Skip to main content

Fanatik 'Facebook'


Pernah tak anda berjumpa dengan individu yang ber 'facebook' sepanjang hari?, dari pagi hingga ke malam, cuma berhenti untuk solat dan makan je. Err, teruk betul.




Entri kali ni warna biru (tema FACEBOOK).


Facebook adalah laman sosial paling popular di Malaysia berbanding yang lain seperti Friendster, Myspace dan Hi5. Facebook juga telah banyak memberi kesan positif kepada masyarakat sedunia, ada orang yang dapat jodoh kat dalam facebook, ada orang dapat jumpa kawan lama yang dah berpuluh-puluh tahun lamanya terpisah, tetapi apa yang kita dapat lihat, ramai remaja dan orang dewasa menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam sehari di laman sosial tersebut.


Keburukan mula timbul apabila seorang ayah lupa untuk meluangkan masa bersama anak-anak kerana sibuk ber'facebook', begitu juga seorang ibu yang terlupa tanggungjawabnya kerana sibuk melayan karenah sahabat didalam facebook, begitu juga dengan pelajar, tetapi yang paling tak patutnya adalah pekerja makan gaji, kerana mereka tidak sepatutnya menggunakan waktu pejabat untuk melayan 'makhluk' terbabit.


Kalau korang tengok orang yang tengah layan facebook, betul-betul macam kena pukau, kadang-kadang panggil pun tak bersahut, dahsyatnya penangan facebook.


Jadi apa yang kita patut buat, delete akaun ke?..


Hmm, aku rasa tak perlu kot, yang paling penting kita pandai bahagikan masa, ketika berfacebook, tak perlulah kita nak jenguk profile kawan-kawan selalu ataupun sibuk nak add member yang tak kenal sampai beribu-ribu,  membuang masa je,Sebenarnya facebook hanya tempat untuk bertanya khabar teman yang jauh (luar negara), kalau kawan sekampung buat apa?, Jumpa je lagi senang.


Ramai orang kat dalam facebook bukan main mesra lagi dia, tapi kat luar sombongnya, Hmm, perkara tu tak patutlah berlaku kan.


Jadi pandai-pandailah korang jaga facebook tu elok-elok, jangan sampai korang dipukau oleh Facebook. Masa itu tidak akan berulang lagi, jadi hargailah ia.


Sekian, selamat beramal.




Comments

Wafi said…
ya Allah moga2 kami x taksub pada facebook...
fuad ansari said…
Alahai FB.. Ingatkan jenama rokok tadi.. Kalau dah mula, susah nak berhenti.. Mau gigil jugak tangan kalau berhenti.. (gurau je) (",)

Popular posts from this blog

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari...

Lelaki tak boleh bercakap dengan wanita?

Maafkan saya sebab dah lama tak tegur awak, saya bukannya sombong, saya seorang yang peramah dan suka berkawan, tetapi tu lah, saya bukan sengaja tak nak tegur awak, tetapi sebab awak seorang wanita, saya tak nak tergoda dengan bentuk badan awak, wajah awak yang cantik, kulit awak yang halus dan juga suara awak yang lembut tu, aduhai merana jiwa saya, kalau awak nak kawan ngan saya, kita kahwin ek?.. ................................................................. Suara seseorang wanita ajnabiah(asing) ketika beliau berada berhampiran dengan lelaki ajnabi adalah dianggap sebagai aurat menurut pendapat yang sahih. Oleh itu, seseorang wanita tidak dibolehkan mengucapkan tasbih di dalam sembahyang mereka ketika mereka menegur sesuatu perbuatan imam yang salah sebagaimana lelaki mengucapkan tasbih. Bahkan, seseorang wanita hanya memadai menepuk belakang tangannya. Begitulah seterusnya, seseorang wanita tidak dibolehkan meninggikan suaranya ketika mengucapkan talbiah semasa mereka beri...

Kisah Ayahku Orang Tabligh!

Kisah ini adalah kisah yang benar lagi sahih, untuk anda para pembaca, supaya dapat kita ambil iktibar dan pengajaran, bahawasanya barangsiapa membantu Agama Allah, pasti Allah akan membantunya.. ............................................................ "Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup. Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu ...