Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama , aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari meng

Ramadhan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca sekalian, Alhamdulillah,aku berkesempatan menunaikan ibadah puasa di Yaman,tahun ini agak ganjil sedikit kerana Bandar Sana'a dihujani dengan hujan yang amat lebat bermula 1 ramadhan,kalau di Malaysia taklah begitu pelik,kerana malaysia adalah negara Tropika,tetapi Yaman adalah negara pergunungan dan padang pasir.. Bentuk masjid di yaman Hari pertama,selepas bersahur aku ke masjid bersama ismail,terkejut jugak aku bila tengok masjid yang berdekatan dengan rumah aku tu penuh macam solat jumaat,sampai atas jalan kat luar masjid pun ada orang bentang sejadah dan solat kat situ..huh..hebat betul.kelihatan ramai kanak-kanak bawah 10tahun bersama ayah2 mereka ikut ke masjid jugak,budak-budak muda yang diwaktu petang melepak kat tepi jalan pun ada...masya-A llah...kalau di Malaysia memang tak kelihatan rasanya suasana mcm ni,selepas selesai solat subuh,berduyun2 jemaah keluar dari masjid,tapi tidak kurangnya yang membaca quran dan berzikir

Nak couple ke?

Bila kita sebut tentang bercouple,akan terbayang keadaan lelaki dan wanita yang asyik dilamun cinta,ada yang bertahun-tahun lamanya,walaupun penghujungnya tidaklah sampai ke pelamin. Berkasih sayang itu memang salah satu dari lumrah setiap insan,terciptanya lelaki dan wanita di alam dunia ini ada maksudnya,Habis tu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?...Hmmm Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memuliakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah). Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga

Random

Aisyah...anak sulong syed faris My Pendrive Pepsi dan Suhail.... For Tourist... Sirajuddin,Aku dan Suhail... My Perfume... Masa itu berharga.....

Bersama Dr.Noor Ibrahim

Darul Hajar Alhamdulillah,sepanjang minggu lepas dan minggu ni,aku sempat luangkan masa bersama Dr.Noor Ibrahim dan keluarga,beliau adalah seorang sahabat karib ayah aku,beliau datang ke sana'a yaman,atas tujuan untuk menghantar anak beliau ke sini Ismail,kami ke Darul hajar pada permulaannya untuk meninjau bangunan antik yang dibina diatas batu,kemudian kami ke Babul Yemen,kota tertua didunia,yang dibina oleh Sam bin Nabi Nuh (alaihis salam),agak kerap juga kami kesana untuk membeli belah... Tapi aku bersyukur kerana dapat berkhidmat untuk mereka... Ismail dan senapang patah... Pemandangan Bandaraya Sana'a...bersama Keluarga Dr Daud Al-Hidabi...