"“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “ Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu. ” (Hadith riwayat Bauhaqi). Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seks...
Yang berlaku itu ada sebabnya..