Skip to main content

Kenapa perlu mengharamkan purdah?


Purdah adalah hak kebebasan berpakaian bagi seorang wanita muslimah





Berikut adalah kenyataan Rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kerajaan Mesir sebagai jawapan kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.






الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله




وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين

Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujakan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:

"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga-jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenali identiti mereka. Adakah pihak Kedutaan dibenarkan dari sudut Syarak untuk memaksa para wanita yang memakai purdah agar para wanita tersebut berpegang dengan satu pandangan yang tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama seperti masalah 'purdah'? Apakah tindakan yang mesti diambil oleh para wanita yang memakai purdah apabila berhadapan dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak Kedutaan?"

Jawapan:

Sudah dikenali bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Al-Imam Al-Syafie Radiallahu `Anhu. Di dalam mazhab ini, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

Di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal `Ala Syarh Al-Manhaj, ada satu petikan yang turut ada di dalam kitab Syarh Al-Mahalli `Ala Minhaj Al-Nawawi yang berbunyi:

Adapun aurat wanita ketika dia bersama dengan wanita muslim yang lain………..Adapun aurat wanita ketika dia bersama golongan lelaki yang bukan mahramnya, maka auratnya adalah seluruh badan.

Di dalam kitab Hawasyi Al-Syarwani `Ala Tuhfat Al-Muhtaj yang dikarang oleh Ibnu Hajar `Ala Minhaj Al-Nawawi, dinyatakan bahawa:

Diketahui daripada ulasan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat:

• Aurat semasa solat iaitu: sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini

• Aurat dari sudut apabila orang lelaki yang bukan mahram melihat kepada si wanita tersebut iaitu: Seluruh badannya sekalipun muka dan dua tapak tangan berdasarkan pandangan yang muktamad

• Aurat apabila si wanita berseorangan diri dan semasa bersama dengan mahram: iaitu seperti aurat seorang lelaki


Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala Al-Khatib dinyatakan bahawa:

Adapun aurat wanita (yang baligh dan merdeka) di luar solat dari sudut pandangan lelaki yang bukan mahram terhadapnya, maka aurat wanita tersebut adalah seluruh badannya sekalipun wajah dan dua tapak tangan, sekalipun aman daripada fitnah.

Berdasarkan petikan di atas, maka berdasarkan situasi yang dinyatakan di dalam soalan, pihak yang berkuasa berhak untuk mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan, menyelidik, memerhati dan membuat pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa.

Antara langkah-langkah tersebut adalah 'meminta' wanita yang berpurdah untuk menzahirkan wajahnya ketika wanita tersebut ingin masuk ke dalam bangunan pihak berkuasa tanpa pihak berkuasa memaksa wanita-wanita yang berpurdah untuk menanggalkan niqab mereka setelah mana mereka berada di dalam bangunan Kedutaan. Ini kerana bangunan kedutaan adalah tempat awam yang boleh dimasuki oleh setiap warganegara (Malaysia).

والله سبحانه وتعالى أعلم
Panel Fatwa
30/5/2007.


Pandangan dari saya:

Di zaman kerosakan ummat ini, ramai manusia berada didalam kegelapan, mereka tidak dapat membezakan perkara yang buruk dan baik, bahkan ada yang beranggapan perkara yang mengikut nafsu mereka adalah terbaik, Rasul s.a.w selalu menekankan kita supaya berjaga-jaga di dalam pergaulan, apatah lagi diantara lelaki dan wanita ada batasannya, hari ini kita terlalu taksub dengan budaya barat yang mengamalkan sekular, dan kita mengenepikan budaya dan sunnah Rasul kita, bahkan dianggap orang yang mengamalkan agama itu extrem dan kuno.


Dalam isu mengenai purdah ini, saya amat kesal dengan sebilangan pihak yang berjuang menentang pemakaian purdah dengan berbagai alasan dan tohmahan,sedangkan mereka adalah orang islam, apa yang saya dapat lihat, mereka membenci pemakaian purdah biasanya disebabkan wanita yang berpurdah ini jarang keluar dari rumah dan bersosial bersama wanita-wanita yang lain, ini adalah realiti dan mereka masih tidak faham bahawa peranan sebenar wanita adalah di dalam rumah, mendidik anak-anak dan menjaga suami, kenapa kita perlu mengikut budaya Barat?, saya tidak mengatakan salah terhadap wanita yang bekerja, mereka juga berhak untuk membantu suami tetapi dalam masa yang sama bagaimana melaksanakannya menurut hukum syariah.


Jadi alangkah baiknya seorang wanita itu berpurdah untuk menjaga aurat dan perhiasan wajahnya, juga daripada perkara-perkara yang berunsur fitnah dan jahat yang berleluasa di Malaysia sekarang. Kita sangat marah apabila anak haram semakin banyak dan dibuang di merata-rata tempat, tetapi kenapa kita tidak pernah pun marah mengenai pergaulan bebas lelaki dan wanita?.. Wallahu a'lam..













Sekian,Salam..

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...