Korang kaum lelaki telah tanya kepada aku seperti tajuk diatas, jadi aku tak mahu jawab panjang-panjang takut kering air liur aku..jadi terpost lah disini..selamat membaca dan ambil manfaat.
..............................
Fadhilat Solat Berjemaah
عَنِ
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ
وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim.
Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah
عَنْ
أَبِيْ الدَّرْدَاءِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا
تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ
الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ
الْقَاصِيَةَ. رواه أبو داود والنسائي.
1. Daripada Abu Darda' r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mana-mana
(kumpulan yang jumlahnya) tiga orang, samada di kampong atau di
pedalaman yang tidak mendirikan solat (berjemaah), nescaya mereka akan
dikuasai oleh syaitan. Kamu hendaklah berjemaah, kerana sesungguhnya
serigala itu memakan (ternakan) yang jauh (terpencil daripada kumpulan)”. Riwayat Abu Dawuud dan an-Nasaaiyy.
2. Daripada Hazrat
Abdullah Bin Abbas R.A b'kata bhwa Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang
mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang
menghalangnya(uzur) daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang
dikerjakan itu tidak akan diterima". Sahabat bertanya: "Apakah uzur itu?", Rasulullah s.a.w pun menjawab
TAKUT atau SAKIT.
(Hadis Riwayat-Imam Daud dan Ibnu Hibban)
(Hadis Riwayat-Imam Daud dan Ibnu Hibban)
3. Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a bahawa Baginda s.a.w telah
bersabda,"Sungguh-sungguh zalim,kufur dan nifaq mereka yang mendengar
penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah tetapi
mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. (Hadith Riwayat Imam Ahmad
dan Tabarani)
4. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith Riwayat Imam Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Imam Tirmizi)
5. Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." (Hadith Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasai)
4. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku,kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." (Hadith Riwayat Imam Muslim,Abu Daud,Ibnu Majah dan Imam Tirmizi)
5. Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,"Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka.Oleh itu,hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala." (Hadith Riwayat Imam Ahmad,Abu Daud dan Nasai)
6. Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai
seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam
tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat.Beliau
menjawab,"Dia ialah penghuni neraka." (Hadith Riwayat Imam Tirmizi)
Ancaman Kepada Yang Berterusan Meninggalkan Solat Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: ...وَلَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ, ثُمَّ
آمُرَ رَجُلًا فَيُصَلِّيَ بِالنَّاسِ, ثُمَّ أَنْطَلِقَ مَعِي بِرِجَالٍ
مَعَهُمْ حُزَمٌ مِنْ حَطَبٍ, إِلَى قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ
فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ بِالنَّارِ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ
وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a.: Rasulullah s.a.w. bersabda: “…sesungguhnya
memang aku bercadang untuk menyuruh diiqamahkan sembahyang dan aku
suruh seseorang untuk mengimami para jemaah,dan aku pula keluar dengan
beberapa orang lelaki yang membawa bersama mereka beberapa ikatan kayu
api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak hadir kepada solat
berjemaah, lalu aku bakarkan rumah-rumah mereka. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Meninggalkan Solat berjemaah Sifat Orang Munafiq
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَنْ سَرَّهُ
أَنْ يَلْقَى اللَّهَ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ
الصَّلَوَاتِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ, فَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ
لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى,
وَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى, وَلَوْ أَنَّكُمْ صَلَّيْتُمْ فِي
بُيُوتِكُمْ كَمَا يُصَلِّي هَذَا الْمُتَخَلِّفُ فِي بَيْتِهِ
لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ, وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ
لَضَلَلْتُمْ ...وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا
مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ كَانَ الرَّجُلُ يُؤْتَى بِهِ
يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يُقَامَ فِي الصَّفِّ. رَوَاهُ
مُسْلِمٌ.
Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Sesiapa
yang suka untuk berjumpa Allah di besok hari (qiamat) dalam keadaan
muslim (selamat), maka hendaklah dia menjaga sembahyang-sembahyang fardu
(dengan dilakukan berjemaah) di mana sahaja azan berkumandang.
Sesungguhnya Allah SWT telah mensyariatkan kepada Nabi kamu sunanul huda
(jalan-jalan hidayah), dan sesungguhnya solat berjemaah itu sebahagian
daripada sunanul huda. Maka jika kamu bersembahyang di rumah-rumah kamu
sebagaimana orang yang tidak hadir ini bersembahyang di rumahnya, maka
sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan jika kamu
meninggalkan sunnah nabi kamu, nescaya kamu akan sesat…Dan sesungguhnya
kami (para sahabat) menganggap bahawa tiada yang tidak hadir untuk
berjemaah melainkan orang munafiq yang jelas kemunafiqannya. Dan
sesungguhnya ada seorang lelaki (di kalangan kami yang uzur) dibawa
(juga untuk berjemaah) dengan dipapah oleh dua orang, (dipapah)
sehinggalah dia diletakkan ke dalam saf (sembahyang). Hadis riwayat Muslim.
Solat Yang Paling Susah Bagi Munafiq Untuk Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنَ الْفَجْرِ
وَالْعِشَاءِ, وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ
حَبْوًا. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak
ada sembahyang yang lebih berat kepada orang munafiqin (untuk
dilakukannya secara berjemaah) lebih daripada solat isyak dan subuh.
Kalaulah mereka mengetahui (ganjaran pahala) yang ada pada kedua-duanya,
nescaya mereka akan datang sekalipun dalam keadaan merangkak". Riwayat Bukhari Muslim.
Kelebihan Solat Isyak Dan Subuh Berjemaah
عَنْ
عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ, سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ
فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ, وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي
جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Usman bin Affan r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa
yang sembahyang Isya' berjemaah, maka seolah-olah dia telah bangun
separuh malam, dan sesiapa yang sembahyang subuh berjemaah, maka
seolah-olah dia telah bersembahyang keseluruhan malam. Hadis riwayat Muslim.
Celaan Kepada Yang Malas Datang Berjemaah
عَنْ
أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ يَعْلَمُ أَحَدُهُمْ
أَنَّهُ يَجِدُ عَرْقًا سَمِينًا أَوْ مِرْمَاتَيْنِ حَسَنَتَيْنِ لَشَهِدَ
الْعِشَاءَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi
Allah yang mana jiwaku berada dalam tanganNya (kekuasaanNya)! Kalaulah
salah seorang daripada mereka mengetahui bahawa mereka akan mendapat
seketul daging yang gemuk atau mendapat dua ketul daging yang baik
daripada dua celah kuku kambing, nescaya mereka akan datang berjemaah
solat Isya'. Hadis riwayat Bukhari.
Comments