Salam buat semua sahabat-sahabat saya sekalian,mohon maaf kerana agak lama saya tidak mengarang kerana terlalu sibuk dengan berbagai-bagai urusan,Alhamdulillah,saya sekarang berada di Malaysia,tanah air tercinta,Untuk pengetahuan semua,saya dan adik(Zikri) telahpun sampai di KLIA jam 10pagi waktu tempatan,jutaan kesyukuran kami panjatkan kerana penerbangan kami(GulfAir) tidak mempunyai apa-apa masalah.Di KLIA semua anggota keluarga termasuk nenek menunggu kami berdua,dari sana kami terus pulang ke Terengganu dengan menaiki Toyota UNSER,memang amat memenatkan.Secara jujurnya memang terasa agak asing bila melihat suasana di Malaysia,terasa seperti berada di negara orang pulak,cuaca yang berbeza,masyarakat yang berbeza.Hidup di Malaysia amat selesa,jauh bezanya dengan negara Yaman,tetapi banyak pula masalahnya dari segi sosial,jenayah dan sebagainya. Dalam minggu lepas saya dah mula belajar sambil berkerja di syarikat ayah (Medi-Ihsan Sdn Bhd),macam-macam kerja kena buat,maklumlah BELAJA...