31.7.11

Hadis Sahih Kelebihan Tarawih

Terdapat beberapa hadith palsu mengenai kelebihan Solat sunat Tarawih, yang mana kelebihan-kelebihan tersebut tidak tercatat hatta didalam Kitab Sunan Sittah termasuk Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, disini saya menyenaraikan beberapa hadis sahih mengenai kelebihan Tarawih.


Diampunkan Dosa-dosa yang lalu.

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan(bertarawih) tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.


Kembali seperti bayi baru lahir. 

حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.



Dicatat bersama para siddiqin dan syuhada.
 
عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.





Dikira seperti qiyamullail.


حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.

 

Oleh yang demikian, rebutlah peluang yang ada di hadapan mata kita, atau mungkinkah ini Ramadhan kita yang terakhir?..

27.7.11

Kenduri Kahwin Cara Islam


Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya.

Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini.

Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah (saw) telah melaksanakan majlis kenduri kahwin dengan seekor kambing untuk isteri-isterinya dan untuk Zainab.

Jelas daripada mafhum hadis itu bahawa hukum mengadakan walimah atau kenduri perkahwinan adalah diharuskan agama sebagai mengumumkan suatu ikatan pernikahan, tetapi hendaklah mengikut batas yang ditetapkan syariat Islam.

Menurut pandangan Syed Sabaq dalam sebuah kitabnya, beliau menerangkan bahawa walimah atau kenduri kahwin dapat dilaksanakan ketika berlangsungnya akad nikah atau sesudahnya. Ia juga boleh dilangsungkan pada hari perkahwinan (mencampuri isterinya) atau sesudahnya.

Pada kisah Abi Usaid juga didapati bahawa walimah yang dilakukan beliau yang dihadiri Rasulullah, Abu Usaid menghidangkan kurma yang disimpan pada malam harinya. Kurma itulah yang dihidangkan kepada tetamu. Ini bermakna, jenis makanan yang ingin dihidangkan pihak keluarga yang mengadakan walimah itu bergantung kepada kemampuan.

Pun begitu, dalam mengadakan majlis kenduri kahwin, janganlah pula ada di kalangan keluarga Islam yang mengadakannya secara melampau batas syariat.

Antaranya menyerlahkan sikap ingin menunjuk-nunjuk dengan mengadakan kenduri besar-besaran, boros berbelanja hingga memberi kesan kepada kewangan apabila melakukan pembaziran wang ringgit dan harta benda, membuat pinjaman bank dan berhutang.


Firman Allah dalam surah al-Isra bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.

Sudah menjadi budaya masyarakat kita, apabila orang daripada golongan mewah dan kaya mengadakan kenduri kahwin, jarang sekali mendahulukan orang miskin dan kurang berada sebagai tetamu untuk meraikan majlis itu.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan Bukhari bermaksud: Seburuk-buruk makanan ialah makanan dari majlis kenduri kahwin yang hanya dijemput orang kaya, orang fakir dan miskin tidak diundang untuk makan bersama.

Dari segi memenuhi tuntutan sebagai orang yang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin pula, Rasulullah menyatakan dalam hadis baginda yang diriwayatkan Bukhari bermaksud: Jika salah seorang di antara kamu dijemput ke majlis perkahwinan, maka hendaklah ia mendatangi majlis itu.

Walau apapun, jika diteliti hadis di atas, menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin adalah dituntut agama sebagai sunat muakad. Dalam sebuah kitab yang ditulis Syed al-Bari ada menyatakan syarat undangan yang wajib dipenuhi hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

i. Orang yang mengundang itu adalah mukallaf, merdeka serta sihat pemikirannya.
ii. Tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja.
iii. Orang yang mengundang beragama Islam.
iv. Tidak ada kemungkaran(pergaulan bebas,nyanyian,joget dll) di majlis itu.
v. Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie.

Janganlah mencemarkan kenduri dengan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pertuturan keji dan lucah, nyanyian dan tarian yang melalaikan, senda gurau yang melampau adalah contoh beberapa situasi yang sering berlaku dalam majlis kenduri kahwin.

At-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: Perbezaan antara majlis perkahwinan yang halal dan haram ialah adanya nyanyian dan pukul rebana.

Daripada mafhum hadis itu, sama-samalah kita menepati kehendak sebenar syariat apabila ingin memeriahkan majlis walimah atau kenduri kahwin dengan persembahan hiburan agar ia tidak tercemar dengan unsur yang ditegah agama.

Agama hendaklah didahulukan daripada Budaya, kerana dalam budaya belum pasti ada kebaikan dan kejayaan dari Allah s.w.t Tuhan Semesta Alam, Budaya adalah rekaan nenek moyang kita semata. Jangan tertipu dengan kata-kata "Biar mati anak, jangan mati adat" . Ada ketika kita terpaksa melawan adat, kerana bila beradat kita terpaksa melanggar perintah Tuhan, dan membuat larangan-Nya.

Biarlah masyarakat sekeliling memanggil kita dengan panggilan cerewet sekalipun, asalkan kita berpegang kepada Al-Quran dan Hadis, mereka yang mencaci adalah mereka yang jahil mengenai Islam. Ramai orang yang saya perhatikan sangat cerewet dalam pemakaian, adat melayu, makanan dan adab bertutur, tetapi bila bab syariat Islam, langsung tak diendahnya. Semoga kita dijauhi dari sifat tersebut. amin...

P/S : Memandangkan kenduri kahwin sekali je seumur hidup bagi yang tak berpoligami sahaja, maka biarlah menjadi faktor ke syurga buat suami dan isteri itu, bukannya ke neraka... Wallahu A'lam

25.7.11

Aqidah Orang Tabligh Sesat ke?


Baru-baru ini, saya ada terjumpa satu forum yang kononnya berbincang mengenai Aqidah Jemaah Tabligh yang terpesong dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya telah perhatikan setiap forumers di dalam forum tersebut kebanyakkan orang-orang yang tidak pernah bersama dan berbincang dengan Alim Ulama dalam Usaha Dakwah & Tabligh, maka dengan mudah mereka membuat rumusan dengan hanya sekadar melihat sekilas pandang, malah ada juga yang bertanya tentang aqidah terhadap orang jahil yang baru ikut Tabligh 3 hari, Ya Rabbi, sememangnya lah dia tak terjawab..

Mungkin mereka yang kata begitu sebenarnya tidak tahu aqidah yang dipegang oleh Jemaah Tabligh adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini boleh dibuktikan dari ucapan dan ceramah para masyaikh dan ulama' mereka, samada di Masjid Seri Petaling, ataupun mana-mana markaz dunia, walaupun mereka tidak meletakkan slogan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah, tetapi dapat dibuktikan seperti berikut:-

1. Mereka telah membina Madrasah/ Sekolah Pondok yang mengajar mata pelajaran Kitab-kitab Muktabar dan Terpilih, jika anda sukar untuk mempercayainya bolehlah solat berjemaah di Masjid Seri Petaling,Kuala Lumpur, kemudian pergi ke sebelah kanan masjid, maka anda akan melihat Kompleks Madrasah mereka, sistem pengajian yang mereka guna adalah sistem Madrasah Deoband, sistem ini diguna pakai oleh banyak Madrasah-madrasah Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia, seperti Madrasah Darul Uloom di Canada, South Africa, United Kingdom, U.S.A dan banyak lagi. Kelebihan sistem ini adalah kerana mereka mengambil masa 8 tahun untuk sampai ke tahap Maulana/ Alim, tahun pertama hingga tahun keenam, kitab-kitab yang mereka belajar diantaranya, Matan Ajrumiah, Nahu Wadih, Hayatus Sahabah, Ibnu Aqil, Warqat, Mantik, Iqnak, Anwarul Masalik, Kifayatul Awam, Misykatul Masabih, Fiqhul Minhaji, Matan Al-Bari dan banyak lagi. Tahun ketujuh dan kelapan pula diisi dengan pengajian Sunan Sittah, iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Nasaie, Sunan Abu Daud, Sunan Tirmizi, dan Sunan Ibnu Majah. Saya berani kata bahawa di Malaysia terdapat hanya 2 sahaja tempat pengajian Sunan Sittah yang bersanad hingga ke Rasulullah s.a.w, iaitu di Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur, dan satu lagi di Madrasah Darul Quran Kubang Bujuk Kuala Terengganu. Dan kedua-dua madrasah besar ini diuruskan oleh jemaah tabligh.

2. Maulana Yusuf r.himahullah adalah pengarang kitab Hayatus Sahabah yang diguna pakai oleh setiap individu yang bergelar Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan beliau adalah Hadratji ( Ketua/ Orang Tanggungjawab) didalam jemaah tabligh sebelum beliau meninggal dunia. Maulana Zakariyaa Rah.Alaih juga adalah salah seorang yang bergiat dalam dakwah dan tabligh, beliau telah mengarang Kitab Syarah Muwattho' (Auzajul Masalik). Begitu juga Maulana Saad Al-Khandahlawi ( Ketua sekarang) , beliau banyak mengarang kitab, diantaranya Muntakhab Hadith, dan ramai lagi Alim Ulama mereka yang jelas berpegang kepada Aqidah Ahli Sunnah.

3. Mereka tidak pernah berpegang kepada aqidah Muktazilah yang mengatakan Al-Quran itu makhluk.


4. Mereka juga berpegang dengan Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Wa Sifat.( Tauhid Ahli Sunnah)

Keyakinan mereka terhadap Tauhid Rububiyyah sudah tidak ada keraguan lagi apabila mereka sanggup meninggalkan anak isteri mereka untuk keluar dijalan Allah s.w.t, dan menyerahkan mereka kepada Allah s.w.t, kerena mereka yakin bahawa rezeki itu datang dari ALLAH s.w.t, Tuhan Pemberi Rezeki. Tetapi bila mereka mengajak orang yang suka menuduh dan mengutuk mereka, maka orang-orang ini akan kata; Keluar dijalan Allah 4 bulan?!!.. macam mana anak isteri aku nak makan?!!!!!..

Maka Aqidah Rububiyah apakah ini?

20.7.11

Asal-Usul Nama “Tabligh”.


Nama yang disebut-sebut Masyarakat Antarabangsa itu sebenarnya tidak tahu dari mana asalnya, kerana mereka bukanlah Persatuan ataupun Pertubuhan NGO seperti PAS, ABIM, HIZBUT TAHRIR dan lain-lain. Mereka juga tidak pernah mendirikan papan tanda di tempat-tempat dan masjid-masjid mereka yang mengisytiharkan nama mereka “TABLIGH”.

Mereka juga tidak pernah menerbitkan majalah atau surat khabar seperti Persatuan-persatuan yang lain. Dan yang lebih menarik, mereka tidak meminta dana atau derma dari sesiapa pun, tiada tampalan poster untuk meminta derma fi sabilillah, apatah lagi tabung dan penaja. Ini kerana mereka benar-benar berjuang di jalan Allah s.w.t dengan menginfakkan(mengorbankan) harta,diri dan masa mereka sendiri, sebagaimana yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Maulana Ilyas Rahmatullah alaih(pembangkit usaha Dakwah Rasulullah s.a.w) pernah ditanya orang akan nama jemaah ini, maka jawab beliau: “Jika saya disuruh menamakan Jemaah ini, maka akan saya namakan Jemaah Penggerak Iman (Harakatul Iman), tetapi kita tidak boleh menambah nama dalam Islam”.
Salah seorang ulama mereka Syaikh Maulana Jamil di dalam ceramahnya mengatakan : “Jangan mengatakan kita orang tabligh kerana perkataan itu memecah belah umat Islam”.

Oleh itu, anda janganlah hairan dengan akhlak dan sifat mereka, yang langsung tidak menginginkan kemasyhuran dan kebanggaan, apatah lagi kuasa, harta dan pangkat yang memabukkan manusia. Wallahu A'lam

15.7.11

Raja Si Badan


Sabda Baginda Rasulullah s.a.w, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota. Maka ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI.".

Hadis diatas mungkin anda biasa dengar kan?, samada dalam Kuliyah Ustaz, Radio ataupun T.V , memang hadis ini kerap diulang-ulangkan. Tetapi ramai yang tidak sedar dan tidak mengambil endah mengenainya. Mungkin mereka sekadar menganggap bahawa ia sekadar niat semata.

Hati adalah Raja terhadap badan. Hanya Allah s.w.t dan empunya badan itu sendiri sahaja yang mengetahui isi hatinya, hatta Malaikat sekalipun tidak terdaya mengetahui apakah yang terlintas di hati manusia. Hati seseorang itu pasti akan diketahui ramai apabila melihat tindakan, pegangan dan akhlaknya, samada bersih ataupun sebaliknya.

Setiap manusia dikurniakan oleh Allah s.w.t HATI. Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusia. Jika hati seseorang itu bersih maka jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya jika hati itu penuh dengan kekotoran, maka ia akan mendorong seseorang itu melakukan perkara yang ditegah Allah s.w.t.

Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita gambarkan hati manusia yang rosak itu seumpama sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah juga hati, jika ia penuh dengan kekotoran dosa, maka seluruh badan, tindakan dan perangai akan rosak.

Di dalam al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati, tetapi melalui pelbagai istilah. Melalui ayat itu juga diterangkan hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah.

Tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara;

Pertama: Seseorang itu perlu menjaga lidahnya daripada melakukan fitnah, mencela, mencaci, mengumpat dan sebagainya.

Kedua: Seseorang itu perlu menjaga hati agar sentiasa bersih daripada sifat hasad dan dengki yang memakan kebaikan sebagaimana api yang memakan kayu.

Ketiga: Memelihara mata daripada melihat perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu janganlah melihat perkara terlarang demi untuk mendidik hati.

Keempat: Menjaga perut agar tidak diisi dengan makanan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi makanan yang haram berada di dalam tubuh kita, dan ALLAH s.w.t tidak akan menerima doa orang yang memakan makanan yang haram.

Kelima: Menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan haram. Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya tidak melangkah ke tempat maksiat.

Keenam: Sentiasa mencari keredaan Allah s.w.t serta takut kepada sifat Riak dan Munafik.

Sesungguhnya hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa berdoa meminta-Nya memelihara hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya.

Hati amat penting, kerana apabila rosak ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak. Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah dengan syurga.

Hati yang bersih membolehkan seseorang menangkis segala godaan syaitan. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa, dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam,berakhlak buruk, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pemfitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa manusia dikuasai dengan unsur ketakwaan, maka dengan sendirinya syaitan terhindar darinya dan jadilah manusia itu orang yang bertakwa kepada Allah s.w.t dan sentiasa mengingati dan bersyukur kepada-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (Surah al-A’raf ayat 200-201).

Allah mengangkat Nabi sebagai seorang yang maksum(suci dari dosa) selepas hati Baginda dibersihkan. Berbanding manusia biasa, kita hanya mampu berdoa kepada Allah, tetapi keimanan kepada-Nya tidak dapat dijamin kerana hati tidak dapat dibersihkan sepenuhnya dan sentiasa digoda syaitan.

Allah memilih Nabi Muhammad saw untuk membawa urusanNya. Maka semestinya utusan Allah mempunyai sifat istimewa, antaranya hati yang bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Oleh yang demikian, kita haruslah sentiasa mengawasi hati kita, agar tidak tercemar dan kotor. Sucikan hati dan perbaiki amalan dengan mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Wallahu A'lam..

11.7.11

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)



ImeJ Mereka

Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?.

Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati.

Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan sunnah Rasulullah s.a.w. Pemuda-pemuda yang dahulunya sampah masyarakat, penjahat dan penyakat telah berubah dalam sekelip mata akibat kesan daripada Jemaah ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, ada V.I.P, Jutawan,Professional dan Businessman, ada juga pekerja kerajaan,swasta dan buruh, tetapi mereka berpakaian dengan pakaian yang sama, bercakap dengan percakapan yang sama, hingga mengkaburi mata masyarakat awam. Masya-Allah.

10.7.11

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?..

.................................................................


Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka berihram kecuali menurut kadar yang boleh didengar oleh teman wanitanya.

Tetapi, sebahagian ulamak mengharuskan seseorang wanita ajnabiah bercakap dengan lelaki ajnabi dengan kadar keperluan seperti menjawab persoalan. Sebahagian isteri-isteri para Sahabat RA pun meriwayatkan beberapa buah hadis dan sebilangan lelaki telah mendengar periwayatannya tetapi perbuatan tersebut dengan syarat tidak adanya sebarang keraguan dan tidak ada pengaruh yang boleh menimbulkan gerakan syahwat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya menjawab persoalan menurut kadar keperluan bila bercakap melalui telefon sama ada wanita itu memulakan perbualan atau membalas percakapan kepada lelaki ajnabi yang menghubunginya melalui talian telefon. Dalam keadaan ini, perbuatan mereka adalah di dalam hal yang sangat diperlukan untuk melakukannya, percakapan mereka akan menghasilkan faedah syarak bagi kedua-dua belah pihak, bukan berada di tempat yang meragukan, tidak mengeluarkan suara yang lembut lagi tidak mempunyai faedah, tidak akan menyebabkan kepada pengaruh syahwat dari salah seorang dari keduanya. Yang lebih utama, mereka hendaklah meninggalkan perbualan itu melainkan ketika tersangat perlu.

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli, meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu, menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya. Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa, anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu, lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu (melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-Qur'an, "seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut. Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana. Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin. Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari dasarnya. Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?! Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini, perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks, setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa terdekat atau dalam jangka masa panjang.

[Fatwa as-Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jubairin. Dinukil dari kitab Fatawa Wanita Muslimah jilid 1 halaman 434 cetakan Adhwaus Salaf].

5.7.11

Kisah Ayahku Orang Tabligh!


Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya..

............................................................

"Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyangka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menganggur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak menghantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke?" tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?" Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membaca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah.

Dipetik dari http://warisanizryn4u.blogspot.com/2011/01/kisah-anak-seorang-tabligh.html

2.7.11

Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II(Dajjal)


10MAY
Semakin banyak pendedahan dan konspirasi mengenai Pope Benedict XVI!
Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masaalah mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasaalahan pencabulan di gereja.Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu menyelesaikan permasaalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini.
Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini manandakan kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah sesama Islam suatu masa nanti?
Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w ,” Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya dan tidak tinggal lagi daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.Masjid-masjid tersergam indah tetapi ia kosong dari Hidayah.Ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit.Dari mereka berpuncanya fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali “. Hadis Riwayat Al-Baihaqi.


Manakala di dalam sebuah hadis lain pula yang diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:


“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.” 


Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?” 


Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”


Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?”


Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”


Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”


Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Apakah kita hari ini merasa berbangga dengan Quantity umat Islam yang begitu ramai? Bukanlah untuk memperlekehkan umat Islam itu sendiri tetapi sesuatu harus dilakukan demi memartabatkan Umat Islam yang sejati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. Qualiti Penganut agama Islam telah jatuh dengan teruknya hari ini. Hadis Baginda Rasulullah diabaikan,perpecahan sesama Islam juga tidak kurang hebatnya, saling menuduh sesama Islam, kafir mengkafirkan sesama Islam dan berbagai-bagai lagi pendapat yang menggunakan akal keselesaan manusia itu sendiri demi kepentingan yang menguntungkan peribadi.
Apakah pihak THH hanya akan berpeluk tubuh dengan naiknya carta umat Islam hari ini? BUkanlah merasa kecewa disebabkan ramainya penganut Agama Islam tetapi penyatuan sesama Islam itu sendiri masih lagi jauh. Bahkan negara Islam sendiri saling tidak sependapat dalam membincangkan hal-hal yang berkaitan agama Islam itu sendiri.
Pernah juga terbaca di satu blog di mana hadis-hadis qudsi dipertikaikan sebagai contoh hadis yang bermaksud : “barangsiapa yang kenal akan dirinya maka kenallah ia akan Tuhannya”. Ilmu-ilmu berkaitan mengenal Tuhan kerapkali dipertikaikan. Sedangkan Rasulullah juga melalui proses mengenal Tuhan. Tidaklah Rasulullah dilahirkan di dalam keadaan terus beragama Islam. Baginda melalui perjalanan yang perit dalam hendak mengenal Tuhan dan apa yang Rasulullah lalui ini akan juga kita lalui sekiranya kita benar-benar ingin mengenali akan Tuhan yang menjadikan. Begitu juga Pemimpin akhir zaman yang kita nanti-nantikan. Kedatangan Imam Mahadi bukanlah begitu mudah untuk kita mengenalinya.
Tidaklah mustahil sekiranya pada suatu masa nanti seandainya ada dari kalangan umat yang mengaku dirinya Islam tetapi menentang sendiri akan kebangkitan yang dinanti-nantikan. Jadi di mana perletakkannya sebagai seorang Islam tetapi pada hakikatnya menentang Islam yang sebenarnya.
Pun begitu kedatangan Imam Mahadi akan disusuli pula dengan kehadiran Nabi Isa a.s. bagi melengkapkan hadis Rasulullah s.a.w. yang sememangnya telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk membunuh Dajjal alaihi laknat.
Ramalan St malachy

St Malachy, (w. 1148) Bishop Ireland telah meramalkan dan menghasilkan senarai yang tepat paus masa depan yang bermula dengan Paus Celestinus II pada tahun 1143. Senarainya terdiri daripada karakteristik dari setiap paus. Dari senarai ini daripada 112 paus yang ada, hanya tinggal 2 lagi selepas Pope John Paul II yang meninggal pada tarikh 2 April 2005. Ramalannya mengenai paus sebahagian besarnya cukup tepat mengenai karakteristik yang mengenal pasti setiap baris yang didedahkan. St Malachy tidak memberikan ramalan atau maklumat mengenai apa yang berlaku selepas paus terkini. Menurut beberapa peramal lain bahawasanya telah tiba kepada akhir zaman.
Menurut penulis biografinya, St Malachy mengunjungi Rom pada tahun 1139 ketika ia masuk ke dalam tempat ramalan dan membayangkan sesuatu. Malachy menuliskan visi yang luar biasa ini di mana ia mendakwa telah meramalkan semua paus dari kematian Innosensius II hingga penghancuran gereja dan kembalinya Nabi Isa. Dia menamakan 112 paus daripada waktu itu hingga akhir.
St Malachy menulis beberapa kata menghuraikan dalam Bahasa Latin satu demi satu tentang Paus. Dia kemudian memberikan naskah kepada Paus Innosensius II dan disimpan di Arkib Vatican di mana mereka telah terlupa selama beberapa abad. Pada tahun 1590 ianya ditemui semula dan diterbitkan. Berikut adalah ramalan daripada lima Paus terakhir.
Paus No 108: Paul VI (1968-78). The prophecy for the 108th pope, “flos Florum”, yang bermaksud “Bunga Bunga.” Paul VI mengandungi tiga lambang Fleurs-de-lis (Isis blossoms)


Paus No 109: John Paul I (1978). The prophecy for 109th pope adalah “De Medietate Lunae,” yang bererti “Half Moon.” John Paul I lahir di keuskupan Belluno (beatiful moon) dan dibaptis Albino Luciani (white light). Beliau menjadi paus ketika pertengahan bulan (26 Ogos 1978). Dia meninggal bulan berikutnya selepas gerhana bulan


Paus No 110: John Paul II (1978-2005). The prophecy for the 110th pope adalah “De labore Solis,” yang bermaksud “daripada tenaga matahari.” John Paul II lahir saat gerhana matahari pada 8 April 1920. Ketika matahari terbit dari Timur, sehingga ia datang ke Vatican daripada timur. Di mana pun di bumi matahari bersinar, beliau telah melawati.


Jika benar ramalan St Malachy, hanya akan ada dua paus sebelum akhir dunia ini, seperti yang kita ketahui dan Kedatangan Kembali Nabi Isa a.s. Jadi apa yang St Malachy anggarkan sudah tentu berlaku dalam kerangka waktu yang tepat. Pope John Paul II pernah menyedari ramalan ini dan pernah menyebut tentang perkara ini supaya diambil perhatian.


Tambah ke ramalan St Malachy ini menunjukkan bahawa John Paul II akan memiliki dua waris terpilih pada waktu yang sama. Satu akan menjadi Anti-Paus dan menggunakan nama Peter. Dan akhirnya akan turun kebenaran daripada sejarah Kristian dan membawa kembali beberapa tafsiran lama yang sangat menjengkelkan bagi banyak orang. Orang mungkin mengatakan bahawa ia akan membalikkan keadaan terbalik


Menurut St Malachy, hanya tinggal dua paus sahaja lagi.


Ramalan mengenai 111th pope dia berkata, “Gloria Olivae,” yang bermaksud “kemuliaan Zaitun.” Mungkinkah ia mengenai akan Order of Saint Benedict, juga dikenali sebagai Olivetans?


Ranting zaitun mewakili kedamaian. Adakah dia akan memainkan peranan dalam membawa agama-agama bersama-sama dan memajukan toleransi selama memegang jawatannya? Dalam masa 24 jam selepas pilihan raya, Islam dan para pemimpin agama Yahudi menyarankan peranan seperti itu untuknya. Mudah-mudahan, dia dapat memimpin dunia keagamaan untuk mengenali dan menumpukan perhatian pada kesamaan kepercayaan mereka Tuhan yang sama daripada perbezaan-perbezaan mereka


     Mungkin melalui pelaksanaan toleransi kita boleh melihat ke masa depan di mana orang berhenti mengesahkan pembunuhan satu sama lain atas nama Tuhan yang satu. Kita lihat apa yang dibawa pada masa kini dalam ‘New World Order’, ‘One World Relegion’ dan juga ‘New Age’.


Pohon zaitun juga sering menjadi simbol bagi Bani Israel di dalam Alkitab. Adakah ini bermakna bahawa Paus ini seorang yahudi yang dilihat sebagaimana pembelaan terhadap negara Israel yang tidak sah ini dibela hari ini? Dan juga setiap hari kegilaan mereka hendak meruntuhkan Masjidil Al-Aqsa semakin menjadi-jadi seperti mereka ini seolah-olah menyediakan tempat buat kedatangan yang dinanti-nantikan mereka.


The prophecy of the 112th and last pope yang paling menarik. St Malachy meramalkan, “Dalam penganiayaan terkini daripada Gereja Rom Katholik di sana yang akan memerintah iaitu ” Petrus Romanus “(Peter the Roman), yang akan memberi makan kepada pengikut-pengikutnya yang terdiri dari domba-dombanya di tengah banyak kesengsaraan; selepas kota dari tujuh bukit ini akan dihancurkan dan amat mengerikan dan menghakimi orang yang tidak mahu mengikutinya”


Sarjana percaya kota tujuh bukit sebagaimana di maksud dalam Alkitab adalah Vatican dan Gereja Katolik Rom.
Tetapi kelihatannya Kota Baitulmuqaddis sebagaimana yang ada pada zaman Nabi Isa juga dikira sebagai ‘Cities of Seven Hills’. Fakta ini juga diakui di kalangan Yahudi.
Dalam Pirke de-Rabbi Eliezer bahawa “Baitulmuqaddis terletak di atas tujuh bukit” (dirakam di Kitab Legends, disunting oleh Bialik dan Ravnitzky, p.371, ayat 111).
Mari kita perhatikan kembali satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: “Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘…Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); … sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.


“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.


“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.


“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.


“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).


“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”


Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”


Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”


Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”


Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”


Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.


Selepas itu, datanglah suatu ka-um yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.


Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.


“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”


“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.


“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.


“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.


“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.”
Pada masa kini dialah The Anti-Christ dengan memesongkan segalanya tentang Nabi Isa a.s. dan termasuk juga apa yang telah dibawakan oleh Nabi Isa a.s. Pada suatu masa nanti pula apabila dia telah memunculkan dirinya dan tidak mustahil pula gelaran The Anti-Christ ini akan ditujukan pula kepada Nabi Isa a.s.
Nabi Isa a.s. kelak bukanlah diturunkan semata-mata untuk membunuh Dajjal tetapi beliau juga yang akan mengIslamkan kembali saki-baki kecil pengikutnya yang maseh setia berpegang dengan ajarannya. Itulah di antara sebabnya baginda Rasulullah s.a.w. melarang sama sekali umatnya menyerang tempat ibadat.
wallahualam.
(PETIKAN DARI BAHTERA WAWASAN)