Skip to main content

Membudayakan Sporting

" Tu haram,ni haram..habis tu apa yang halalnye?..Meluat lah aku ngan ko ni,berlagak alim pulak, tak SPORTING langsung."


......


786


Sebut je pasal sporting, teringat pulak aku kat sport-rim..hehe (lari tajuk pulak).Ok lah,kali ni aku nak kupas Isu Membudayakan Sporting nih. Bukan apa, sebagai salah seorang remaja Melayu, aku pun punya nafsu dan kehendak, aku nak hidup senang, ada teman hidup, poket selalu penuh, boleh buat apa sahaja yang aku suka, tapi aku sedar, kita hidup bukan selamanya, dan kita pasti akan jadi Mayat satu hari nanti, mungkin esok atau lusa, dan yang paling menakutkan adalah aku terpaksa tinggalkan segala benda yang aku sayang, dan yang aku bawa hanyalah Iman dan Amalan aku, Alangkah baiknya kalaulah amalan buruk itu dapat aku tinggalkan di dunia, dan aku hanya bawa amalan baik...Tetapi sayang, Allah tidak mengizinkan, aku terpaksa membawa amalan burukku  ke alam akhirat.

Kenapa bila ada orang nak amalkan agama, maka mereka akan dilabelkan sebagai tak sporting?.. Percaya tak korang pada Allah?...pada Rasulullah?..ataupun korang anggap kisah-kisah yang berlaku pada zaman Nabi dan Sahabat itu adalah Bed time stories?..  Kalaulah korang percaya dan yakin bahawa apa yang diceritakan dalam Hadith itu benar, apsal korang tak nak ikut, siap hasut orang lain pulak supaya tinggalkan amalan agama.

Aku pernah ditegur oleh suara-suara sumbang dari individu yang mengaku mereka adalah Orang Islam Tulen.

Kisah pertama:

Time aku kat UIA, time tu temankan ayah, dia ada meeting, so aku melilau kesana kemari dengan jubah, sampailah aku kat sebuah  kedai ala 7 eleven, maka bershopping la aku kat dalam tu, sampai je kat kaunter ada sorang makcik yang berketerampilan agak moden berdiri kat sebelah cashier, aku pun dengan happy membuat bayaran. Tiba-tiba makcik tu tanya aku, "Adik, adik ni belajar luar negara ke? ". Saya angguk je, " Ni adik, akak rasa la kan, tak sesuai pakai jubah ni kat Malaysia, ni pakaian budaya orang arab, adik masih muda, peluang berdakwah masih luas, zaman sekarang nak berdakwah kita kena ikut arus semasa,sporting la sikit ." .Fuhh,terkezzut i , Aku pun balas dengan sopan " Ye Makcik, insya-Allah". aku pun berlalu pergi.

Korang rasa makcik tu bercakap ikut akal dia atau ikut Islam?. Aku bukanlah extremist, aku manusia biasa macam korang, tapi salah ke aku nak amal sunnah Rasulullah s.a.w, remaja-remaja lain ngan tak tutup aurat, terdedah sana-sini ada makcik tu kisah?..Zaman sekarang nak amal sunnah Nabi pun orang halang, cakap tak sesuai la, budaya arab la, kalau yang halang tu orang kafir , aku boleh accept tapi ni orang islam. Kecewanya...

Jadi persoalan aku, kenapa ramai orang tak suka tengok orang yang beramal agama?..Seolah-olah mereka meluat dan benci lihat orang berjubah,berkopiah, berpurdah dll.

 Ni Makcik, kita ni Orang Islamkan, makcik tahu tak Nabi pernah memberi nasihat supaya kita perlu berbeza dengan orang-orang non-muslim?..
...........
Makcik tahu tak? orang yang kehidupan mereka sama seperti orang kafir maka mereka akan dibangkitkan selepas mati bersama orang-orang kafir.
...........
Mak cik tahu tak? orang yang meremeh-remehkan amalan agama itu orang munafik.
..........
Makcik tahu tak? Nabi pernah beritahu agama islam diakhir zaman akan kembali asing seperti zaman permulaan islam.
.........
Makcik tahu tak? Orang yang mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan ikhlas akan dapat ganjaran 100 pahala mati syahid.
.........
Makcik tahu tak? Nabi berdakwah tidak mengikut pun cara berpakaian orang yang didakwah itu.
.......
Makcik tahu tak? Makcik sekarang dalam bahaya kerana makcik seolah-olah menghina sunnah Nabi s.a.w.

Ketahuilah wahai makcik yang budiman, Sesungguhnya Islam bukan hanya pada Ibadat, tetapi Islam adalah dalam amalan harian, makcik tak mampu berpurdah, ucapkan syabas kepada wanita-wanita yang mengikut cara berpakaian isteri-isteri Rasulullah s.a.w.

Mungkin korang akan kata aku seorang yang amat fanatik dan tak berpijak di bumi, sebab post aku kali ni agak kasar, Hmm,itulah hakikatnya, sesiapa yang nak jadi baik, sure kena kutuk kan, sebab nafsu dan syaitan mesti takkan setuju, apatah lagi dengan masyarakat Malaysia yang mengamalkan hidup "sporting" ni, tapi percayalah cakap aku, sesiapa sahaja yang beramal dengan Islam secara menyeluruh (bukannya 30% atau 80%), maka berjayalah dia untuk selama-lamanya, tetapi tidak semudah itu, kerana Allah akan menguji hambanya setakat mana kuat imannya, setiap kali dia bersabar, maka naiklah dia ke darjat yang lebih tinggi,seandainya tidak,mungkin dia akan rebah di pertengahan jalan?..

Hanya Allah yang Maha Mengetahui,


Sekian,

Comments

fuad ansari said…
Senang cerita, klau pun kita x mampu nak buat kebaikan tu, sila jangan larang dan memperlekehkan niat orang lain untuk datang kepada kebaikan.. (",)
Fawwaz said…
Betul2...Itulah jalan selamat untuk tidak memulakan pergaduhan..
kinakona said…
btl2,bkn senang nk mula pakai purdah,,huhu
salam kenal...

hmm pelik bila nak amal agama dilabel tak sporting, kalau tak amal agama nak dilabel ape ye? si jahil? ha3
Fawwaz said…
ank ayah : harus kuat untuk pakai purdah, maklumlah arus fesyen zaman sekarang terlalu dahsyat...pakaian ala barat diagung-agungkan..

REPUBLIK N9 : kalau tak amal agama, mereka labelkan diri mereka intelektual, sporting dan bijak pandai, sebab tu mereka boleh kata " Agama adalah beban untuk dunia, kerana Agama menyekat kemajuan..Nauzubillah..
Wafi said…
kalau betul pakaian berjubah budaya arab dan x baik, nescaya malaikat jibril akan menegur... kalau apa yang nabi buat xbetul pasti dan pasti Allah akan tegur.... xmampu buat xperlu hina orang yang buat.. sepatutnya kita doakan orang tu dpt istiqamah dan azam serta doa moga2 kita dapat buat sebelum kita jadi mayat... bukan pa.. takot kat akhirat nanti nabi xngaku umat... isk isk
Anonymous said…
Assalammualaikum,

Memang sedih bila purdah dan jubah diremehkan sebagai budaya arab saja, tak perlu diamalkan. Kalau orang jahil yang bercakap, masih boleh diterima, tapi bila orang "agama" sendiri melekehkannya sebagai sunnah jibiliyyah kononnya dan tak perlu diikut, apa lagi yang mampu kita katakan selain istighfar?

salam hormat,

Ghuraba berpurdah.
Norsha said…
teruslah berjubah, berpurdah, berserban, berkopiah, jangan ambik kira sangat dgn pndgn org lain, mereka belum faham jadi kitalah kena bagi faham dgn cara mensyiarkan pemakaian tersebut....

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari