Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

Malu Bukanlah Keaiban

"“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “ Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu. ” (Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seks

Susu Si Kambing

Kebiasaannya , apabila menyebut tentang susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil. Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Sebenarnya , susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi masih ramai kaum muslimin seluruh dunia tidak tahu akan manfaat susu kambing,  Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang membe

Kenapa perlu mengharamkan purdah?

Purdah adalah hak kebebasan berpakaian bagi seorang wanita muslimah Berikut adalah kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Mesir sebagai jawapan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu. الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi: "Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka.

Persiapan..

Salam semua, Alhamdulillah persiapan untuk Jor (Perhimpunan Jemaah Dakwah) di bahagian Pantai Timur telahpun hampir selesai, tinggal khemah dan beberapa perkara sahaja lagi. Jor kali ini diadakan di Kampung Air Tawar,Besut,Terengganu Darul Iman. Tiga markaz akan turut serta, Kuala Terengganu,Kelantan dan Besut, akan dilangsungkan pada : - 16,17,18 JUN 2010. ( Utk Org Awam ) -19 JUN 2010. ( Bagi Rakan Seusaha 4 Bulan ) Sekian,