Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Dinner bersama Timbalan Menteri Luar Negara...

Bergambar bersama salah seorang Exco Permaya..hehe,koji jgn marooh deh.. Hadiah dari pihak Kedutaan... Bersama Encik sudin My lovely little bro...

MENGAPA OH MENGAPA?

1} Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... ...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? 2} Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... ...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan? 3} Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya... ...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" 4} Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? 5} Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? 6} Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi me

Tanda-tanda akhir zaman

1)Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 3) Muzik bermaharajalela. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" ? Riwayat Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hu

Hari...Lahirku

4 hari yang lepas,tepat hari lahir saya yang ke-21,tak de sambut apa2 pun,cuma ucapan dari sahabat2,dan keluarga di Malaysia,terima kasih buat ibu angkat saya Umi Rosilah yang telah mengirim hadiah,juga tidak dilupakan adik yang tersayang Ubaidullah zikri,saya tak sangka yang dia bersusah payah beli hadiah untuk abang dia ni,Terima Kasih banyak-banyak Angah... Dia seorang adik,juga seorang sahabat yang paling akrab,dari kecik sampai ke besar,dari sekolah rendah,satu kelas,berkhatan pun bersama,belajar di Asrama Penuh yang sama...sampai la kitorang sambung belajar di Yaman,kitorang tak pernah terpisah,kecik2 dulu saya masih ingat,saya ni pemarah,maklumlah abang sulong,so si zikri ni la yang selalu kena marah,pantang buat silap skit,sampai kitorang belajar kat Ma'had Tahfiz di K.L pun kitorang still gadoh lagi,tapi tak sampai bertumbuk2 lah...hehe.Biasalah,adik beradik wajib bergaduh.. Masa terus berlalu,saya pun tak sangka umur dah cecah 21,dah tak boleh buat perangai budak2 macam d

Kenangan 2009

Gambar-gambar diatas dahulunya memberi sejuta makna,kini hanya tinggal kenangan yang hanya dijadikan sekadar tatapan dan peringatan...

Bisikan Hatiku,,,

Aku akur wahai tuhan,terkadang aku leka dengan hasutan nafsuku, Aku telah jauh dari rahmatmu, Aku pasrah wahai tuhan, Aku yang dicipta olehmu dari setitis air, Kau yang memberi aku kehidupan, Kau yang mengatur segala takdir hidupku... Ya Allah!aku terlalu takut untuk menemuimu nanti, Bersama amalanku yang tak secukup mana, Aku tahu wahai Allah! Dunia hanyalah tempat persinggahanku, Dan engkau hanya beri satu peluang untuk aku beramal, Tatkala tibanya ajalku nanti, Aku amat berharap agar dapat aku mengucap kalimah syahadah, Kalimah yang teragung... Aku sedar akan segala salah dan silap aku selama ini, Aku leka dengan mainan dunia rekaanmu ini, Aku hanyut dengan hasutan iblis durjana, Kini aku takut akan janji-janjimu terhadap orang yang ingkar, Dan aku berharap akan janji-janjimu terhadap orang yang taat menurut perintahmu, Moga aku digolongkan dikalangan mereka kelak, Ya Allah!berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi tipu daya yang sementara ini, Berikanlahku hidayat dan taufik untukku

Balik Kampung

Selepas Solat Jumaat kelmarin,saya dan 2 rakan lagi ke rumah Ammu(pakcik) Jamil,beliau berasal dari qabilah Hamdan,salah satu qabilah yang terkenal dengan Daun Qat kelas pertama. Pada mulanya beliau hanya menjemput kami untuk makan tengah hari dirumah yang terletak berhampiran dengan rumah kami,,tanpa disangka,beliau telah menjemput kami ke perkampungan beliau yang terletak di luar Bandaraya Sana'a,kami pun bersetuju atas jemputan tersebut.. Kami menaiki Land Cruiser milik beliau,amat mustahil untuk ke perkampungan beliau menggunakan kenderaan biasa,kerana jalan yang berbatu-batu dan agak mencabar.. Kami memulakan perjalanan selepas sahaja menunaikan solat Asar...perjalanan memakan masa 1 jam setengah.. Banyak pemandangan yang menakjubkan kami di perkampungan beliau..

Hari Keputeraan Agong 09 Di Yaman

Bersama Abang Khalid... Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman...Ustaz Fadhli Duta Besar Malaysia Di Yaman Suasana di Halaman Kediaman Duta Besar Malaysia di Yaman...Tuan Haji Abdul Samad Syed Faris bersama anak sulong dia..Aisyah... Hafiz,camera man sementara... Dari Kiri:Adik saya yang kedua,Zikri,Saya,Sudin dan Faiz Karim Ustaz Fakhrurrazi sedang mengupacarakan majlis.. Dari Kiri: Ustaz Imran,Saya dan Farhan Ini diantara suasana sambutan Hari Keputeraan Agong Di Yaman..ada macam kenduri kahwin ke?..

ArE wE Big?...

Compare the size of the Earth with other planets Now compare it with Uranus and Neptune Now Earth against Sun,where are we?..

Satu Penghinaan..

Some of Denmark's Cartoons....(laknatullahi alaihim alkuffar) Seorang wanita muslimah yang dicabut tudungnya di salah sebuah negara Eropah.. Apakah respon dan tindak balas kita terhadap mereka?.. Adakah memadai dengan memboikot barangan-barangan dari negara-negara kafir sudah memadai?.. Kini islam dimata mereka adalah teramat rendah sekali,bukan kerana kita tidak berilmu,bukan juga kerana kita tiada teknologi dan sebagainya.. Tetapi kita seperti singa yang bersifat seperti kambing.. Allah telah menganugerahkan tugas yang sangat besar terhadap kita,tapi entah kenapa kita tidak mengendahkannya.. Ilmu bukannya jalan penyelesaian, Tetapi ilmu haruslah disertai dengan dakwah dan akhlak, Inilah punca ummat kita,ada yang berilmu setinggi gunung,sedalam lautan,tetapi tidak memanfaatkannya,hanya sibuk berbicara dengan perkara-perkara yang tidak patut.. Ada juga yang sibuk berdakwah tetapi tidak menghiraukan ilmu, Ada juga yang sibuk membetulkan orang,tetapi dirinya sendiri pun masih terh