Skip to main content

Perkara Yang Kita Telah LUPA


 .............................

Kita telah lupa untuk belajar Ilmu fardhu ain dan tauhid sebelum berdakwah,

Kita telah lupa untuk berpegang kepada AL-Quran dan Hadis, kerana kita hanya berpegang kepada kata-kata orang lama dan karkun.

Kita telah lupa bahawa Elders, Maulana dan Orang Lama kita mengajar kita supaya berlemah lembut dalam bertutur.

Kita telah lupa untuk bercakap bahawa kita keluar di jalan Allah untuk ISLAH DIRI bukan untuk baiki orang lain.

Kita telah lupa untuk bekerja dengan baik kerana kita terlalu leka dan taksub dengan 2jam setengah kearah 8 jam,

Kita juga telah lupa untuk menjaga hati rakan seusaha kerana terlalu asyik dengan 'tasykil',

Kita telah lupa untuk bersangka baik dengan orang awam, kerana kita rasa kita yang terbaik,

Kita telah lupa bahawa kita buat kerja Agama untuk dapat REDHA ALLAH, bukan untuk RANKING dan NAMA.

"Tuan-tuan, malu kita dengan keputusan hasil kerja kita bulan ini, merosot teruk ni, macam mana kita nak jawab ngan ''Orang Besar" ni, dulu Markaz kita dapat No 4, tak takut ke kita turun ke no 5?.. Insya-Allah tuan2, kita kena tingkatkan lagi usaha kita, sesiapa yang tak buat 2 jam setengah setiap hari maka Allah akan uji dia, jadi baik kita buat". Itulah kata-kata yang saya dengar dari "Orang Besar" negeri yang terkenal. Dan kata2 itu juga membuat saya meluat dan lemah semangat, mana pergi TARGHIB yang dahulu sentiasa kita dengar?, bila la hati ni nak sejuk.

 Tuan-tuan kita buat usaha agama bukannya ambik gaji ngan "Orang Besar" tu pun, kenapa mereka nak memaksa kita pula, yang tak boleh tahan bila mereka marah karkun2 baru dan karkun yang datang dari jauh. Senang-senang je marah , tengking siap ngan ugut sekali. Lepas tu kita pulak mengikut tabiat begitu, buat kat orang muhalah, La Hau La Wa La Quwwata Illa Billah..

Aku bukan mengumpat dan memfitnah, dan aku juga bukan saja2 nak buka pekung aib orang, aku hanya nak para karkun semua fikir, malu la kita dengan Orang Dakwah di seluruh dunia, tak tengok ke usaha dakwah yang maju di Saudi macam mana? di Qatar, di U.S, di U.K?.. Kita terlalu sibuk dengan kuantiti dan telah lupa dengan kualiti..Itu adalah hakikatnya dan kita harus perbaiki.



USAHA DAKWAH ITU SUCI TETAPI TELAH DICEMARI OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.. 


JADILAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB


PEACE NO WAR..

To be continued....

Comments

Norsha said…
Salam Fawwaz,
betul2 rasa nak menangis baca n3 ni kerana inilah masalah yg sedang melanda karkun2 hari ini...yang menyebabkan pecah hati dan akhirnya lari...sesungguhnya usaha dakwah adalah usaha yg penuh dgn hikmah...
Anonymous said…
Salam,

sebatang pokok tegak kerana akarnya yg kukuh tapi bila akarnya rosak@reput maka pokok akan tumbang.

begitulah jemaah tabligh berdiri di atas akar yg tidak kukuh.semakin lama masa berlalu,semakin mereput "akarnya" jemaah tabligh maka menunggu masa utk rebah.

Berbanding dgn jemaah dakwah selain tabligh yg berakarkan manhaj Nabi saw dan para sahabat akan kukuh sehingga hari kiamat walaupun di serang anai-anai kerana janji Allah yg melindungi jemaah dakwah sebenar.

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari