Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Kita Yang Keliru

Ketika kita ummat islam sibuk beribadat dan sibuk dengan aktiviti harian, adakah kita sedar yang golongan muda pada hari ini semakin jauh dari Islam, dalam hati mereka sudah tiada lagi cahaya iman, kehidupan mereka  sama seperti anak-anak golongan kristian di barat, berikutan ibu bapa mereka yang agak " sporting", maka bebaslah anak-anak mereka hingga hilang pedoman hidup, mereka mabuk dengan hiburan yang menghanyutkan mereka, jauh dari jalan yang Allah kehendaki, apa yang mereka tahu hanyalah Islam ini mengongkong. Jangan tiru aksi ini Masa terus berlalu tanpa kita sedari, anak kita yang dahulunya berumur 6 tahun sudah berumur 16 tahun, cepatnya masa berlalu, itulah keluhan yang sentiasa bermain di fikiran kita, tetapi adakah kita perasan yang kita tidak mendidik mereka dengan agama, tauhid, sejarah islam dan hukum ahkam. Jadi alangkah baiknya kita bertindak sebelum terlambat,,Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biar dari rebungnya. Jadi didiklah anak-anak kita mengi

Banyak Bunyi

Satu hari Pak mat telah menunggang basikal buruk sambil membonceng anaknya mengelilingi kampung, maka mereka pun melintasi sebuah warung kopi, lalu terdengar orang-orang disitu mengumpat tentang dirinya, "Apalah pak mat tu,tak patut dia naik basikal dengan anak dia,kan berat tuu, basikal dah la buruk". Maka turunlah Pak mat dari basikal dan berjalan kaki lah dia sambil anaknya yang mengayuh basikal buruk itu, Tak lama selepas itu mereka pun melalui sebuah perhentian bas, maka terdengar pula budak-budak muda menjerit kearahnya " Pak cik oi,anak tu jangan diajar biadab dari kecik". Terkejut pak mat mendengar teriakan pak cik tersebut, lalu dia pula yang mengayuh basikal buruk itu, dan anaknya berjalan kaki. Kemudian melalui pula sebuah pasar, makcik-makcik dan nenek-nenek pula yang berkata kepada pak mat, " Eh ko ni mat, tak kesian ke kat anak tu, nanti pengsan pulak keletihan." Pak mat pun dengan ke'geram'annya yang teramat melampau telah mengangka

Malu Bukanlah Keaiban

"“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “ Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu. ” (Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seks

Susu Si Kambing

Kebiasaannya , apabila menyebut tentang susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil. Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Sebenarnya , susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi masih ramai kaum muslimin seluruh dunia tidak tahu akan manfaat susu kambing,  Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang membe

Kenapa perlu mengharamkan purdah?

Purdah adalah hak kebebasan berpakaian bagi seorang wanita muslimah Berikut adalah kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Mesir sebagai jawapan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi: "Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka.

Persiapan..

Salam semua, Alhamdulillah persiapan untuk Jor (Perhimpunan Jemaah Dakwah) di bahagian Pantai Timur telahpun hampir selesai, tinggal khemah dan beberapa perkara sahaja lagi. Jor kali ini diadakan di Kampung Air Tawar,Besut,Terengganu Darul Iman. Tiga markaz akan turut serta, Kuala Terengganu,Kelantan dan Besut, akan dilangsungkan pada : - 16,17,18 JUN 2010. ( Utk Org Awam ) -19 JUN 2010. ( Bagi Rakan Seusaha 4 Bulan ) Sekian,

Silaturrahim , Jin & Manzil

Jin adalah merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t,tidak perlu dipertikaikan lagi kewujudannya kerana ia wujud dan berada disekitar kita.Allah jadikan manusia tidak dapat melihat Jin,itu adalah lumrah semula jadi,tetapi ada juga yang dapat melihatnya Makluk Halus tersebut kerana anugerah dari Allah atau belajar beberapa ilmu yang tidak diiktiraf oleh islam. Jadi sahabat sekalian,Alim Ulama' telah ajar kita apa yang Nabi s.a.w telah buat ketika menghadapi masalah ini,kita manusia,kita adalah khalifah,semuanya bergantung terhadap hati kita,selagi kita takut,dan yakin dengan kekuasan dan kehebatan Jin,selagi itulah kita akan terus diganggu. Di dalam risalah kecil berjudul "Manzil" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Khandalawi terkandung beberapa ayat Al-Quran yang dikatakan telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada Sahabat RA. Ianya sebagai penyembuh dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir dan gangguan makhluk halus. Amalan ini  

Bermulanya...

Salam Semua,harap pembaca-pembaca sekalian sihat sentiasa,Dah masuk 4 bulan saya tak sentuh blog ni,kali ni saya ingin kongsikan pengalaman dan pengajaran yang boleh kita manfaatkan bersama,bukannya apa,kalau saya tak tulis,maka semuanya akan melayang begitu sahaja,jadi sebarang masalah dan ketidak puas hati anda boleh diluahkan disini. Perkara pertama yang saya akan karang adalah mengenai kebenaran dan kekeliruan dalam agama.Oleh kerana terlalu ramai sahabat-sahabat yang sebaya dan lebih tua dari saya yang keliru dengan pegangan mereka.Sama-sama kita perbincangkan..