Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Sajak Orang Dakwah a.k.a Tabligh

Siapapun "orang-orang Tabligh" ini, Terimalah golongan ini dengan keterbukaan sebagai Mujahid yang tidak pernah meminta GAJI dan PUJI. Jihad kita,jihad mereka,arah tuju kita sama cuma cara yang membezakannya. Di Sisi Allah,kita tetap Hamba-Nya. Jangan angkuh,jangan sombong,  Hanya kerana tidak dapat menerima cara mereka. Ambil kebaikan darinya. InsyaAllah,segalanya dalam ketentuan Allah. Jangan menghukum sesuatu golongan itu hanya kerana kesungguhan mereka.... Dimana tempat kita?, Mungkin jauh lebih hina dari apa yang kita pandang hina. Mereka bersusah payah,lelah dan bermujahadah, Tidak sedikitpun mendatangkan kerugian kepada sesiapa pun yang memandang hina dan jijik terhadap mereka. Apa salahnya menerima mereka sebagaimana hari ini Yahudi pun diterima caranya dalam kehidupan seharian kita. Sungguh,sedih apabila golongan yg 'sedikit' ini sering dipanggil dengan gelaran 'pelarian'. Mampukah kita bermujahadah seperti mereka? sanggupkah kita mene

Nak kena Senyum ke?

Pagi tadi aku buat bayaran bill Celcom kat Bandar Permaisuri,Setiu. Sesampai je aku kat kaunter, kakak yang jaga kaunter tu dengan muka masam macam cuka terus tanya, Haa, nombor berapa?.. Huh, macam mintak nombor ekor je. Dah la tak tengok muka orang, aku komplen CEO celcom baru tau... Tu la gelagat yang kerap aku dapat bila berdepan dengan penjaga kaunter mana-mana syarikat, sikit je yang layan dengan elok, senyum dan cakap " Selamat Datang encik, ada apa boleh saya bantu?. Kan sejuk hati bila dilayan sebegitu, ini tidak, dengan pelanggan pun nak sombong, padahal signboard "Khidmat Dengan Senyuman"ada kat sebelah. Entahlah manusia ni, kalau cakap tak reti bahasa, marah pulak dia.  Mungkin kakak tersebut tengah tension sebab dia kena tengking dengan mak dia subuh tadi sebab bangun lewat, ataupun kena sound dengan pakwe dia sebab lupa nak reply SMS..Oh mungkin andaian aku tu betul, tapi janganlah terbawa-bawa kat tempat kerja kan. Senyumlah kerana Senyum itu sedekah

Fanatik 'Facebook'

Pernah tak anda berjumpa dengan individu yang ber 'facebook' sepanjang hari?, dari pagi hingga ke malam, cuma berhenti untuk solat dan makan je. Err, teruk betul. Entri kali ni warna biru (tema FACEBOOK). Facebook adalah laman sosial paling popular di Malaysia berbanding yang lain seperti Friendster, Myspace dan Hi5. Facebook juga telah banyak memberi kesan positif kepada masyarakat sedunia, ada orang yang dapat jodoh kat dalam facebook, ada orang dapat jumpa kawan lama yang dah berpuluh-puluh tahun lamanya terpisah, tetapi apa yang kita dapat lihat, ramai remaja dan orang dewasa menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari di laman sosial tersebut. Keburukan mula timbul apabila seorang ayah lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak kerana sibuk ber'facebook', begitu juga seorang ibu yang terlupa tanggungjawabnya kerana sibuk melayan karenah sahabat didalam facebook, begitu juga dengan pelajar, tetapi yang paling tak patutnya adalah pekerja makan gaji, ke

Dakwah sebelum Didakwah

" Eh aku dah tahu la, tak payah nak dakwah-dakwah, aku pun ahli masjid jugak."  Salam Satu Malaysia Satu Ummat buat pembaca sekalian, Panas betul cuaca bulan ni, sampai kering anak tekak aku, tapi takpe, asalkan jari ni masih basah hehe. Pernah tak korang diziarahi oleh Puak Dakwah a.k.a Geng Tabligh kat rumah korang?. Bagaimana perasaan korang apabila diziarahi?. Apakah tindak balas korang bila mereka cakap tentang Agama?. Mungkin korang tahu yang mereka pernah dimaki, dihina oleh tuan rumah, tetapi tahukah korang apa yang mereka buat?. Saja-saja ke... Nak mengajar ke... atau Nak ajak orang ke masjid. Tahukah anda apa yang mereka dapat?. Kalau dilihat dari segi zahir, mereka berjalan di petang hari dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, apa mereka dapat, cacian? , menjatuhkan air muka sendiri?, atau membazir masa di jalan raya?.. mungkin itu pendapat segelintir masyarakat. Tetapi kita tidak tahu, apa yang mereka perjuangkan. Nabi Muhammad s.a.w hari-hari ber

Politik itu Jijik?

Seorang ahli jawatankuasa kampung pernah bertanya kepada aku, " Dik, pakcik tengok adik ni bagus, datang solat berjemaah, selalu nampak kat masjid. Adik dah daftar mengundi ke belum ni?..Bukan apa, ada ustaz cakap hukumnya Wajib tau.." Gambar kutip dan hanya untuk 'pemanis mata'. Persoalan akan timbul bila anda baca tajuk diatas, ianya amat menggerunkan dan mungkin anda akan mula menyangka saya anti-politik. Tetapi awas, kerana saya meletakkan tanda soal disitu.. peace no war Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi singgah kesini, Sebut mengenai politik, anda akan berfikir dengan cara masing-masing, ada yang inginkan kemajuan, ada yang inginkan Hudud, dan ada juga yang inginkan keadilan .. Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan? Adakah politik Nabi mementingkan KUASA? Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan?