Skip to main content

Susu Si Kambing



Kebiasaannya, apabila menyebut tentang susu,kita sering membayangkan susu lembu. Walhal susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari segi proses penghadaman, susu kambing lebih mudah dihadamkan kerana molekul lemaknya lebih kecil.
Jika dilihat dari khasiatnya, susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan tanggapan bahawa ianya boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Sebenarnya , susu kambing berfungsi menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi masih ramai kaum muslimin seluruh dunia tidak tahu akan manfaat susu kambing,
 Susu kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma,masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.
Jika junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. pun mengamalkannya, mengapa tidak kita? Marilah kita hidupkan kembali SUNNAH RASULALLAH dimana Baginda suka minum susu kambing,kambing merupakan binatang yang penuh barakah yg ditinggal2kan orang,seperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq,Rasulallah SAW bersabda bermaksud"Kambing merupakan binatang yg penuh Barakah yg ditinggalkan orang". Kita sedia maklum kebanyakan Rasul-rasul dan Nabi-nabi semuanya pernah menjadi gembala kambing dan tentu ada hikmah disebaliknya yang hanya ALLAH SWT sahaja yg Maha Mengetahui.


Sedikit Kisah Mengenai Penternak Kambing Tenusu


Dipetik dari Utusan:


KUALA TERENGGANU  - Dalam industri pengeluaran makanan, sektor ternakan merupakan satu daripada sumber penghasilan terpenting sama ada melibatkan ayam, lembu atau kambing untuk daging.
Namun, satu lagi aktiviti ternakan yang semakin popular ialah kambing tenusu kerana menjanjikan pulangan lumayan.
Susu kambing yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin B12, fosforus dan kalsium dikatakan mampu menyembuhkan penyakit tertentu menjadikan permintaan terhadapnya sentiasa tinggi.
Menyedari peluang yang amat cerah dalam industri ternakan kambing tenusu, seorang pemuda, Roslan Atan, 34, memilih bidang itu sebagai mata pencarian sejak 14 tahun lalu.
"Saya melihat prospek ternakan ini sangat luas dan ia mampu memberi pendapatan lumayan. Hanya usaha dan kerajinan sahaja yang perlu ada," ujar bapa kepada tiga anak lelaki ini.
Menurutnya, pada permulaannya dia membeli baka kambing tenusu di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan dengan harga RM4,500 untuk lima ekor.


Bermula dari itu, jelasnya, ternakannya berkembang sehingga menjadi 10 ekor dan terus membiak sehingga menjadi 160 ekor hingga sekarang.
Menurutnya, dia memilih untuk menternak kambing tenusu jenis saanen kerana ia sesuai dengan persekitaran serta menghasilkan banyak susu.
Dia yang dibantu oleh adik lelakinya memberitahu, setiap seekor kambing mampu menghasilkan dua liter susu sehari.
Ceritanya, rutin hariannya bermula pukul 6 pagi untuk memerah susu di reban kambingnya yang terletak 500 meter dari kawasan rumahnya.
Katanya, kambing-kambing peliharaannya diberi makan tiga kali sehari dengan makanan yang berbeza.
''Biasanya pada waktu pagi saya beri makanan khas untuk kambing manakala sebelah tengah hari pula diberi pati soya dan petang pula saya beri makan rumput,'' katanya.
Menurut Roslan, kambing sebenarnya binatang yang manja dan perlukan belaian seperti manusia.
''Setiap minggu, saya akan mandikan kambing menggunakan sabun khas dan syampu supaya haiwan ini bersih," ujarnya.
Beliau bersyukur kerana ternakan kambing tenusunya mendapat tunjuk ajar dan khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.
"Setiap bulan, seorang pegawai dari jabatan ini akan melawat ke ladang saya untuk melihat tahap perkembangan dan kesihatan haiwan ternakan ini," katanya yang turut membuat lawatan ke luar negara untuk mendapat nasihat dan panduan.
Selain itu, Roslan turut mendapat nasihat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan.
Dengan menternak kambing, Roslan mampu hidup senang apabila memperoleh pendapatan sehingga lima angka sebulan.
Malah akuinya, susu kambing ternakannya turut ditempah untuk pasaran di negeri ini.
''Saya tidak perlu memikirkan hal pemasaran kerana pemborong menempah sejak awal lagi," ujarnya tersenyum.
Menurutnya, walaupun tidak mempunyai kelulusan tinggi, dia puas dan bangga kerana berjaya mengusahakan ternakan kambing tenusu.
''Perkara yang paling penting ialah setiap apa yang kita kerjakan mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh," ujarnya.






Sekian Salam,

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...