Skip to main content

Silaturrahim , Jin & Manzil




Jin adalah merupakan makhluk ciptaan Allah s.w.t,tidak perlu dipertikaikan lagi kewujudannya kerana ia wujud dan berada disekitar kita.Allah jadikan manusia tidak dapat melihat Jin,itu adalah lumrah semula jadi,tetapi ada juga yang dapat melihatnya Makluk Halus tersebut kerana anugerah dari Allah atau belajar beberapa ilmu yang tidak diiktiraf oleh islam.

Jadi sahabat sekalian,Alim Ulama' telah ajar kita apa yang Nabi s.a.w telah buat ketika menghadapi masalah ini,kita manusia,kita adalah khalifah,semuanya bergantung terhadap hati kita,selagi kita takut,dan yakin dengan kekuasan dan kehebatan Jin,selagi itulah kita akan terus diganggu.

Di dalam risalah kecil berjudul "Manzil" yang disusun oleh Maulana Muhammad Zakaria Khandalawi terkandung beberapa ayat Al-Quran yang dikatakan telah diajar oleh Rasulullah SAW kepada Sahabat RA. Ianya sebagai penyembuh dari beberapa jenis penyakit rohani dan jasmani serta pelindung dari sihir dan gangguan makhluk halus. Amalan ini  bersandarkan Hadith sahih riwayat Ubai bin Kaab RA dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Tirmizi.

Ayat-ayat Al-Quran yang dimaksudkan itu ialah: Surah Al-Fatihah; Surah Al-Baqarah ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286; Surah Ali Imran ayat 18, 26-27; Surah Al-A'raaf ayat 54-56; Surah Al-Isra Ayat 110-111, Surah Al-Mu'minun ayat 115-118; Surah As-Shaffat ayat 1-11; Surah Ar-Rahman ayat 33-40; Surah Al-Hasyr ayat 21-24; Surah Al-Jin ayat 1-4; Surah Al-Kafirun; Surah Al-Ikhlas; Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.

Alim Ulama' telah mudahkan kita,mereka telah susun semuanya didalam satu kitab yang kecil,hanya terpulang pada diri sendiri untuk membuat keputusan,adakah kita yakin bomoh ataupun Nabi s.a.w??...cuba anda tanya diri anda sendiri,dan jawablah dengan seikhlas hati dihadapan Allah s.w.t .

Sekian Wassalam,









p/s : nak dapatkan manzil tu,bleh la pi Kedai Buku kat Masjid Sri Petaling.

Comments

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...

Politik itu Jijik?

Seorang ahli jawatankuasa kampung pernah bertanya kepada aku, " Dik, pakcik tengok adik ni bagus, datang solat berjemaah, selalu nampak kat masjid. Adik dah daftar mengundi ke belum ni?..Bukan apa, ada ustaz cakap hukumnya Wajib tau.." Gambar kutip dan hanya untuk 'pemanis mata'. Persoalan akan timbul bila anda baca tajuk diatas, ianya amat menggerunkan dan mungkin anda akan mula menyangka saya anti-politik. Tetapi awas, kerana saya meletakkan tanda soal disitu.. peace no war Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi singgah kesini, Sebut mengenai politik, anda akan berfikir dengan cara masing-masing, ada yang inginkan kemajuan, ada yang inginkan Hudud, dan ada juga yang inginkan keadilan .. Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan? Adakah politik Nabi mementingkan KUASA? Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan? ...