Skip to main content

Oh Cinta dunia & Takut mati

Pengakhiran setiap manusia yang beragama islam

 Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;

"Telah hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah bilangan kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud


Itulah yang telah berlaku di zaman ini bertepatan dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari diri mereka itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah s.w.t.

Berdoalah kepada Allah s.w.t supaya dijauhi sifat tersebut dari diri kita. Sayangilah Akhirat dan Bersiaplah Untuk Mati!

                                                                          STOP IT!

Comments

Anonymous said…
salam,

jemaah tabligh adalah contoh terbaik sebuah jemaah yang mengidap penyakit wahan ini.

Pada zahirnya nampak mcm ahli mereka zuhud tapi sebenarnya mereka takut mati.

tak percaya cuba berhujjah dgn mereka bab jihad dgn yahudi n barat...!!

apa hujjah mereka.!

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari