Skip to main content

Bisikan Hatiku,,,


Aku akur wahai tuhan,terkadang aku leka dengan hasutan nafsuku,
Aku telah jauh dari rahmatmu,
Aku pasrah wahai tuhan,
Aku yang dicipta olehmu dari setitis air,
Kau yang memberi aku kehidupan,
Kau yang mengatur segala takdir hidupku...

Ya Allah!aku terlalu takut untuk menemuimu nanti,
Bersama amalanku yang tak secukup mana,
Aku tahu wahai Allah!
Dunia hanyalah tempat persinggahanku,
Dan engkau hanya beri satu peluang untuk aku beramal,
Tatkala tibanya ajalku nanti,
Aku amat berharap agar dapat aku mengucap kalimah syahadah,
Kalimah yang teragung...

Aku sedar akan segala salah dan silap aku selama ini,
Aku leka dengan mainan dunia rekaanmu ini,
Aku hanyut dengan hasutan iblis durjana,
Kini aku takut akan janji-janjimu terhadap orang yang ingkar,
Dan aku berharap akan janji-janjimu terhadap orang yang taat menurut perintahmu,
Moga aku digolongkan dikalangan mereka kelak,

Ya Allah!berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi tipu daya yang sementara ini,
Berikanlahku hidayat dan taufik untukku beramal ibadat padamu sebanyak yang mungkin,
Mengikuti segala sunnah Nabi Muhammad s.a.w..

Aku tahu Akhirat itu wujud,
Aku juga tahu Syurga dan Neraka itu wujud,
Tapi sukar bagikuku untuk menyakininya,
Kerana belum ada lagi manusia yang hidup didunia ini,
Yang pernah menyaksikan dunia yang hakiki itu,
Dunia yang baru untuk kami semua,
Aku hanya yakin dengan Ayat-Ayatmu didalam Al-Quranul Karim mengenai itu,
Juga sabdaan Nabimu Muhammad s.a.w,
Tetapi aku amat takut akan akhir hayatku,
Hanya Kau Ya Allah yang mengetahui segala-galanya...Syurga atau Neraka tempatku nanti..

Comments

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...