Skip to main content

Isu amalan orang lain..



Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.. Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka. Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.

Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain?..

Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kata mereka, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan.

Apa yang saya dapat lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain ini, dia merasakan dirinya telah cukup baik dan punyai amal yang banyak. Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar begitu sahaja kerana akhlaknya yang buruk sesama manusia.

Kita adalah makhluk yang lemah, akal kita amat terhad. Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab tu kita tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah bersangka baik. Apa yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan punya badan, elakkan sangka menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan masalah.

Kesimpulannya, kerja menilai amal orang lain adalah kerja Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung. Kita sebagai manusia perlulah risau tentang diri kita dan orang tanggungjawab kita dahulu. Selalulah melihat kebaikan orang lain, dan lihat keburukan diri sendiri agar dapat diperbaiki.


 Yang keruh dibuang, Yang jernih diambil. Sekian


Layan video yang memang ada kaitan..





Comments

Hidayatullah said…
dr sibuk nilai org len.. bek nilai diri n perbaiki diri.. lg dpt pahala..
fuad ansari said…
sibuk mencari keaiban orang lain mmg sedap kan....

mungkin sedap di dunia, tidak di sana..
MUJAHID295 said…
memang susah nak dibendung..asbab utama pecah hati dalam jemaah..mungkin salah 1 senjata syaitan kot..

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...