30.4.11

Janganlah Berkahwin Perempuan Yang Ada 6 Sifat Ini

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

19.4.11

Imam Muda Musim Kedua

Jutaan Tahniah aku ucapkan untuk dua orang sahabat seperjuangan yang berjaya menaiki pentas Imam Muda musim ke-2 ini, Tak sangka juga anda terpilih.

Muhd Fakhrurrazi Hussin, 27. Bersahabat dengan beliau ketika sama-sama belajar di Sana'a Yaman.

Ammar Wan Harun, 27, Kami sama-sama belajar di Madrasah Miftahul Uloom Sri Petaling, dia senior skit la.




Nak download video pelancaran ni pun boleh, klik sini 

17.4.11

Doa Buat Tok Ayah

Pada hari Jumaat , 15 April , di Kilometer 42.3, Lebuh Raya Karak, Arah Bentong, Bukit Tinggi, Pahang pada jam 7.30 petang, sebuah kereta Proton Perdana yang dipandu oleh seorang Ahli Perniagaan juga salah seorang karkun lama (orang dakwah) di Terengganu telah terlibat dalam kemalangan.

Arwah dikenali dengan nama Tok Ayah atau nama sebenar Yusuf Abdur Rahman,67 tahun. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh arwah terbabas masuk ke bawah treler yang membawa baja seberat 35tan dan terlekat disitu tanpa disedari oleh pemandu treler tersebut yang terus mengheretnya hampir 100 meter, beberapa anggota bomba yang baru pulang dari kursus di Kuala Lumpur menaiki pacuan 4 roda melihat kejadian terbabit segera memintas dan memaklumkan kepada pemandu treler itu, akibat rempuhan yang kuat menyebabkan besi penghadang belakang treler telah patah, arwah yang tersepit ditempat duduk cedera teruk dikepala dan badan meninggal di tempat kejadian, sepasukan anggota Bomba Bentong telah mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan arwah. Jenazah dihantar ke hospital Bentong untuk bedah siasat.

.................................

Arwah tok ayah mempunyai sebuah madrasah di Dungun, beliau juga bergiat dalam usaha dakwah, beliau dalam perjalanan pulang ke Terengganu setelah selesai urusan Tafakud di Masjid Seri Petaling, azam tinggal azam, tetapi pahala malaikat dah catat.

Semoga Roh beliau digolongkan bersama para Syuhada dan Solehin.... Berhati-hatilah dijalan raya...

Beberapa Gambar Kemalangan:

Kredit kepada Ondscene 





12.4.11

Belajarlah Untuk Bercakap

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “ Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperoleh kebaikan dalam semua keadaan.” (riwayat muslim)

Kita adalah manusia, kita ada mulut, lidah  dan kotak suara yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t sebagai perantaraan untuk kita bercakap. Sebagai seorang beriman,kita harus percaya bahawa Allah s.w..t telah mencipta Malaikat yang mencatit segala perbuatan kita setiap hari hingga kita MATI, ia juga mencatit segala patah perkataan yang kita sebut dan ucap pada setiap saat dan detik.

......


Aku nak pesan diri aku,

Wahai Manusia, jadilah kamu insan yang berkasih-sayang sesama manusia, yang pandai menghormati orang yang lebih tua, yang mengasihi orang yang lebih muda.
Ingatlah suatu hari kamu akan mati, mayatmu akan dimandikan ,dikafankan dan disembahyangkan, kamu tidak mampu berbuat apa-apa, hanya diam kaku disitu,hinggalah kamu disimpan di dalam tanah, bertemankan keranda dan kain kafan..

Oh insaf aku seketika, terkedu bila teringatkan kematian...

.....

Kita hidup bersama dengan manusia, sebenarnya itu menyukarkan kita, kerana jikalau kita hidup dikelilingi haiwan dan tumbuhan sahaja, maka agak sukar untuk kita mencipta dosa mulut, dosa mata dan dosa hati...Aduhai.

Tapi kesyukuran perlu kita panjatkan juga, bagaimana mahu hidup bersama makhluk yang bukan manusia, pasti kita akan sunyi dan tiada teman untuk bersama.

Sebenarnya post kali ini aku nak sebut mengenai "Belajar Untuk Bercakap", sebenarnya post ini juga untuk diri aku yang sebenarnya sedang belajar untuk bercakap.

Aku mula faham bagaimana mulut memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan, kerana mulutlah hancur rumah tangga orang, benci bertukar sayang, hina jadi mulia, baik jadi buruk.

Kadang-kadang kita tidak perasan tentang diri kita sendiri, macam mana suara kita ketika bercakap dengan orang?. Nada terlalu tegas dan garang (bekeng) ke?. Terlalu lembut dan romantik ke?. Atau terlalu bolok (kelam-kabut)?.

Tahu tak?, bercakap itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan banyak anggota ketika anda bercakap,

1.Mata, mata perlu bertentang mata(eye contact), orang tua selalu cakap, kalau bercakap tak bertentang mata itu tandanya tidak ikhlas atau menyembunyikan sesuatu.

2.Nada, nada perlulah lembut dan tidak beremosi, maklumlah manusia ni tidak suka mendengar percakapan yang terlalu garang dan tegas, orang akan jadi meluat,  masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

3. Akal fikiran, ini yang paling penting, sebab kita bercakap pun bergantung pada akal, kalau tak guna akal, maka merapulah jadinya, bercakap ikut suka dan tak hirau perasaan orang lain yang tersinggung. Jadi berfikirlah dahulu sebelum mula berbicara.

Susahkan kalau nak bercakap ni?, lebih baik diam dari bercakap perkara yang tidak bermanfaat dan boleh menyebabkan kita terjerumus ke Neraka..Nauzubillahi Min Zalik..

Aku pun berazam untuk lebih berhati-hati ketika bercakap, sedang belajar untuk bercakap dengan suara yang penuh kasih-sayang, waah...

Next post- Belajarlah Untuk Mendengar..coming soon

Wallahu A'lam..

3.4.11

Ustaz Belasah Budak

Petikan dari HarianMetro

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. 


Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. 

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.


Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. 

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya. 

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. 

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. 

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam. 

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. 

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu. 

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. 

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini. 

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya. 

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

.......


Perkara pertama aku nak cakap, Aku tak faham!..  Sampai hati si ustaz ni belasah muridnya sendiri hanya kerana disyaki mencuri, dan tempoh belasah bukannya sekejap, 2jam tu, lamanya Ya Allah. Patutlah budak tu koma, mungkin ada pendarahan dalam kepala.

Aku bekas pelajar sekolah agama, aku juga pernah merasa dirotan, ditampar dan diherdik. Biasalah, ustaz kata, mendidik budak2 ni sukar, kena pakai rotan baru menjadi, macam lembu, ia tidak akan taat jika tuannya tidak pernah mendidik dengan pukulan, kata ustaz saya itu. Kami semua para pelajar pun menganggukkan kepala.

Bila aku dah berhenti belajar, dan aku mula hidup didalam masyarakat awam, aku lihat pelajar2 jurusan dunia, mereka dimuliakan, tidak dipukul seperti  kami. Oh aku terkedu seketika, lazatnya hidup diluar, barulah aku faham kenapa ramai pelajar2 agama tidak tahan, lantas melarikan diri. Dan mula menjauhkan diri dari Ustaz, seolah-olah pengalaman mereka berada di Sekolah agama itu adalah pengalaman pahit buat mereka, maka penyakit yang dihidapi mereka itu aku panggilkan 'UstaziFobhia'.

Maka bertemulah aku dengan beberapa orang Maulana dan Ustaz2 yang pakar dalam bidang syariat, aku bertanyakan mereka mengenai pukul memukul ni, maka jawab mereka,  Pukul ini ada kadarnya, hendaklah tidak melukakan orang yang dipukul, dan pukul bukannya bermaksud melepaskan geram, tetapi pukul lah ketika jiwa telah tenang, kerana ketika marah itu bukanlah kamu yang memukul tetapi Syaitan. Jauhilah memukul, kerana itu adalah pilihan yang terakhir, nasihatilah mereka terlebih dahulu agar mereka faham apa kesalahan mereka.

Apa yang telah berlaku itu, kita ambillah pedoman dan pengajaran, adat dan budaya orang2 alim kita janganlah kita ikuti jika tidak bersandarkan Al-Quran dan Hadis, Islam itu indah...Tetapi penganutnya yang memburukkan imejnya..sekian.

p/s: Pelajar tersebut telahpun meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi, Al-Fatihah... semoga Allah mengurniakan pahala yang besar terhadap ahli keluarga arwah, dan membalas ustaz tersebut dengan balasan yang setimpal.. InsyaAllah.

1.4.11

Bila wanita dah Mengidam



Pernah tak kita dengar, ada wanita yang sedang sarat mengandung mengidam nak solat tahajud 8 rakaat, atau nak khatam Al-Quran 30juz. Mesti takde kan?. Yang selalu kita dengar, wanita ni kalau dia mengandung mesti mengidam benda yang pelik2 dan susah nak cari. Itu bermakna, mengidam ni adalah kehendak nafsu semata, dan sebenarnya mengikut kehendak wanita yang mengidam ni bukanlah sesuatu yang perlu dipenuhi pun, ada orang tua2 cakap kalau tak sempurnakan kehendak ibu mengandung, nanti anak kena penyakit pelik. Hmm,itu semua tahyul.

Nafsu ni bila dah kita selalu sangat ikut, lama kelamaan kita yang akan penat, seolah-olah nafsu pula yang mengawal diri kita. Memang tidak salah untuk si suami memenuhi kehendak isteri, tapi kalau dah minta makanan yang pelik2, yang susah nak cari, tak ke dapat dosa tak pasal2, menyusahkan suami.

Tengok paper kat atas tu, bila isteri dah selalu sangat mintak kat suami, sampai serabut si suami tu dibuatnya, bukannya suami tu tak pernah cuba untuk penuhi, kasihan pula si suami melayan karenah si isteri.

Tapi yang si suami tu pun satu, nasihat la elok2, ini sampai dibelasah cukup2.. mungkin dia dah simpan dendam kat isteri dia dari dulu kot..entah..Nasib baik perempuan tu cedera ringan je.

Yang penting, kita semua kena ambil teladan dan pengajaran, untuk mendirikan rumah tangga ni bukan mudah, kita harus belajar dengan orang tua2 kita dan yang paling penting berpandukan agama Islam yang suci.

Belum tentu kita ada ijazah atau pHd, kita boleh bahagia. Ramai yang aku tengok zaman sekarang kaum wanita yang ada ijazah dan kerja hebat2 tak reti masak, apatah lagi nak layan suami yang penat balik kerja ataupun didik anak2..Hmm, macam mana la agaknya generasi akan datang, Inilah jadinya bila nak hidup ikut cara Non-muslim, kan dah susah. Menyama tarafkan wanita dan lelaki... Tahu tak ada 1000 perbezaan lelaki dan perempuan. Tak percaya, boleh cari kitab tu kat kedai buku agama.

Wanita hanya ada 1akal 9 nafsu, manakala lelaki ada 9akal dan 1 nafsu, alangkah cantiknya bila masing-masing tunaikan hak, tak de lah kacau-bilau rumah tangga, ini tidak, time orang lain kahwin dia nak kahwin jugak, tapi ilmu berkeluarga pun tak tahu..tu semua kena belajar, dan bukannya datang dengan sendiri.