Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2009

Petua elak sakit JANTUNG..

Penyakit jantung adalah salah satu penyakit yang paling berbahaya di dunia kerana telah mengorbankan banyak nyawa. Bagaimanapun, anda boleh mengelakkan daripada diserang penyakit tersebut, iaitu dengan mengurangkan kolesterol di dalam badan. Menurut Pengarah Pritikin Longevity Center, Dr.Robert Pritikin, kalau kita mengurangkan jumlah kolesterol daripada 240 kepada 180, ini bermakna kita telah mengurangkan 50 % risiko diserang penyakit berkenaan. Di bawah adalah kaedah yang dicadangkannya-cara semula jadi tanpa mengambil ubat-ubatan-yang boleh mengurangkan separuh daripada kolesterol itu dalam masa sebulan. * makan daging sekali sehari, sebaliknya banyakkan makan sayur-sayuran * berjalan, berenang, berbasikal, berlari-atau apa sahaja bentuk senaman selama 30minit lima kali seminggu. * banyak makan buah-buahan dan sayu-sayuran setiap hari. * tambahkan sos kacang soya dalam diet harian anda. * berhenti makan marjerin dan mentega. Gantikan makanan tersebut dengan minyak olive. * makan ika

Pictures of Masjid Sri Petaling

Dalam Saf... Dari pintu pagar... Bilik mandi dan tandas... Zubair dan adik-adik.. Tangga masjid.. Madrasah Miftahul Uloom Sri Petaling... Haisy...si talhah ni,time khutbah suke sangat berbual...

Peristiwa Hitam di Malaysia

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysi a. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan  yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia.  Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu  sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi

Cara meletak Background dalam Pendrive atau Hardrive

Mungkin anda dah boring dgn latar belakang yang kosong,so disini ada cara yang anda boleh letak gambar yang anda suka sebagai latar belakang dalam pendrive anda ataupun hardisk...selamat mencuba Caranya: 1) Letakkan gambar kegemaran anda pada pendrive/drive anda. 2) Kemudian buka notepad, lepas tu copy code bawah ni dalam notepad. [{BE098140-A513-11D0-A3A4-00C04FD706EC}] ICONAREA_IMAGE=\ IMAGE NAME.jpg 3) Tukarkan 'image name' dengan nama gambar anda tadi. 4) Savekan notepad tersebut kedalam pendrive/drive dengan nama desktop.ini 5) Siap.. anda buka semula pendrive.drive tersebut dan lihatlah hasilnya.(caranya tekan back kemudian foward balik.:)

The Top Pictures...

My First Design

Untuk paparan lebih jelas dan besar,hanya perlu click sahaja pada gambar...

Browser best

Sekarang ni mungkin Mozilla Firefox amat masyur dikalangan hacker2 ataupun manusia2 yang melayari internet,tapi bagi aku agak berlainan sedikit,aku rasa Google Chrome ni lagi best,banyak kelebihannya yang tak ada pada Internet Explorer,Mozilla dan Opera..design nya yang agak matang,ala2 Linux gitu...kalau korang nak test,ataupun full download,korang boleh click sini : Download Google Chrome

Misai oH MisAi

Sekarang ni aku nak cerita sikit lah mengenai pengalaman aku ketika bersemuka dengan seorang uncle arab yang lagak macam bagus sangat ni. Pagi tadi aku ada exam di institut bahasa,so lepas selesai exam,aku pun singgah breakfast di sebuah gerai makan,kebetulan pulak sesak,tak macam hari2 lain,aku pun duduk la kat sebelah sorang uncle yang bermisai tebal dan licin dagunya ni,coz kat situ tempat kosong,aku pun order teh susu dan sandwich,time aku tengah tunggu makanan tu,aku perasaan uncle kat sebelah aku ni asyik duk jeling kat aku je,pastu dia cakap2 ngan member dia 2,3 orang kat situ,aku dah geram dah time tu,agak2 la kalau nak mengumpat pun,cover la skit,diorang rasa aku ni tak faham bahasa arab kot...tak pe2,lepas makanan sampai,aku pun makan dengan lahapnya,maklumlah semalam tak makan,diet hehe... tiba-tiba uncle tu cuit aku,dia tunjuk isyarat kat janggut aku,di suruh potong...aku pun dengan sandwich yang masih kat dalam mulut menggelengkan kepala,dia tanya: "Leish?" (

Hollywood makin Islamic ke?..

Korang mungkin perasan kot,sejak dua menjak ni banyak filem hollywood yang ada unsur2 arab dan islam....aku tak tau sangatlah apa motif mereka,tapi diorang memang import artis2 dari negara arab,dan mereka sendiri sanggup bermukim di negara-negara islam untuk buat lakonan.. Berdasarkan filem Body of Lies ,mesej yang pengarah filem ingin sampaikan amat jelas,mereka nak bagitau kat dunia,yang orang islam tak terima orang kristian dan yahudi sebagai allies(sekutu,orang yang boleh dijadikan sahabat)..pelakon utama(Dicaprio Crowe,bekas pelakon utama lelaki titanic) siap pandai cakap bahasa arab dan sebut ayat al-quran lagi tu,terkejut jugak aku bila first time tengok movie ni...berani diorang ambik risiko buat filem yang kontroversi macam tu...juga mesej yang ingin disampaikan adalah islam adalah terrorist.. And then Ironman pulak,filem ni lebih kepada citer superhero,tapi ada sangkut paut ngan islam jugak,bengang betul laaa...citernya bermula bila hero diculik oleh militan islam,kerana kec

Najib ziarah Perhimpunan Tabligh 2009

NAJIB bersalaman dengan anggota tabligh ketika menghadiri Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia di tanah lapang bersebelahan dengan Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu. Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta. "Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya. SEBAHAGIAN daripada jemaah tabligh berkumpul di bawah khemah sempena Ijtimak Dakwah Sedunia di Nilai semalam. Najib Kemudian menghabiskan masa kira-kira 3

Nak Balik Daaa..

Alhamdulillah,dua hari yang lepas selesai juga akhirnya pembelian tiket untuk pulang ke Malaysia,dapat harga paling murah pulak tu,maklumlah..kita kan pakai kroni..hehe,saya dan adik(Zikri) akan menaiki GulfAir yang berlepas pada 30hb ogos jam 4.00pm dari Lapangan Terbang Antarabangsa Yaman,dan kami akan tiba di Kuala Lumpur International Airport(KLIA) pada keesokan harinya jam 9.40am...doakan kami selamat sampai ye.. Yemen International Airport Kuala Lumpur International Airport