Skip to main content

Eratnya mereka..

Saya sekeluarga telah berpindah di Kampung Pusu Tiga, Gong Badak, Terengganu. Ya, kami telah berpindah ke rumah sewa, suasana yang baru, kawan baru, rumah yang baru semestinya lah kan. Semasa di losong dahulu, suasana perkampungan agak jauh bezanya, di losong mereka tinggal dalam kampung warisan dan turun-temurun tapi di sini mereka ada yang datang dari jauh, ada yang berhijrah.. dan mereka menikmati hari-hari pencen mereka.

Suasana di surau agak "berlainan". Surau dipenuhi dengan masyarakat luar negara yang rata-rata adalah penuntut Bachelor, Master dan Phd di Universiti Malaysia Terengganu. Ada di kalangan mereka daripada Sudan, Nigeria, Oman, Pakistan, Yaman, Syria dan lain-lain. Saya sangat teruja melihat gelagat mereka yang sangat ramah dan mesra, bukan sahaja sesama mereka, malah sesama masyarakat setempat sekalipun. Hampir setiap waktu solat, mereka akan bertemu dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain seolah-olah mereka seperti sudah lama tidak berjumpa.

Bagi kaum melayu di sini tidak kurang hebatnya juga, selepas subuh, asar dan isyak.. para jemaah akan bersalaman tanda mengeratkan silatur rahim antara mereka. Budaya ini sangat baik untuk dihidupkan, terutamanya bagi orang-orang muda. Bila orang muda bersahabat dan rapat dengan orang-orang yang telah berumur, maka mereka akan cepat matang dan dewasa. Bergaullah dan bertanya khabarlah dengan orang di sekeliling anda...anda tak rugi sikit pun. Sekian.

Comments

Anaknda Bertuah said…
Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.
amaq aziz said…
semoga islam terus berjaya. salam from indonesia

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...

Politik itu Jijik?

Seorang ahli jawatankuasa kampung pernah bertanya kepada aku, " Dik, pakcik tengok adik ni bagus, datang solat berjemaah, selalu nampak kat masjid. Adik dah daftar mengundi ke belum ni?..Bukan apa, ada ustaz cakap hukumnya Wajib tau.." Gambar kutip dan hanya untuk 'pemanis mata'. Persoalan akan timbul bila anda baca tajuk diatas, ianya amat menggerunkan dan mungkin anda akan mula menyangka saya anti-politik. Tetapi awas, kerana saya meletakkan tanda soal disitu.. peace no war Salam sejahtera buat semua pembaca yang masih sudi singgah kesini, Sebut mengenai politik, anda akan berfikir dengan cara masing-masing, ada yang inginkan kemajuan, ada yang inginkan Hudud, dan ada juga yang inginkan keadilan .. Tapi tahukah anda, kita sebagai orang yang beriman, apakah ciri politik yang ada pada zaman Nabi s.a.w, apakah langkah pertama yang Nabi telah laksanakan? Adakah politik Nabi mementingkan KUASA? Adakah politik Nabi mementingkan kesenangan dan kemewahan? ...