Skip to main content

Satu Penghinaan..





Some of Denmark's Cartoons....(laknatullahi alaihim alkuffar)




Seorang wanita muslimah yang dicabut tudungnya di salah sebuah negara Eropah..
Apakah respon dan tindak balas kita terhadap mereka?..
Adakah memadai dengan memboikot barangan-barangan dari negara-negara kafir sudah memadai?..
Kini islam dimata mereka adalah teramat rendah sekali,bukan kerana kita tidak berilmu,bukan juga kerana kita tiada teknologi dan sebagainya..
Tetapi kita seperti singa yang bersifat seperti kambing..
Allah telah menganugerahkan tugas yang sangat besar terhadap kita,tapi entah kenapa kita tidak mengendahkannya..
Ilmu bukannya jalan penyelesaian,
Tetapi ilmu haruslah disertai dengan dakwah dan akhlak,
Inilah punca ummat kita,ada yang berilmu setinggi gunung,sedalam lautan,tetapi tidak memanfaatkannya,hanya sibuk berbicara dengan perkara-perkara yang tidak patut..
Ada juga yang sibuk berdakwah tetapi tidak menghiraukan ilmu,
Ada juga yang sibuk membetulkan orang,tetapi dirinya sendiri pun masih terhuyung hayang...
Ada juga yang sibuk berjihad,kononnya ingin berjihad menentang kuffar,tetapi berjihad dengan nafsu sendiri pun belum mampu lagi..
Inilah ummat akhir zaman,berbagai-bagai ragam,berbagai-bagai pendapat..
Sama-samalah kita fikirkan,kerana islam itu sempurna,bukan seperti yang mereka fikirkan...

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...