. Malah, amalan membaca al-Fatihah selepas berdo'a pun tiada nas. Menurut Fatwa al-Lajnah al-Daaimah :-
لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه كان يقرأ الفاتحة بعد الدعاء فيما نعلم
"Tidak kaitan dari Nabi s.a.w mengenai membaca al-Fatihah selepas do'a dari apa yang kami tahu"
Didalam hadith yang di riwayatkan oleh al-Tirmudzi dan Abu Daud, bahawa ada seorang lelaki yang berdo'a dan tidak mengakhirinya dengan berselawat keatas Nabi, Nabi saw mengatakan : Apabila seseorang berdo'a hendaklah di memulakan do'a dan mengucap bertahmid (al-hamdulillah), kemudian (pada akhirnya) dia berselawat keatas Nabi saw.
Telah tercatat didalam Ensiklopedia Feqah Kuwait bahawa seseorang itu selepas selesai berdo'a, maka hendaklah membaca :
وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
"Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! " [Surah Yunus : 10]
Semoga kita sama-sama ambil manfaat,
Wallahu a'lam..
Comments
namun begitu, saya sendiri belom pernah lagi terjumpa riwayat itu.. uhuhuhu.. pening betol
juga saya agak kecewa dengan sikap sesetengah golongan ustaz melayu kita yang tak mahu terima teguran dengan alasan amalan yg tersebut dah diamalkan oleh ulama ulama zaman silam...tapi siapa ulama zaman silam yg dimaksudkan ? mereka tak jelaskan pon..
sedangkan ada terdapat ramai ulama hijaz, ulama India-Pakistan yg tak beramal pon dengan amalan tersebut,...
sepatutnya mereka (ulama melayu kita)terbuka dalam mendengar pandangan dan pendapat serta ikhlas untuk berubah demi keredaan Allah swt.
bukannya kita bermaksud untuk melekehkan atau merendah-rendahkan ulama2 melayu kita...
semoga Allah terima iman amal saya dan seluruh umat..