15.2.11

Oh Pandainya dia ( LIBERALISM)

ABAIKAN GAMBAR INI SEANDAINYA
 ANDA SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM

" Biasanya ucapan di atas ditujukan kepada kanak-kanak kecil, tapi buat kali ini aku ucapkan buat Sang Penganut Agama Liberal".

Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruangan cyber ini, sebenarnya dalam otak aku ni dah serabut sangat dengan karenah-karenah masyarakat sekarang, kalau orang lain aku tak kisah sangat, tapi kawan-kawan aku pun dah mula berjangkit dengan Wabak liberalism nih..

First sekali sebelum korang semua baca post aku kali ini, apa kata korang kenali dahulu apa itu LIBERALISM,

Ketika masyarakat Islam di seluruh negara menyambut Hari Maulidur Rasul dan tidak menyambut Hari Valentine, ada beberapa golongan yang 'pandai' telah mula tunjuk belang, ada yang mencemuh, ada juga yang memaki, mereka tidak bersetuju dengan fatwa kerajaan yang mengatakan menyambut Hari Valentine itu haram disisi Islam.

Ada salah seorang yang 'pandai' berkata : "Kita kenalah open minded, zaman sekarang zaman moden,kenapa nak haramkan Valentine's Day, cuba kalau orang barat haramkan hari raya Aidilfitri kat negara diorang, kan kita yang susah,agama semua sama laa".

Setahu saya, mereka yang sering mencemuh hukum-hukum islam adalah orang-orang munafik sahaja, mereka mengaku mereka islam tetapi mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul. Islam adalah agama yang kita perlu amal dalam hidup, bukan di masjid sahaja, malah di rumah,bersama kawan-kawan, dalam perniagaan iaitu dalam erti kata yang lain 'setiap masa'.

Tetapi sayang, hari ini mereka yang mengaku islam sebenarnya malu dengan agama mereka, mereka malu dengan barat kerana Islam banyak menghalang mereka dari bebas. Mereka kata kita harus 'OPEN MINDED', apabila kita perhatikan secara kasar, open minded bererti bebas untuk melakukan apa sahaja, bebas bercakap, bebas bersosial, bebas beragama. Sebenarnya open minded itu bermaksud ' Ikut Telunjuk Hawa Nafsu dan Syaitan', tanpa agama manusia akan hidup seperti haiwan/binatang, mereka akan bersetubuh dengan siapa mereka mahu, mereka akan makan dan minum apa yang mereka mahu, tetapi Agama Islam mengajar kita supaya hidup berbeza dengan haiwan, tetapi kita masih ingin jadi haiwan. Saudara dan Saudari sekalian, ketahuilah bahawasanya agama yang diterima oleh Allah hanyalah AGAMA ISLAM, tetapi orang-orang 'pandai' ini mengatakan semua agama itu sama, bayangkanlah jauhnya pegangan mereka terpesong dari Islam, apa yang Tuhan kata itu yang mereka nafikan..Astaghfirullah...


Diantara ciri mereka yang beragama LIBERAL adalah :-

1.Hidup mereka lebih cenderung mengikut gaya barat.
 
2.Tidak selesa dengan orang yang berpegang teguh dengan Islam dan Sunnah, mereka akan cemuh mereka   EXTREMIST.

3. Suka meremeh-remehkan tuntutan agama.

4. Mempersoalkan hukum-ahkam agama, mereka kata: " Allah tak perintah pun dalam Al-quran suruh pakai tudung, Dia tak khususkan pun suruh kita pakai tudung, Dia suruh kita tutup dada sahaja..Ulama' yang buat fatwa,ulama' pun manusia macam kita"


5. Mereka suka membaca buku agama tetapi tidak berguru, maka jadilah mereka Mufti swasta dalam keadaan mereka jahil tentang ilmu agama, maka mulalah mereka membuat hukum berdasarkan nafsu mereka, Oleh itu jadilah fatwa " Arak boleh diminum, tetapi syaratnya tidak boleh mabuk."...Astaghfirullah.

6. Memandang kemajuan Islam bukan pada Rohani dan hubungan dengan Allah, tetapi pada senjata dan harta benda, mungkin mereka tak kaji bagaimana peperangan Badar berlaku..Kasihan

Saya seru pembaca sekaliam supaya timbalah ilmu agama sedalam yang mungkin, walau siapa pun kita, samada Bisnesman ke,Pilot ke, Doktor ke, yang penting ilmu agama harus kita pertingkat hari ke hari, dan apa-apa yang berkaitan dengan hukum ahkam tanyalah Alim-Ulama' kerana mereka adalah ahli.

Tahukah anda?..Untuk mentafsirkan Hadith atau Al-Quran, anda perlu ada ilmu Usul Hadith dan Usul Tafsir, dan Tahukah anda?, untuk keluarkan apa sahaja fatwa perlu ada ilmu Usul Fiqh...

Tetapi hari sayang, ramai orang liberal ni ikut jalan shortcut..senang-senang je diorang tafsir tu, tafsir ni..

Kalau anda ada kawan-kawan yang berfikiran begitu, nasihatilah dia dengan lemah lembut dan pujukan, kerana diantara tugas kita sebagai Umat Muhammad s.a.w adalah pesan memesan antara satu sama lain,

Kejayaan kita hanya dalam kita mentaati segala perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangannya.

Sekian dari saya,



1 comment:

Wafi said...

oh liberal2.. dulu 50-100 tahun dulu ramai yang xsuka liberal.. hari ini benda yang liberal disukai ramai macam xda apa salah lagi.. macam seolah2 biasa... ohh..