Skip to main content

Karkun Sombong?


Ada individu yang pada permulaan hidupnya dalam keadaan jahil agama dan bergelumang didalam dosa kemudian bertaubat dan mula mengenal Islam, diantara mereka ada yang mempunyai sifat rasa hebat,alim, sempurna dan telah menjadi ahli syurga. Sifat ini amatlah merbahaya dan akan merosakkan diri  individu tersebut jika tidak dicegah. Apa yang saya telah lihat, ada sebahagian diantara karkun-karkun(para pendakwah bebas) yang memiliki sifat seperti ini, iaitu berlagak sombong terhadap orang kampung, dengan terlalu memandang rendah mereka yang belum berdakwah, sehinggakan setiap majlis yang dibuat oleh penduduk kampung tidak pernah disertainya tanpa apa-apa makluman atau sebab. Dan dalam masa yang sama, karkun ini menasihati mereka supaya berbuat baik dan tinggalkan perkara munkar. Bayangkan betapa keliru dan marahnya masyarakat tersebut terhadapnya.

Sepatutnya sebagai seorang da'i (pendakwah), para karkun semua hendaklah turun padang bersama orang kampung, dengar luahan hati mereka, ianya tidak salah selagi mana tatatertib Agama dijaga, Malahan, ini diantara Mansha (kehendak) Orang Alim/ Orang Lama dalam Dakwah, bahawa kita kena "terjun" dalam ummat.

Apa salahnya korbankan sedikit masa, harta dan diri untuk orang kampung,  terlalu banyak faedahnya. InsyaAllah, hubungan diantara karkun dan orang kampung akan bertambah erat, bak kata Syeik Qamaruddin (fikirman Bangla): Semua pendakwah hendaklah menbentuk diri mereka menjadi seperti Bunga kepada kampung, yang mana masyarakat akan suka pada bau dan rupa bunga tersebut.

Tuan-tuan, oleh yang demikian akhlak dan pergaulan amatlah penting dalam kehidupan kita, bercakap banyak pun tiada gunanya kalau akhlak dah teruk, untuk apa kita sombong dan berlagak dengan orang kampung, apa faedahnya?. Bahkan mereka akan bertambah benci dan meluat dengan kita, Alangkah baiknya, bila ada ustaz mengajar di masjid kita duduk bersama, bila mereka buat tahlil kita ada bersama. Cuba kita kaji semula apa yang Rasulullah s.a.w buat terhadap orang kafir yang belum islam, Baginda telah tunjukkan akhlak dan sifat yang mulia terlebih dahulu sebelum mengajak mereka kepada agama.

Taburlah budi kita sebanyak yang mungkin selagi kita masih bernyawa, bagaimana masyarakat akan menghargai kita sedangkan kita tidak pernah menghargai mereka?. Dakwah bukan sahaja dengan bercakap, bayan, takrir, mutakallim dan sebagainya. Ini yang ramai karkun tak faham iaitu dakwah hanya di masjid dan ketika keluar bertabligh sahaja. Tuan-tuan, bekerja dengan bagus dan jujur dalam masa yang sama mengembirakan sahabat dan majikan juga adalah dakwah, khidmat ibubapa adalah dakwah, hinggakan tunjukkan akhlak yang baik dengan sesiapa sahaja adalah dakwah, dengan syarat matlamat kita adalah untuk tingkatkan agama di pejabat,rumah dan kampung kita.

Saya kongsikan kisah dibawah ini. Bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w berdakwah dengan akhlak, Semoga anda semua dapat ambil manfaat bersama.

...........

Masih ingatkah anda dengan kisah seorang pengemis buta yang pernah hidup di penjuru pasar Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w? Dia selalu berkata setiap hari kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu  mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya.”

Namun, pada setiap pagi, Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun. Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya adalah Rasulullah s.a.w. Baginda melakukan hal ini setiap hari hingga baginda wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah Saw., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis yahudi yang buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah Saw., yakni Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya, Aisyah r.a., yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah Saw. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, masih adakah pekerjaan Rasulullah s.a.w  yang biasa baginda lakukan yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab, “Wahai ayah, Engkau adalah seorang ahli sunah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja, “Apakah itu?” Tanya Abu Bakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis yahudi buta yang ada di sana,” kata Aisyah r.a. Keesokan harinya AbuBakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis tersebut. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu, lalu memberikan makanan kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, pengemis tersebut marah sambil menghardik, “Siapa Kamu?” Abu Bakar r.a. menjawab, “Aku orang yang biasa mendatangimu.” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu. “Orang yang datang kepadaku itu, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut in mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan kepadaku,” Lanjut pengemis itu.

Abu Bakar r.a. tidak mampu lagi menahan air matanya, lalu beliau pun menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukanlah orang yang biasa mendatangimu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telahpun tiada. Ia adalah Muhammad, Rasulullah s.a.w.”

Seketika itu, pengemis itupun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan berkata, “Benarkah begitu? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dan dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, dia begitu mulia..” Pengemis itupun akhirnya mengucap kalimah syahadah dihadapan Abu Bakar r.a. saat itu juga dan sejak hari itu ia menjadi muslim.

Setiap manusia pasti pernah membuat kesilapan, apa yang penting adalah berubah kepada yang lebih baik... Berdakwahlah dengan AKHLAK, kerana ia amatlah berkesan..

Comments

Anonymous said…
insyaAllah...

Buat diri yg sentiasa lemah ini...

Ameen... :)
Hanzlah Othman said…
kite tk boleh nk kate mcm tue sgt, mcm tmpt sy kbykan karkun2 sy sume org khawwas..jd diorg nie gak sibuk sket dgn urusan dunia..jd mereka solat di masjid tue sekadar bersolat tidak ade waktu utk beramah mesra..sekdar perkongsian..
Fawwaz said…
Secara jujurnya saya tak kata semua karkun sombong, hanya segelintir sahaja.. Ramai lagi yang bagus2..

Tempat saya pun macam tu jugak, ramai karkun berkerjaya dan ahli korporat, masing2 sibuk. tapi dengan penduduk mereka rapat dan saling bertegur sapa.
penchacaiz said…
karkun sume baik2. mana ada yg sombong. yg sombong tu setan tu.

sebarkan yg baik2 maka yg baik akan tersebar.

doakan sy ye tuan. huhu
Fawwaz said…
Sebarang penyakit harus diubati biarpun ianya menyakitkan, yang buruk itu saling kita tegur menegur dengan hikmah.

Artikel ini hanya sekadar perkongsian, kerana penulis terlalu tertekan dengan beberapa karkun yang terdapat di Malaysia. Tidak bermaksud untuk menyebarkan keburukan apatah lagi memfitnah sahabat seperjuangan.

Hanya segelintir sahaja karkun yang begitu, biasalah ujian pasti terkena pada semua orang yang beriman, apatah lagi mereka yang berdakwah.

Harapan saya agar Usaha yang mulia ini tidak tercemar dengan akhlak kita.

Fokuskan islah diri sendiri, bukan islah orang lain, itu yang penting.

Khas buat diri saya yang hina dan daif ini. Azam 40hari negara jiran tahun depan. Sama-sama doakan. :-)
Anonymous said…
karkun sentiasa rendah diri dan saling tegur-menegur :)
Anonymous said…
karkun2 tempat saya alhamdulillah majoriti mereka hormat orang kampung dan duduk sekali bila ustaz beri ceramah..

ikramul muslimin.
Anonymous said…
salam,aku setuju dgn post ni,mmg berlaku di mana2.semua karkun2 baek2..tu ayat nak masuk neraka,kita kena mengaku kelemahan,menerima teguran,xboleh ditegur,xboleh sebut kesilapan (dgn niat nasihat) maknanya rasa diri dah baik..di tmpt aku dulu,karkun betumbuk dgn org surau,siap repot polis lg,,bukan nk dedah buruk,tp,biar kita sedar yg kita ni lemah dlm muamalah.xpandai nak merendah diri dgn ajk,imam,bilal surau kita yg tak suka dakwah..mereka tak suka dakwah,,kita pon benci mereka,,bukannya kita nak bersalam,cium tangan,berbual dgn mereka,,inilah yg perlu difikirkann..bukan juz say..'semua karkun baek2'..itu bukan ayat org soleh

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari