Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Rahsia dalam Usaha Tabligh part 1

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangka masa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan A

Tips Belajar Dalam Keberkatan

Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.   ............................................. 1) Sebelum belajar Perlu ada niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.   2) Disiplinkan diri.   Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti

Ada apa Solat berjemaah Di Masjid/Surau?

Korang kaum lelaki telah tanya kepada aku seperti tajuk diatas, jadi aku tak mahu jawab panjang-panjang takut kering air liur aku..jadi terpost lah disini..selamat membaca dan ambil manfaat.                                                               .............................. Fadhilat Solat Berjemaah عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ. Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda". Riwayat Bukhari dan Muslim . Akibat Meninggalkan Solat Berjemaah عَنْ أَبِيْ الدَّرْدَاءِ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَي

Isu amalan orang lain..

Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk. Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain?.. Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kata mereka, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan.

Apa pendapat ustaz mengenai Jemaah Tabligh?

Pendapat daripada Maulana Mohd Asri Kelantan Pendapat daripada Ustaz Zulkifli Ahmad Pendapat daripada Syeikh Nuruddin Al-Banjari Part1 Part 2 Pendapat Ustaz Azhar Idrus Yang Terbaru 2011 soalan ke 4, minit 5.34. Terbaru daripada Beliau

ISLAM BUKAN AGAMA MILIK ABAH KAMU

Sape entah.. "ISLAM BUKAN AGAMA MILIK ABAH KAMU, TETAPI IA MILIK ALLAH, TUHAN KITA..OLEH ITU JANGAN PANDAI-PANDAI UBAH IKUT SELERA NAFSU KAMU. Agama Islam di Malaysia sekarang dah semakin jatuh, nampak macam semakin maju dan diterima ramai, tetapi sebenarnya semakin merosot kerana Agama Islam di Malaysia dipelopori oleh masyarakat yang mengikut citarasa Barat dan Hiburan, kononnya mahu mendekatkan golongan muda.. Pttuiiih, korang semua sebenarnya nakkan pengiktirafan dari Orang2 hiburan je kan, cakap je lah" ..luah kawan saya dengan nada kurang mesra. Bawak bersabar sedara, memang betul Islam di Malaysia semakin merosot, jatuh dan menurun, tapi apa yang kita dah buat sebagai salah seorang rakyat Malaysia, duduk rileks sambil goyang kaki dengan bini ke?, kita juga ada hak di akhirat nanti yang akan dipersoalkan, sebab apa kita biarkan agama merosot?. Masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang jauh sangat dari Agama, mereka hidup seperti kehidupan non-Muslim, breakfas

Perlukah al-Fatihah antara dua doa?

Dengan nama tuhan yang maha berkuasa keatas semua makhluk, saya mulakan kata bicara ini yang akan membongkar segala apa yang telah diamalkan masyarakat Melayu Islam sejak turun temurun. Membaca surah Al-fatihah diantara dua doa, adakah ianya amalan yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w? Kita sedia maklum bahawa apa sahaja perbuatan yang kita mahu jadikan ia sebagai amalan harian kita, maka ianya haruslah bersebab dan berdalil, sebagaimana anda yang berpantang dalam memakan makanan yang manis maka anda mempunyai sebab iaitu kerana anda menghidap penyakit kencing manis. Apatah lagi dalam amalan Agama kita yang suci ini, maka ia berhajat kepada Al-quran dan Hadis, bukannya sekadar ikut mengikut sahaja. Berkenaan dengan membaca surah Al-fatihah antara dua doa ini maka ianya tiada didalam Hadith ataupun Al-Quran, mungkin ianya sekadar amalan Ulama'terdahulu, kerana Surah itu sendiri adalah doa, maka tidaklah salah untuk kita amalkan, cuma haruslah kita tahu bahawa ia buk

Karkun Sombong?

  Ada individu yang pada permulaan hidupnya dalam keadaan jahil agama dan bergelumang didalam dosa kemudian bertaubat dan mula mengenal Islam, diantara mereka ada yang mempunyai sifat rasa hebat,alim, sempurna dan telah menjadi ahli syurga. Sifat ini amatlah merbahaya dan akan merosakkan diri  individu tersebut jika tidak dicegah. Apa yang saya telah lihat, ada sebahagian diantara karkun-karkun(para pendakwah bebas) yang memiliki sifat seperti ini, iaitu berlagak sombong terhadap orang kampung, dengan terlalu memandang rendah mereka yang belum berdakwah, sehinggakan setiap majlis yang dibuat oleh penduduk kampung tidak pernah disertainya tanpa apa-apa makluman atau sebab. Dan dalam masa yang sama, karkun ini menasihati mereka supaya berbuat baik dan tinggalkan perkara munkar. Bayangkan betapa keliru dan marahnya masyarakat tersebut terhadapnya. Sepatutnya sebagai seorang da'i (pendakwah), para karkun semua hendaklah turun padang bersama orang kampung, dengar luahan hati mereka,

Hadis Sahih Kelebihan Tarawih

Terdapat beberapa hadith palsu mengenai kelebihan Solat sunat Tarawih, yang mana kelebihan-kelebihan tersebut tidak tercatat hatta didalam Kitab Sunan Sittah termasuk Bukhari dan Muslim. Oleh yang demikian, disini saya menyenaraikan beberapa hadis sahih mengenai kelebihan Tarawih. Diampunkan Dosa-dosa yang lalu. عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي. Terjemahan; Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan(bertarawih) tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. Kembali seperti bayi baru lahir.   حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحت

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari

Aqidah Orang Tabligh Sesat ke?

Baru-baru ini, saya ada terjumpa satu forum yang kononnya berbincang mengenai Aqidah Jemaah Tabligh yang terpesong dari Ahli Sunnah Wal Jamaah, saya telah perhatikan setiap forumers di dalam forum tersebut kebanyakkan orang-orang yang tidak pernah bersama dan berbincang dengan Alim Ulama dalam Usaha Dakwah & Tabligh, maka dengan mudah mereka membuat rumusan dengan hanya sekadar melihat sekilas pandang, malah ada juga yang bertanya tentang aqidah terhadap orang jahil yang baru ikut Tabligh 3 hari, Ya Rabbi, sememangnya lah dia tak terjawab.. Mungkin mereka yang kata begitu sebenarnya tidak tahu aqidah yang dipegang oleh Jemaah Tabligh adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah, ini boleh dibuktikan dari ucapan dan ceramah para masyaikh dan ulama' mereka, samada di Masjid Seri Petaling, ataupun mana-mana markaz dunia, walaupun mereka tidak meletakkan slogan bahawa mereka adalah Ahli Sunnah, tetapi dapat dibuktikan seperti berikut:- 1. Mereka telah membina Madrasah/ Sekolah Pondok yang me

Asal-Usul Nama “Tabligh”.

  Nama yang disebut-sebut Masyarakat Antarabangsa itu sebenarnya tidak tahu dari mana asalnya, kerana mereka bukanlah Persatuan ataupun Pertubuhan NGO seperti PAS, ABIM, HIZBUT TAHRIR dan lain-lain. Mereka juga tidak pernah mendirikan papan tanda di tempat-tempat dan masjid-masjid mereka yang mengisytiharkan nama mereka “TABLIGH”. Mereka juga tidak pernah menerbitkan majalah atau surat khabar seperti Persatuan-persatuan yang lain. Dan yang lebih menarik, mereka tidak meminta dana atau derma dari sesiapa pun, tiada tampalan poster untuk meminta derma fi sabilillah, apatah lagi tabung dan penaja. Ini kerana mereka benar-benar berjuang di jalan Allah s.w.t dengan menginfakkan(mengorbankan) harta,diri dan masa mereka sendiri, sebagaimana yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Maulana Ilyas Rahmatullah alaih(pembangkit usaha Dakwah Rasulullah s.a.w) pernah ditanya orang akan nama jemaah ini, maka jawab beliau: “Jika saya disuruh menamakan Jemaah ini, maka akan saya

Raja Si Badan

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w, " Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota. Maka ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI." . Hadis diatas mungkin anda biasa dengar kan?, samada dalam Kuliyah Ustaz, Radio ataupun T.V , memang hadis ini kerap diulang-ulangkan. Tetapi ramai yang tidak sedar dan tidak mengambil endah mengenainya. Mungkin mereka sekadar menganggap bahawa ia sekadar niat semata. Hati adalah Raja terhadap badan. Hanya Allah s.w.t dan empunya badan itu sendiri sahaja yang mengetahui isi hatinya, hatta Malaikat sekalipun tidak terdaya mengetahui apakah yang terlintas di hati manusia. Hati seseorang itu pasti akan diketahui ramai apabila melihat tindakan, pegangan dan akhlaknya, samada bersih ataupun sebaliknya. Setiap manusia dikurniakan oleh Allah s.w.t HATI. Hati adalah seketul darah yang berperanan mengawal pergerakan jasad manusi

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu

Ramalan kedatangan Pope Roman Peter II(Dajjal)

10 MAY Semakin banyak pendedahan dan konspirasi mengenai Pope Benedict XVI! Kita lihat pula di sebelah barat di mana berbagai pendedahan demi pendedahan mengenai perancangan Pope yang cuba untuk menjadikan satu kerajaan dunia dan satu agama dunia dan yang terbaru kita lihat adalah mengenai kemerosotan penyelesaian masaalah mengenai apa yang berlaku di gereja. Seolah-olah Pope kini diambang kerosakkan keperibadiannya. Beliau gagal dalam menyelesaikan permasaalahan pencabulan di gereja.Apakah ini sengaja diadakan atau sememangnya Pope sudah tidak tahu menyelesaikan permasaalahan yang menimpa sejak akhir-akhir ini. Pun begitu kita lihat carta penganut agama Islam di Eropah semakin meningkat. Manusia sudah mula mencari akan kebenaran yang sebenar-benarnya dan apakah ini manandakan kebangkitan Islam atau sengaja dibiarkan agar Islam ini sendiri yang akan bertelagah sesama Islam suatu masa nanti? Daripada Ali Bin Abi Talib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w , ” Sudah hampir sampai