Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Corakkan Gambar Anda!

Anda mungkin bosan dengan rupa bentuk gambar anda yang tidak menarik,apa kata anda cuba gunakan facebomb ,anda hanya perlu upload gambar dari hardrive anda,kemudian pilih dan hiaslah gambar anda itu sesuka hati...Selamat Mencuba

Mengapa Wahabi tidak sesuai?

Pendekatannya yang ekstrem. Sejarah menunjukkan ia lahir dan berkembang dalam suasana yang sangat ekstrem buruknya,sampai ke peringkat memuja kubur dan sebagainya,dalam sifat seolah-olah berhala di zaman jahiliyah, Syeikh Muhammad Bin Abd Wahab pegasas kepada mazhab tersebut terpaksa menghadapi gelagat masyarakat semenanjung Arab dan sekitarnya pada waktu yang sudah kembali berperang sesama sendiri dengan keadaan seperti di zaman jahiliyah.Bangsa yang dihadapi beliau itu ialah masyarakat padang pasir yang keras kepala,tidak seperti orang melayu di Malaysia yang lain sekali wataknya. Mengamalkan mazhab tersebut di Malaysia sekarang tidak ubah seperti memakai baju besi sebagai pakaian harian.Ia bukan salah,tetapi sangat tidak sesuai kerana persekitaran hidup tidak memerlukan kita berpakaian sebegitu.Baju besi itu boleh di simpan di Muzium dan diberi pujian setinggi-tinggi kerana pernah menyelamatkan sebahagian dari ajaran dan masyarakat islam pada saat terlalu kritikal,iaitu pada saat

Masyghul Jiddan...

Salam buat semua sahabat-sahabat saya sekalian,mohon maaf kerana agak lama saya tidak mengarang kerana terlalu sibuk dengan berbagai-bagai urusan,Alhamdulillah,saya sekarang berada di Malaysia,tanah air tercinta,Untuk pengetahuan semua,saya dan adik(Zikri) telahpun sampai di KLIA jam 10pagi waktu tempatan,jutaan kesyukuran kami panjatkan kerana penerbangan kami(GulfAir) tidak mempunyai apa-apa masalah.Di KLIA semua anggota keluarga termasuk nenek menunggu kami berdua,dari sana kami terus pulang ke Terengganu dengan menaiki Toyota UNSER,memang amat memenatkan.Secara jujurnya memang terasa agak asing bila melihat suasana di Malaysia,terasa seperti berada di negara orang pulak,cuaca yang berbeza,masyarakat yang berbeza.Hidup di Malaysia amat selesa,jauh bezanya dengan negara Yaman,tetapi banyak pula masalahnya dari segi sosial,jenayah dan sebagainya. Dalam minggu lepas saya dah mula belajar sambil berkerja di syarikat ayah (Medi-Ihsan Sdn Bhd),macam-macam kerja kena buat,maklumlah BELAJA