Ketika kita ummat islam sibuk beribadat dan sibuk dengan aktiviti harian, adakah kita sedar yang golongan muda pada hari ini semakin jauh dari Islam, dalam hati mereka sudah tiada lagi cahaya iman, kehidupan mereka sama seperti anak-anak golongan kristian di barat, berikutan ibu bapa mereka yang agak " sporting", maka bebaslah anak-anak mereka hingga hilang pedoman hidup, mereka mabuk dengan hiburan yang menghanyutkan mereka, jauh dari jalan yang Allah kehendaki, apa yang mereka tahu hanyalah Islam ini mengongkong.
Jangan tiru aksi ini
Kita telah keliru dengan apa yang kita lakukan sepanjang hidup kita bertahun-tahun lamanya, ada orang yang sibuk dengan ber" politik ", sehinggakan kelihatan seperti itulah maksud dia dihantar kedunia ini, ibadat entah kemana, fardu ain pun masih lintang pukang, tidak kurang juga mereka yang yakin bahawa dengan politik dan kuasa kita boleh buat segalanya.
Ingatlah tuan/puan, kita di dunia ini hanya untuk waktu yang sangat singkat, sayangilah mereka yang jauh dari agama, kasihanilah mereka, kita semua bukannya perfect, adakah kita pasti apabila kita memperolehi takhta dan kuasa, kita boleh jalankan dengan cara yang terbaik?. Oleh itu di zaman sekarang ini, bukanlah zaman bergaduh sesama islam, sepatutnya sekarang kita bersatu diatas Satu Kalimah, tidak malukah kita dengan puak Kristian dan Yahudi?, mereka bersatu padu menentang kita.
Sampai bila kita harus begini?...bertindaklah bukan dengan menggunakan akal fikiranmu, kerana akal ini ada batasannya seperti mata kita yang hanya mampu melihat bila adanya cahaya, bertindaklah mengikut PERINTAH TUHANMU DAN RASULMU wahai sahabatku...kerana disitu ada janji yang telah ditetapkan oleh-NYA...
Sekian,

Comments