Skip to main content

Banyak Bunyi


Satu hari Pak mat telah menunggang basikal buruk sambil membonceng anaknya mengelilingi kampung, maka mereka pun melintasi sebuah warung kopi, lalu terdengar orang-orang disitu mengumpat tentang dirinya, "Apalah pak mat tu,tak patut dia naik basikal dengan anak dia,kan berat tuu, basikal dah la buruk". Maka turunlah Pak mat dari basikal dan berjalan kaki lah dia sambil anaknya yang mengayuh basikal buruk itu, Tak lama selepas itu mereka pun melalui sebuah perhentian bas, maka terdengar pula budak-budak muda menjerit kearahnya " Pak cik oi,anak tu jangan diajar biadab dari kecik". Terkejut pak mat mendengar teriakan pak cik tersebut, lalu dia pula yang mengayuh basikal buruk itu, dan anaknya berjalan kaki. Kemudian melalui pula sebuah pasar, makcik-makcik dan nenek-nenek pula yang berkata kepada pak mat, " Eh ko ni mat, tak kesian ke kat anak tu, nanti pengsan pulak keletihan." Pak mat pun dengan ke'geram'annya yang teramat melampau telah mengangkat basikal buruk itu bersama-bersama anaknya,maka terloponglah penduduk disitu sambil mata terbeliak...TAMAT

Moral kisah diatas adalah:-

Anda hendaklah yakin apa yang anda buat kerana setiap orang ada pendapat mereka sendiri, kalau anda rasa pendapat orang itu berlandaskan Agama, maka dahulukanlah. Biar jelas apa yang kita buat, kalau tidak kita yang akan penat, seperti kisah diatas, Pak Mat sepatutnya tidak menghiraukan orang yang pertama menegurnya kerana Pak Mat  yang pilih basikal buruk itu untuk dibawa bersia-siar, maka dia sendiri tahu apa yang akan terjadi pada basikalnya, dan apa nasibnya. Oleh itu kenapa perlu bertindak melulu?..itu yang menyebabkan berlakulah teguran demi teguran.

Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu...Sekian



Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...