
Pendekatannya yang ekstrem.
Sejarah menunjukkan ia lahir dan berkembang dalam suasana yang sangat ekstrem buruknya,sampai ke peringkat memuja kubur dan sebagainya,dalam sifat seolah-olah berhala di zaman jahiliyah,Syeikh Muhammad Bin Abd Wahab pegasas kepada mazhab tersebut terpaksa menghadapi gelagat masyarakat semenanjung Arab dan sekitarnya pada waktu yang sudah kembali berperang sesama sendiri dengan keadaan seperti di zaman jahiliyah.Bangsa yang dihadapi beliau itu ialah masyarakat padang pasir yang keras kepala,tidak seperti orang melayu di Malaysia yang lain sekali wataknya.

Mengamalkan mazhab tersebut di Malaysia sekarang tidak ubah seperti memakai baju besi sebagai pakaian harian.Ia bukan salah,tetapi sangat tidak sesuai kerana persekitaran hidup tidak memerlukan kita berpakaian sebegitu.Baju besi itu boleh di simpan di Muzium dan diberi pujian setinggi-tinggi kerana pernah menyelamatkan sebahagian dari ajaran dan masyarakat islam pada saat terlalu kritikal,iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Uthmaniah.Di Arab Saudi sendiri,Wahabi tidak dipopularkan.Mereka lembutkan sedikit pendekatannya dengan menggunakan istilah Salafi,iaitu Ortodoks.
Apatah lagi dengan sifat orang Melayu.Kalau nasi yang masih panas terus dimakan disifatkan gelojoh.Seorang budiman dikalangan kita adalah orang yang cakapnya berlapik.Ringkasnya,Mazhab itu kalaupun sekiranya bagus tetapi tidak sesuai dengan budaya orang melayu,cukup behikmah dan kejayaanya terlipat dalam kehalusan budi.Kata orang tua-tua,jangan kedidi nak berjalan macam bangau.Sejarah telah menunjukkan kepada kita mazhab yang paling awal datang ke negara ini adalah Syiah.Tetapi kekasarannya tidak sesuai dengan budaya Melayu,lalu digantikan dengan Mazhab Syafi’i dan cukup selesa dengan pendekatan sederhana mazhab itu.
Dalam masyarakat ini,mazhab Syafi’i terlalu dominan.Menerima mazhab Wahabi boleh memecahkan keutuhan masyarakat dan bangsa kita yang sudah bermazhab Syafi’i sejak turun temurun.Maksudnya,mazhab Wahabi akan menjadi faktor pemecah kerana secara logiknya,mustahil semua orang melayu akan menerima mazhab tersebut.Bebeza di Saudi pada zaman kelahiran mazhab tersebut,kerana negara itu didominasi oleh Mazhab Hanbali,dan Wahabi merupakan pembaharuan ataupun Tajdid kepada mazhab berkenaan sepertimana yang telah dimulakan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim.Maksudnya,kalau kita mahu pembaharuan,sepatutnya berdasarkan prinsip dan usul mazhab Syafi’i sendiri yang sudah dominan dalam masyarakat kita.
Setakat ini,isu yang dibawa oleh mazhab tersebut lebih bersifat remeh dan terlalu kecil yang terdedah kepada polemik dan berpanjangan tanpa hujung.Kita akan terperangkap dalam polemik itu sampai akan melupakan perkara yang paling asas iaitu perpaduan ummah dan persaudaraan Islam sejagat.Pengalaman perpecahan Kaum Tua-Kaum Muda dalam negara ini dulu banyak mengajar kita.Antaranya kita telah menghabiskan masa dalam berpolemik dalam hal remeh temeh sedangkan orang kafir berkerja dengan sepenuh tenaga untuk mencapai kemajuan.Maka apabila kita merdeka baru kita sedari,para pendatang yang sangat miskin pada saat mula kedatangan mereka itu mula menjadi kaya.
Wahabi adalah satu mazhab yang pernah berjasa mendirikan benteng pertahanan Islam di Arab Saudi pada suatu ketika dulu berdasarkan kepada methodna yang keras dan tegas.Tetapi untuk diamalkan dalam masyarakat Melayu sekarang hanya akan menyongsang perkembangan Islam yang ada dengan segala kejayaan yang telah dicapai.Samalah juga dengan mazhab Syiah.Ia pernah berjasa menjayakan revolusi Iran dibawah kepimpinan Khomeini.Percubaan sesetengah dari kalangan kita untuk mengikut jejak mazhab itu bagi kejayaan umat Islam dalam negara ni gagal.Sebabnya,kita bukan Iran,Raja kita bukan Shah Iran dan para ulama kita bukan Khomeini.
Dipetik dari: AL-ISLAM
Comments
Kalau ada kekeliruan isu wahabi, salafi, serta tentagn soal2 bidaah yg selama ni amat hot
sila ke www.al-fikrah.net
In my opinion, kita banyak telan apa org kata berbanding menelaah sendiri kesahiahn suatu cerita