Skip to main content

Dakwah sebelum Didakwah

" Eh aku dah tahu la, tak payah nak dakwah-dakwah, aku pun ahli masjid jugak." 



Salam Satu Malaysia Satu Ummat buat pembaca sekalian,

Panas betul cuaca bulan ni, sampai kering anak tekak aku, tapi takpe, asalkan jari ni masih basah hehe.

Pernah tak korang diziarahi oleh Puak Dakwah a.k.a Geng Tabligh kat rumah korang?. Bagaimana perasaan korang apabila diziarahi?. Apakah tindak balas korang bila mereka cakap tentang Agama?.

Mungkin korang tahu yang mereka pernah dimaki, dihina oleh tuan rumah, tetapi tahukah korang apa yang mereka buat?.

Saja-saja ke... Nak mengajar ke... atau Nak ajak orang ke masjid.

Tahukah anda apa yang mereka dapat?.

Kalau dilihat dari segi zahir, mereka berjalan di petang hari dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, apa mereka dapat, cacian? , menjatuhkan air muka sendiri?, atau membazir masa di jalan raya?.. mungkin itu pendapat segelintir masyarakat. Tetapi kita tidak tahu, apa yang mereka perjuangkan.

Nabi Muhammad s.a.w hari-hari berdakwah dari rumah ke rumah, baginda sanggup malu untuk jumpa setiap lapisan masyarakat, malahan baginda bermula dengan seorang diri. Tetapi kita hari ini, berdakwah dengan mewah, selesa dan santai. Ada dalam Radio, dalam T.V lagi banyak. Malah ada juga yang dapat DUIT dengan berdakwah, beribu-beribu...Fuhh.. Tak terfikir ke kita? Baginda berdakwah sehingga luka-luka, berdarah sana sini, comot dan sebagainya, tapi kita boleh bersenang lenang. Siapa Nabi dan Siapa kita?.

Menangislah terhadap diri sendiri, kerana kita telah jauh dari Sunnah Baginda s.a.w. Ramai orang hari ini berjuang pada perkara yang belum ada Janji dari Allah, sedangkan perkara yang dijanjikan itu mereka abaikan.

Allah s.w.t telah murka kepada ummat Islam hari ini, kerana itulah kita masih dihinakan di mata dunia. Kaum Musyrikin sudah tidak gerun kepada kita, kerana Ummat Islam yang dahulu memberi cahaya kepada Dunia, telah pun hilang cahayanya.

Oleh sebab itu, banyak jemaah bergerak ke seluruh pelusuk dunia, mereka sambung kerja yang dijalankan oleh para-para Sahabat r.anhum. Mereka takut kalau-kalau di Akhirat kelak mereka akan disingkir dari Ummat Muhammad s.a.w kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Rasul s.a.w.

Anda tidak suka didakwah, maka buatlah dakwah. Dan AWAS ye, orang yang tidak suka dengar percakapan Agama dan lihat orang yang mengamalkan Agama kata Alim Ulama' mereka ini golongan Munafik. Cubalah anda memahami jiwa mereka yang mendakwah anda, mereka hanya inginkan kebaikan kepada masyarakat, mereka tak minta duit pun, cuma mereka minta masa sahaja. Cara bagaimana lagi yang anda rasa lebih sesuai dengan setiap zaman, melainkan cara Rasulullah s.a.w. Dakwah dengan pujukan dan hikmah, bukannya paksaan seperti yang kita lakukan pada kanak-kanak.

Kerana didalam dakwah mengikut cara yang Nabi lakukan sahaja akan membawa kejayaan dan hasil yang menakjubkan. Anda boleh lihat, ramai penjahat, penyangak, ketua samseng dll, mereka berubah kepada kebaikan,cinta pada Islam, hanya dengan cara yang sama.

Orang yang berdakwah mengikut cara Nabi sahaja akan dapat 100 pahala mati syahid. Ingat tu adik-adik!.

Percayalah, walau dimana pun kita berada, siapa pun kita, dizaman mana pun kita hidup, hanya cara yang Baginda s.a.w tunjukkan sahaja, confirm membawa kepada kejayaan. Tak perlu di 'edit', siapa kita nak edit-edit?, kita yang banyak dosa, banyak buat silap pada Allah, kenapa tidak banyakkan bertaubat dan beramal untuk kehidupan di akhirat?


...
....





" Bercakap, Menangis dan Mengadulah kepada PenciptaMu, kerana hanya Dia yang memahami Isi hatimu ".

Comments

Wafi said…
moga2 aku dipilih oleh Allah menjadi golongan pendakwah itu... isk isk
fuad ansari said…
Saya selalu rasa, dakwah cara Nabi saw lebih terkesan di hati... Mungkin asbab keikhlasan dan tidak meminta apa2 bayaran.. Wallahua'lam..
Fawwaz said…
Ummat dalam kekeliruan, semoga Allah maafkan kita.. AMiin
Min ibadullah said…
Klu kita brilmu kenalah bramal klu kita bramal maka
Kita harus sebarkan.
Anonymous said…
salam,

kejahilan kebanyakan karkun tabligh mencemarkan imej islam.

boleh share pandangan di link:

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari