15.3.11

Nak kena Senyum ke?



Pagi tadi aku buat bayaran bill Celcom kat Bandar Permaisuri,Setiu. Sesampai je aku kat kaunter, kakak yang jaga kaunter tu dengan muka masam macam cuka terus tanya, Haa, nombor berapa?.. Huh, macam mintak nombor ekor je. Dah la tak tengok muka orang, aku komplen CEO celcom baru tau...

Tu la gelagat yang kerap aku dapat bila berdepan dengan penjaga kaunter mana-mana syarikat, sikit je yang layan dengan elok, senyum dan cakap " Selamat Datang encik, ada apa boleh saya bantu?. Kan sejuk hati bila dilayan sebegitu, ini tidak, dengan pelanggan pun nak sombong, padahal signboard "Khidmat Dengan Senyuman"ada kat sebelah. Entahlah manusia ni, kalau cakap tak reti bahasa, marah pulak dia. 

Mungkin kakak tersebut tengah tension sebab dia kena tengking dengan mak dia subuh tadi sebab bangun lewat, ataupun kena sound dengan pakwe dia sebab lupa nak reply SMS..Oh mungkin andaian aku tu betul, tapi janganlah terbawa-bawa kat tempat kerja kan.

Senyumlah kerana Senyum itu sedekah..

Dapat pahala FREE...

2 comments:

Norsha said...

Jangan sangka buruk kat dia dik,
mungkin dia tak senyum sebab takut adik tergoda dengan senyumannya
he...he....he tapi apapun senyum itu sedekah sebenarnya....

deeyamorten said...

maybe dia tension atau penat kot.. tak larat nak senyum.. huhu..