11.7.11

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)



ImeJ Mereka

Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?.

Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati.

Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan sunnah Rasulullah s.a.w. Pemuda-pemuda yang dahulunya sampah masyarakat, penjahat dan penyakat telah berubah dalam sekelip mata akibat kesan daripada Jemaah ini. Mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, ada V.I.P, Jutawan,Professional dan Businessman, ada juga pekerja kerajaan,swasta dan buruh, tetapi mereka berpakaian dengan pakaian yang sama, bercakap dengan percakapan yang sama, hingga mengkaburi mata masyarakat awam. Masya-Allah.

5 comments:

Norsha said...

tapi ada segelintir masyarakat, memandang mereka sebelah mata, sinis dan tidak punya apa-apa, ada antaranya berkata ; orang lain mengejar dunia, mereka melepaskan peluang yang ada.....

Anak Pendang Sekeluarga said...

mereka hina mungkin disisi manusia,ttp pd pndangan Allah...mereka mulia...

fuad ansari said...

takpelah.. biar nampak asing di mata manusia agar tidak terasing dari rahmat Allah..

Fawwaz said...

ISLAM BERMULA DALAM KEADAAN TERPINGGIR DAN ASING, DAN IA JUGA AKAN BERAKHIR DENGAN BEGITU... KITA SUDAH BERADA DI PENGAKHIRAN ZAMAN.

Ziarah76 said...

beruntunglah orang yang sedikit itu