Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Eratnya mereka..

Saya sekeluarga telah berpindah di Kampung Pusu Tiga, Gong Badak, Terengganu. Ya, kami telah berpindah ke rumah sewa, suasana yang baru, kawan baru, rumah yang baru semestinya lah kan. Semasa di losong dahulu, suasana perkampungan agak jauh bezanya, di losong mereka tinggal dalam kampung warisan dan turun-temurun tapi di sini mereka ada yang datang dari jauh, ada yang berhijrah.. dan mereka menikmati hari-hari pencen mereka. Suasana di surau agak "berlainan". Surau dipenuhi dengan masyarakat luar negara yang rata-rata adalah penuntut Bachelor, Master dan Phd di Universiti Malaysia Terengganu. Ada di kalangan mereka daripada Sudan, Nigeria, Oman, Pakistan, Yaman, Syria dan lain-lain. Saya sangat teruja melihat gelagat mereka yang sangat ramah dan mesra, bukan sahaja sesama mereka, malah sesama masyarakat setempat sekalipun. Hampir setiap waktu solat, mereka akan bertemu dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain seolah-olah mereka seperti sudah lama tidak berjumpa. B