Skip to main content

Hadis Sahih Kelebihan Tarawih

Terdapat beberapa hadith palsu mengenai kelebihan Solat sunat Tarawih, yang mana kelebihan-kelebihan tersebut tidak tercatat hatta didalam Kitab Sunan Sittah termasuk Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, disini saya menyenaraikan beberapa hadis sahih mengenai kelebihan Tarawih.


Diampunkan Dosa-dosa yang lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan(bertarawih) tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.


Kembali seperti bayi baru lahir. 

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.



Dicatat bersama para siddiqin dan syuhada.
 
عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.





Dikira seperti qiyamullail.


حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.

 

Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada di hadapan mata kita, atau mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?..

Comments

Unknown said…
semoga Allah permudahkan...

selmat menyambut ramadhan al-mubarak..
IBNU ARAHMAN said…
salam nak tnya. hadith ni anta rujuk dari kitab mana?klu tak keberatan boleh beri nama kitab tu..
syukran.
Fawwaz said…
This comment has been removed by the author.
Fawwaz said…
Ibnu Rahman: Maaf saya terlupa catat,

Hadith Pertama: Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i.

Hadith Kedua: Riwayat al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi.

Hadith Ketiga: Riwayat al-Bazzar ,Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban.

Hadith Keempat: Riwayat al-Tirmizi.

Boleh cek dalam kitab-kitab hadith Sunan Sittah. Wallahua'lam

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri