Sape entah..
"ISLAM BUKAN AGAMA MILIK ABAH KAMU, TETAPI IA MILIK ALLAH, TUHAN KITA..OLEH ITU JANGAN PANDAI-PANDAI UBAH IKUT SELERA NAFSU KAMU.
Agama Islam di Malaysia sekarang dah semakin jatuh, nampak macam semakin maju dan diterima ramai, tetapi sebenarnya semakin merosot kerana Agama Islam di Malaysia dipelopori oleh masyarakat yang mengikut citarasa Barat dan Hiburan, kononnya mahu mendekatkan golongan muda.. Pttuiiih, korang semua sebenarnya nakkan pengiktirafan dari Orang2 hiburan je kan, cakap je lah"..luah kawan saya dengan nada kurang mesra.
Bawak bersabar sedara, memang betul Islam di Malaysia semakin merosot, jatuh dan menurun, tapi apa yang kita dah buat sebagai salah seorang rakyat Malaysia, duduk rileks sambil goyang kaki dengan bini ke?, kita juga ada hak di akhirat nanti yang akan dipersoalkan, sebab apa kita biarkan agama merosot?. Masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang jauh sangat dari Agama, mereka hidup seperti kehidupan non-Muslim, breakfast dengan Nugget, lunch makan Burger sambil minum air A&W, itu aku tak kesah sangat, yang aku kesah, apabila dia tu jiran aku atau orang yang aku kenal, dia mengaku Islam, tetapi solat lima waktu pun tak cukup, puasa bulan Ramadhan pun seminggu je, lepas tu uzur katanya..lelaki pun ada uzur ke.
Sebenarnya situasi mereka semua adalah sibuk bekerja demi mengejar hutang dan lalai dengan hiburan dunia yang dicipta oleh kaum kafir yang jadikan dunia ini sebagai syurga, mereka tidak tahu tentang Syariah Islam, apatah lagi HUDUD yang sedang panas diperkatakan sekarang, tugas kita sebagai individu yang tahu sedikit sebanyak mengenai Agama adalah memberi penjelasan kepada mereka dengan hikmah dan lemah lembut, ataupun dalam erti kata yang lain "DAKWAH".
Bila sebut DAKWAH semua orang macam boring kan, sebab kena malukan muka depan orang ramai atau kawan-kawan. Bro, tahu tak Nabi Muhammad s.a.w dan Para Sahabat baginda r.anhum hari-hari bagi masa untuk sebarkan Islam, sedangkan ada dikalangan para sahabat C.E.O, pemilik pelabuhan dan sebagainya. So kita ni siapa sehinggakan ada pengecualian ni?. Tak takut ke kena soal kat akhirat nanti.
Namun, kita kena ingat suasana akan berubah menjadi baik dengan syarat ianya harus bermula dari diri kita dahulu, kalau diri kita sendiri pun tak mampu nak kawal dan patuh kepada Ajaran Tuhan, bagaimana isteri dan anak-anak?. Itu belum cerita masyarakat, rakyat dan negara. Ramai orang di Malaysia ni nak yang express, tak nak yang susah payah ni. Ingat, Agama Islam hanya akan maju dengan Ilmu, Taqwa dan Pengorbanan.
Jadi, aku nak minta tolong sangat kepada muslim2 moden di Malaysia ni, hentikanlah menyebarkan maksiat dalam beragama. Jangan kerana kepentingan, pengaruh dan pengiktirafan, kamu sanggup gadai Islam.
Apa sahaja yang Rasulullah s.a.w bawa memanglah asing dan ganjil di akhir zaman, jadi tetaplah kamu dalam keadaan ganjil dan asing, kerana disitu ada bantuan dan pertolongan dari Tuhan.
Comments
Kamu tidak akan dikira beriman sebenarnya selagi hawa nafsu kamu tidak mengikuti agama yg Nabi S.A.W bawa.
Wahua'alam...