27.2.11

Membudayakan Sporting

" Tu haram,ni haram..habis tu apa yang halalnye?..Meluat lah aku ngan ko ni,berlagak alim pulak, tak SPORTING langsung."


......


786


Sebut je pasal sporting, teringat pulak aku kat sport-rim..hehe (lari tajuk pulak).Ok lah,kali ni aku nak kupas Isu Membudayakan Sporting nih. Bukan apa, sebagai salah seorang remaja Melayu, aku pun punya nafsu dan kehendak, aku nak hidup senang, ada teman hidup, poket selalu penuh, boleh buat apa sahaja yang aku suka, tapi aku sedar, kita hidup bukan selamanya, dan kita pasti akan jadi Mayat satu hari nanti, mungkin esok atau lusa, dan yang paling menakutkan adalah aku terpaksa tinggalkan segala benda yang aku sayang, dan yang aku bawa hanyalah Iman dan Amalan aku, Alangkah baiknya kalaulah amalan buruk itu dapat aku tinggalkan di dunia, dan aku hanya bawa amalan baik...Tetapi sayang, Allah tidak mengizinkan, aku terpaksa membawa amalan burukku  ke alam akhirat.

Kenapa bila ada orang nak amalkan agama, maka mereka akan dilabelkan sebagai tak sporting?.. Percaya tak korang pada Allah?...pada Rasulullah?..ataupun korang anggap kisah-kisah yang berlaku pada zaman Nabi dan Sahabat itu adalah Bed time stories?..  Kalaulah korang percaya dan yakin bahawa apa yang diceritakan dalam Hadith itu benar, apsal korang tak nak ikut, siap hasut orang lain pulak supaya tinggalkan amalan agama.

Aku pernah ditegur oleh suara-suara sumbang dari individu yang mengaku mereka adalah Orang Islam Tulen.

Kisah pertama:

Time aku kat UIA, time tu temankan ayah, dia ada meeting, so aku melilau kesana kemari dengan jubah, sampailah aku kat sebuah  kedai ala 7 eleven, maka bershopping la aku kat dalam tu, sampai je kat kaunter ada sorang makcik yang berketerampilan agak moden berdiri kat sebelah cashier, aku pun dengan happy membuat bayaran. Tiba-tiba makcik tu tanya aku, "Adik, adik ni belajar luar negara ke? ". Saya angguk je, " Ni adik, akak rasa la kan, tak sesuai pakai jubah ni kat Malaysia, ni pakaian budaya orang arab, adik masih muda, peluang berdakwah masih luas, zaman sekarang nak berdakwah kita kena ikut arus semasa,sporting la sikit ." .Fuhh,terkezzut i , Aku pun balas dengan sopan " Ye Makcik, insya-Allah". aku pun berlalu pergi.

Korang rasa makcik tu bercakap ikut akal dia atau ikut Islam?. Aku bukanlah extremist, aku manusia biasa macam korang, tapi salah ke aku nak amal sunnah Rasulullah s.a.w, remaja-remaja lain ngan tak tutup aurat, terdedah sana-sini ada makcik tu kisah?..Zaman sekarang nak amal sunnah Nabi pun orang halang, cakap tak sesuai la, budaya arab la, kalau yang halang tu orang kafir , aku boleh accept tapi ni orang islam. Kecewanya...

Jadi persoalan aku, kenapa ramai orang tak suka tengok orang yang beramal agama?..Seolah-olah mereka meluat dan benci lihat orang berjubah,berkopiah, berpurdah dll.

 Ni Makcik, kita ni Orang Islamkan, makcik tahu tak Nabi pernah memberi nasihat supaya kita perlu berbeza dengan orang-orang non-muslim?..
...........
Makcik tahu tak? orang yang kehidupan mereka sama seperti orang kafir maka mereka akan dibangkitkan selepas mati bersama orang-orang kafir.
...........
Mak cik tahu tak? orang yang meremeh-remehkan amalan agama itu orang munafik.
..........
Makcik tahu tak? Nabi pernah beritahu agama islam diakhir zaman akan kembali asing seperti zaman permulaan islam.
.........
Makcik tahu tak? Orang yang mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan ikhlas akan dapat ganjaran 100 pahala mati syahid.
.........
Makcik tahu tak? Nabi berdakwah tidak mengikut pun cara berpakaian orang yang didakwah itu.
.......
Makcik tahu tak? Makcik sekarang dalam bahaya kerana makcik seolah-olah menghina sunnah Nabi s.a.w.

Ketahuilah wahai makcik yang budiman, Sesungguhnya Islam bukan hanya pada Ibadat, tetapi Islam adalah dalam amalan harian, makcik tak mampu berpurdah, ucapkan syabas kepada wanita-wanita yang mengikut cara berpakaian isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

Mungkin korang akan kata aku seorang yang amat fanatik dan tak berpijak di bumi, sebab post aku kali ni agak kasar, Hmm,itulah hakikatnya, sesiapa yang nak jadi baik, sure kena kutuk kan, sebab nafsu dan syaitan mesti takkan setuju, apatah lagi dengan masyarakat Malaysia yang mengamalkan hidup "sporting" ni, tapi percayalah cakap aku, sesiapa sahaja yang beramal dengan Islam secara menyeluruh (bukannya 30% atau 80%), maka berjayalah dia untuk selama-lamanya, tetapi tidak semudah itu, kerana Allah akan menguji hambanya setakat mana kuat imannya, setiap kali dia bersabar, maka naiklah dia ke darjat yang lebih tinggi,seandainya tidak,mungkin dia akan rebah di pertengahan jalan?..

Hanya Allah yang Maha Mengetahui,


Sekian,

15.2.11

Oh Pandainya dia ( LIBERALISM)

ABAIKAN GAMBAR INI SEANDAINYA
 ANDA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM

" Biasanya ucapan di atas ditujukan kepada kanak-kanak kecil, tapi buat kali ini aku ucapkan buat Sang Penganut Agama Liberal".

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan cyber ini, sebenarnya dalam otak aku ni dah serabut sangat dengan karenah-karenah masyarakat sekarang, kalau orang lain aku tak kisah sangat, tapi kawan-kawan aku pun dah mula berjangkit dengan Wabak liberalism nih..

First sekali sebelum korang semua baca post aku kali ini, apa kata korang kenali dahulu apa itu LIBERALISM,

Ketika masyarakat Islam di seluruh negara menyambut Hari Maulidur Rasul dan tidak menyambut Hari Valentine, ada beberapa golongan yang 'pandai' telah mula tunjuk belang, ada yang mencemuh, ada juga yang memaki, mereka tidak bersetuju dengan fatwa kerajaan yang mengatakan menyambut Hari Valentine itu haram disisi Islam.

Ada salah seorang yang 'pandai' berkata : "Kita kenalah open minded, zaman sekarang zaman moden,kenapa nak haramkan Valentine's Day, cuba kalau orang barat haramkan hari raya Aidilfitri kat negara diorang, kan kita yang susah,agama semua sama laa".

Setahu saya, mereka yang sering mencemuh hukum-hukum islam adalah orang-orang munafik sahaja, mereka mengaku mereka islam tetapi mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul. Islam adalah agama yang kita perlu amal dalam hidup, bukan di masjid sahaja, malah di rumah,bersama kawan-kawan, dalam perniagaan iaitu dalam erti kata yang lain 'setiap masa'.

Tetapi sayang, hari ini mereka yang mengaku islam sebenarnya malu dengan agama mereka, mereka malu dengan barat kerana Islam banyak menghalang mereka dari bebas. Mereka kata kita harus 'OPEN MINDED', apabila kita perhatikan secara kasar, open minded bererti bebas untuk melakukan apa sahaja, bebas bercakap, bebas bersosial, bebas beragama. Sebenarnya open minded itu bermaksud ' Ikut Telunjuk Hawa Nafsu dan Syaitan', tanpa agama manusia akan hidup seperti haiwan/binatang, mereka akan bersetubuh dengan siapa mereka mahu, mereka akan makan dan minum apa yang mereka mahu, tetapi Agama Islam mengajar kita supaya hidup berbeza dengan haiwan, tetapi kita masih ingin jadi haiwan. Saudara dan Saudari sekalian, ketahuilah bahawasanya agama yang diterima oleh Allah hanyalah AGAMA ISLAM, tetapi orang-orang 'pandai' ini mengatakan semua agama itu sama, bayangkanlah jauhnya pegangan mereka terpesong dari Islam, apa yang Tuhan kata itu yang mereka nafikan..Astaghfirullah...


Diantara ciri mereka yang beragama LIBERAL adalah :-

1.Hidup mereka lebih cenderung mengikut gaya barat.
 
2.Tidak selesa dengan orang yang berpegang teguh dengan Islam dan Sunnah, mereka akan cemuh mereka   EXTREMIST.

3. Suka meremeh-remehkan tuntutan agama.

4. Mempersoalkan hukum-ahkam agama, mereka kata: " Allah tak perintah pun dalam Al-quran suruh pakai tudung, Dia tak khususkan pun suruh kita pakai tudung, Dia suruh kita tutup dada sahaja..Ulama' yang buat fatwa,ulama' pun manusia macam kita"


5. Mereka suka membaca buku agama tetapi tidak berguru, maka jadilah mereka Mufti swasta dalam keadaan mereka jahil tentang ilmu agama, maka mulalah mereka membuat hukum berdasarkan nafsu mereka, Oleh itu jadilah fatwa " Arak boleh diminum, tetapi syaratnya tidak boleh mabuk."...Astaghfirullah.

6. Memandang kemajuan Islam bukan pada Rohani dan hubungan dengan Allah, tetapi pada senjata dan harta benda, mungkin mereka tak kaji bagaimana peperangan Badar berlaku..Kasihan

Saya seru pembaca sekaliam supaya timbalah ilmu agama sedalam yang mungkin, walau siapa pun kita, samada Bisnesman ke,Pilot ke, Doktor ke, yang penting ilmu agama harus kita pertingkat hari ke hari, dan apa-apa yang berkaitan dengan hukum ahkam tanyalah Alim-Ulama' kerana mereka adalah ahli.

Tahukah anda?..Untuk mentafsirkan Hadith atau Al-Quran, anda perlu ada ilmu Usul Hadith dan Usul Tafsir, dan Tahukah anda?, untuk keluarkan apa sahaja fatwa perlu ada ilmu Usul Fiqh...

Tetapi hari sayang, ramai orang liberal ni ikut jalan shortcut..senang-senang je diorang tafsir tu, tafsir ni..

Kalau anda ada kawan-kawan yang berfikiran begitu, nasihatilah dia dengan lemah lembut dan pujukan, kerana diantara tugas kita sebagai Umat Muhammad s.a.w adalah pesan memesan antara satu sama lain,

Kejayaan kita hanya dalam kita mentaati segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya.

Sekian dari saya,



3.2.11

Syurga untuk yang bersusah payah



Baginda Nabi Muhammad s.aw. seringkali menegaskan bahawa, "Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.”

Syurga ialah tempat kenikmatan dan kebahagiaan di akhirat yang dikurniakan kepada hamba-hamba Allah yang beramal soleh. Neraka pula tempat azab keseksaan disediakan untuk mereka yang beramal tholeh (kejahatan).

Untuk melayakkan diri ke syurga, seseorang itu mestilah menempuh banyak ujian seperti melaksanakan suruhan Allah s.w.t dan Rasul s.a.w serta menjauhi laranganNya. Kesemua ini memerlukan semangat dan kekuatan yang bermula dari keimanan kepada Allah. Sudah tentu untuk mengerjakan solat, puasa, haji dan amal kebajikan lain amat payah kecuali bagi mereka yang beriman. Sebab itulah Nabi mengatakan jalan ke syurga penuh dengan kesusahan.Apatah lagi di zaman sekarang yang mengamalkan gaya hidup moden yang banyak bertentangan dengan Islam.

Bukan mudah untuk masuk ke syurga. Kita kena bermujahadah atau berjuang melawan nafsu untuk melakukan kebaikan. Syaitan dan nafsu memang menyuruh kita berbuat kejahatan dan tidak menggalakkan kita melakukan kebajikan. Jika kita turutkan kehendak syaitan sudah tentu kita tidak mampu melakukan sebarang kebajikan.

Sebaliknya jalan ke neraka amat mudah kerana dikelilingi dengan kehendak syahwat. Semua manusia memang cenderung mengikut kehendak nafsu dan syahwat. Syaitan pula sentiasa mendorong manusia mengikut hawa nafsu. Amat mudah melakukan kejahatan.

Alangkah susahnya memperolehi syurga? Dalam Orang Alim pernah memberitahu : Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu. Orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal. Orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas. Untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang. Ibarat mendaki bukit yang tinggi, hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke puncak.

Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga. Malahan adalah menjadi kesalahan jika kekayaan yang didapati tidak diperolehi dan dibelanjakan dengan cara Islam.

Semua manusia inginkan hidup senang. Kesenangan di dunia hanya sementara manakala kesenangan akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara. Hanya orang yang cetek akal saja memilih kesenangan dunia dan mengenepikan kesenangan akhirat.

Syaitan selalu membisikkan kepada kita tentang amal kita yang banyak walaupun baru sikit benar. Kita gembira apabila dipuji manusia. Timbul rasa ujub dan riak yang akan memusnahkan pahala. Kita tak perasan kita sebenarnya berdosa sebaliknya menyangka kita masih beramal soleh. Kita mesti mengawas dari serangan penyakit batin seperti riak, ujub, bongkak, sombong, dengki yang kesemuanya merosakkan amalan. Di sini peranan ilmu tasauf yang perlu kita pelajari dan dalami.

Perlu kita ketahui sebelum kita melakukan sebarang ketaatan, Allah sudah terlebih dulu mendahului dan mengingati kita. Kalau Allah tak gerakkan kita untuk beramal, kita tak akan beramal. Ini maknanya Allah mendahului kita. Jangan sangka kita yang beramal, sebenarnya Allah menggerakkan kita beramal. Jadi soal pahala tak timbul. Sepatutnya kita bersyukur kerana Allah gerakkan kita beramal.

Bagaimana kita mahu mendabik dada tentang amalan kita? Saidina Ali yang sudah dijamin masuk syurga pun mengeluh kerana bimbang kurang amalan sedangkan perjalanan ke syurga amat jauh. Saidina Ali memang terkenal dengan zuhud dan banyaknya melakukan amal ibadat. Bagaimana dengan diri kita? Saidina Ali Menggigil mengenangkan bekalan yang sikit untuk perjalanan ke akhirat yang jauh.

Kesimpulannya kita terpaksa mengharung kesusahan mencari ilmu akhirat serta mengamalkannya. Kesusahan dalam hal akhirat adalah rahmat. Dengan kesusahan ini Allah mengampun dan meninggikan darjat kita. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan hanya di akhirat. Seseorang tidak diberi pahala jika tidak bersusah-payah menempuh dugaan dan cabaran.

Oleh itu, apabila ada satu keluarga yang cuba mengamalkan Islam dizaman ini amatlah tinggi kesabaran mereka, kerana sentiasa diuji dengan keadaan sekeliling,kawan-kawan,jiran tetangga dan kaum kerabat yang tidak faham akan kehendak agama dan mereka tidak selesa dengan amalan Islam, apa yang mereka tahu adalah orang yang cuba melawan arus gaya hidup nenek moyang dan berpegang teguh pada Islam adalah dari golongan Ekstrem.

Ingat sekali lagi pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Oleh itu, utamakanlah kepayahan kerana itu jalan ke syurga. Jauhilah kesenangan berbentuk nafsu syahwat kerana itu jalan ke neraka. Wallahu ‘Alam. .




2.2.11

Dengki adalah daki


Salam pembaca semua, harap anda semua sihat wal afiat. Maaf lama juga penulis tidak sentuh blog ini,banyak perkara perlu diselesaikan.
.......
.........
Entri kali ini penulis yang serba daif ini ingin mengupas sedikit isu mengenai MULUT.

Mulut adalah anugerah daripada Allah s.w.t yang diberikan kepada manusia, sepatutnya kita amat bersyukur kerana mempunyai mulut yang boleh kita gunakannya untuk makan minum, bercakap, ketawa dan sebagainya. Bersyukur dengan ucapan Alhamdulillah tidak memadai, Alim Ulama' kita memesan salah satu bentuk syukur yang sangat perlu adalah kita menggunakan nikmat itu pada jalan yang baik dan diredhai oleh Allah s.w.t.

Untuk pengetahuan pembaca, Baginda Rasulullah s.a.w pernah memberitahu kita supaya berhati-hati dengan mulut (lidah), kerana disebabkannya ramai orang dicampak kedalam neraka. Apa yang keluar dari lidah mestilah berpunca dari hati, kalau hati seorang insan itu bersih, nescaya kata-katanya akan jadi suci dan bersih, tetapi kalau sebaliknya, maka akan terkeluarlah kata-kata berunsur mengumpat, memfitnah, melaga-lagakan orang dan sebagainya.Oleh itu penulis berpesan kepada semua pembaca agar berhati-hatilah dalam bertutur kata. Apatah lagi kalau kita merupakan pemimpin atau orang yang berpengaruh, kerana sekeras mana pun hati manusia, pasti akan kalah jua dengan ketajaman kata-kata.

Dikalangan masyarakat Melayu, ramai yang bersifat suka mengata ataupun dalam bahasa moden "GOSIP".
Perkara ini telah berlarutan turun temurun, bahkan ada yang menjadikannya sebagai aktiviti harian keluarga ataupun masyarakat. Sambil menghirup teh dipetang hari bersama indahnya dapat bercerita mengenai keburukan orang itu,keburukan orang ini..

Inilah faktor utama mengapa Kaum Melayu seringkali berpecah belah. Alangkah cantiknya kalau kita saling bersangka baik, berterus terang, apa yang tidak jelas,tanyalah tuan empunya badan, kerana mungkin apa yang kita lihat dan dengar itu salah, bukannya berbual sana sini, kemudian yakin atas sangkaan, sedangkan itu semuanya tidak benar, bahkan yang lebih teruk, mengkucar-kacirkan masalah sehingga menjadikan ia semakin rumit.

Sabda Baginda s.a.w :Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

(Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam kandang kambing tidak lebih besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang Muslim yang tamak terhadap harta dunia dan hasad dengki. Sesungguhnya sifat hasad memamah segala kebaikan seperti api menjilat kayu kering.”

(Hadith riwayat Al-Tirmizi)


Oleh kerana itu Allah s.w.t telah memerintahkan Nabi dan umatnya supaya berlindung dari bencana golongan pendengki. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman:


“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai Subuh, dan kejahatan makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dan kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki. ” (Surah Al-Falaq: Ayat 1-5)

Rasulullah sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar diri dan bermasam muka antara satu sama lain.


Baginda bersabda yang bermaksud:
“Berhati-hatilah kamu daripada sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah kalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan kepada kalian. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya; janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain.” (Hadith riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)

Sebenarnya orang-orang yang dengkikan kelebihan, kebolehan dan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada orang lain apatah lagi kepada kaum keluarganya mempunyai jiwa yang berpenyakit, hati yang kotor dan berkarat. Mereka sanggup membuat tipu-daya terhadap saudara mereka sendiri demi melepaskan kemarahan dan nafsu yang meluap dalam dada mereka. Sikap inilah yang telah mendorong Qabil membunuh saudara kandungnya sendiri iaitu Habil. Perasaan dengki, angkuh, marah dan dendam yang meluap-luap inilah yang mendorong berlakunya kejahatan tersebut, malah ada juga yang bergembira apabila melihat saudara mereka itu terseksa.Ya Allah anugerahkanlah hidayat dan taufik kepada Ummat Akhir Zaman ini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Berlindunglah kita kepada Allah s.w.t dari sifat tersebut...Nauzubillahi Min Zalik..