Skip to main content

Hollywood makin Islamic ke?..

Korang mungkin perasan kot,sejak dua menjak ni banyak filem hollywood yang ada unsur2 arab dan islam....aku tak tau sangatlah apa motif mereka,tapi diorang memang import artis2 dari negara arab,dan mereka sendiri sanggup bermukim di negara-negara islam untuk buat lakonan..



Berdasarkan filem Body of Lies,mesej yang pengarah filem ingin sampaikan amat jelas,mereka nak bagitau kat dunia,yang orang islam tak terima orang kristian dan yahudi sebagai allies(sekutu,orang yang boleh dijadikan sahabat)..pelakon utama(Dicaprio Crowe,bekas pelakon utama lelaki titanic) siap pandai cakap bahasa arab dan sebut ayat al-quran lagi tu,terkejut jugak aku bila first time tengok movie ni...berani diorang ambik risiko buat filem yang kontroversi macam tu...juga mesej yang ingin disampaikan adalah islam adalah terrorist..


And then Ironman pulak,filem ni lebih kepada citer superhero,tapi ada sangkut paut ngan islam jugak,bengang betul laaa...citernya bermula bila hero diculik oleh militan islam,kerana kecerdikan hero ni dalam membina senjata...pelakon2 juga memang muslim,diantaranya Arab dan Afghanistan....




Lagi.... Don't Mess with Zohan,menceritakan kisah mengenai pergaduhan puak Israel dan Palestin..tapi citer ni lebih kearah lawak dan kelakar...tapi juga ada sedikit imej buruk islam...aduhaii..




Yang terbaru pulak,Transformers Revenge of the Fallen,filem ni yang paling top di seluruh dunia,lakonan banyak dilakukan di Mesir dan Jordan...tapi Alhamdulillah sebab diorang tak sentuh sangat tentang islam ni,cuma nak ambil unsur2 purba di piramid je....

Harap2 lepas ni jangan la diorang cipta lagi filem2 yang menghina islam ni.

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...