Skip to main content

Tips Belajar Dalam Keberkatan





Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat? Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita. 

 .............................................

1) Sebelum belajar
Perlu ada niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T. Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu. Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

 2) Disiplinkan diri. 
 Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi. Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini. Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

 3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri 
 Ianya perlu dilakukan supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu. Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasa putus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan. Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

 4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
 Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T walaupun kita sedang fokus mengulang kaji pelajaran. Solat tidak memerlukan masa yang lama. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali rhm.hullah ada mengatakan bahawa: "Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya." Jadi, setiap kali rasa berat tulang mahu berhenti study untuk solat, ingatlah kembali, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain.

 5) Berwuduk dan berdoalah sebelum mula pelajaran.
 Mohonlah terhadap Allah S.W.T agar memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

 ............................................................. 

 Kesimpulannya, setiap daripada kita ada matlamat hidup, dan matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w "Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu". Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi mereka masih punya waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran. Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan bahawa mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi, kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Comments

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari