
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca sekalian,
Alhamdulillah,aku berkesempatan menunaikan ibadah puasa di Yaman,tahun ini agak ganjil sedikit kerana Bandar Sana'a dihujani dengan hujan yang amat lebat bermula 1 ramadhan,kalau di Malaysia taklah begitu pelik,kerana malaysia adalah negara Tropika,tetapi Yaman adalah negara pergunungan dan padang pasir..

Hari pertama,selepas bersahur aku ke masjid bersama ismail,terkejut jugak aku bila tengok masjid yang berdekatan dengan rumah aku tu penuh macam solat jumaat,sampai atas jalan kat luar masjid pun ada orang bentang sejadah dan solat kat situ..huh..hebat betul.kelihatan ramai kanak-kanak bawah 10tahun bersama ayah2 mereka ikut ke masjid jugak,budak-budak muda yang diwaktu petang melepak kat tepi jalan pun ada...masya-Allah...kalau di Malaysia memang tak kelihatan rasanya suasana mcm ni,selepas selesai solat subuh,berduyun2 jemaah keluar dari masjid,tapi tidak kurangnya yang membaca quran dan berzikir didalam masjid,masing2 mengucapkan ucapan "ramadhan karim! ramadhan mubarak!" kepada rakan2..maklumlah,adat orang2 arab memang sebegitu,hidup mereka dipenuhi dengan ucapan..Life full with a Greetings..
Comments