3.4.11

Ustaz Belasah Budak

Petikan dari HarianMetro

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya. 


Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan. 

Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.


Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.


Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah. 

“Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin,” katanya. 

Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 8 malam kelmarin melalui ibunya ketika anak tunggalnya dipindahkan ke HSB. 

“Saya bergegas ke HSB dan sebak melihat keadaan anak saya kini terlantar koma dengan mukanya bengkak selain lebam di mata dan pipi kiri. 

“Malah, ada kesan melecet di tangannya kesan akibat diikat dan kini terpaksa menggunakan mesin bantuan pernafasan,” katanya ketika ditemui di HSB, Alor Setar, semalam. 

Saiful Sopfidee yang juga pemandu pelancong di Jitra berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan anaknya terbabit dalam kecurian kerana dia bukan nakal dan lebih banyak mendiamkan diri. 

Katanya, anaknya tinggal bersama keluarga angkatnya di Kangar sejak kematian ibunya, Jahiyah Che Amat pada 2006 dan kali terakhir dia berjumpa Saiful Syazani setahun lalu. 

“Muka anak saya betul-betul seiras arwah isteri saya. Doktor kini memaklumkan keadaan anak saya semakin kritikal,” katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, malam kelmarin. 

Katanya, dia mahu individu yang terbabit dalam kejadian itu dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal dengan apa dilakukan terhadap anaknya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain ketika dihubungi berkata, mangsa dipercayai dipukul kerana disyaki sering mencuri duit seorang pelajar sebelum aktivitinya dilaporkan kepada seorang warden di situ yang juga suspek utama kes ini. 

“Suspek yang juga guru sekolah itu menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, petang kelmarin,” katanya. 

Mohd Nadzri berkata, suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan polis kini menyiasat secara menyeluruh mengenai motif dan punca kejadian itu. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

.......


Perkara pertama aku nak cakap, Aku tak faham!..  Sampai hati si ustaz ni belasah muridnya sendiri hanya kerana disyaki mencuri, dan tempoh belasah bukannya sekejap, 2jam tu, lamanya Ya Allah. Patutlah budak tu koma, mungkin ada pendarahan dalam kepala.

Aku bekas pelajar sekolah agama, aku juga pernah merasa dirotan, ditampar dan diherdik. Biasalah, ustaz kata, mendidik budak2 ni sukar, kena pakai rotan baru menjadi, macam lembu, ia tidak akan taat jika tuannya tidak pernah mendidik dengan pukulan, kata ustaz saya itu. Kami semua para pelajar pun menganggukkan kepala.

Bila aku dah berhenti belajar, dan aku mula hidup didalam masyarakat awam, aku lihat pelajar2 jurusan dunia, mereka dimuliakan, tidak dipukul seperti  kami. Oh aku terkedu seketika, lazatnya hidup diluar, barulah aku faham kenapa ramai pelajar2 agama tidak tahan, lantas melarikan diri. Dan mula menjauhkan diri dari Ustaz, seolah-olah pengalaman mereka berada di Sekolah agama itu adalah pengalaman pahit buat mereka, maka penyakit yang dihidapi mereka itu aku panggilkan 'UstaziFobhia'.

Maka bertemulah aku dengan beberapa orang Maulana dan Ustaz2 yang pakar dalam bidang syariat, aku bertanyakan mereka mengenai pukul memukul ni, maka jawab mereka,  Pukul ini ada kadarnya, hendaklah tidak melukakan orang yang dipukul, dan pukul bukannya bermaksud melepaskan geram, tetapi pukul lah ketika jiwa telah tenang, kerana ketika marah itu bukanlah kamu yang memukul tetapi Syaitan. Jauhilah memukul, kerana itu adalah pilihan yang terakhir, nasihatilah mereka terlebih dahulu agar mereka faham apa kesalahan mereka.

Apa yang telah berlaku itu, kita ambillah pedoman dan pengajaran, adat dan budaya orang2 alim kita janganlah kita ikuti jika tidak bersandarkan Al-Quran dan Hadis, Islam itu indah...Tetapi penganutnya yang memburukkan imejnya..sekian.

p/s: Pelajar tersebut telahpun meninggal dunia pada 8.50 pagi tadi, Al-Fatihah... semoga Allah mengurniakan pahala yang besar terhadap ahli keluarga arwah, dan membalas ustaz tersebut dengan balasan yang setimpal.. InsyaAllah.

5 comments:

Wafi said...

betol brader... pukul hanya dengan kadar tertentu.. dan memang benar bila nak pukul perlu masa hati tenang..

kAkpAisz said...

as salam...kecian dak ni,kecik lg..bru nk kenal dunie..sebak bile bace..smoge suspek trime balasan spatotnye,i mean,GANTUNG SAMPAI MATI..al-fatihah utk Allahyarham..

Norsha said...

betul ke dik ada ustaz buat cam tu kat sek agama...isk, tak patut betullah...kalau didik dgn berhikmah...lagi besar kesannya

Fawwaz said...

Norsha- Itu dah jadi perkara biasa ketika belajar dahulu, tapi tak semua ustaz berperangai macam tu..

kAkpAisz- Amiin, harapnya gitulah ye...

kAkpAisz said...

hurmm,sbnrnye x tau la pasal brite ni..metro@media massa je y terlebey2 dlm siarkan cite ni..cite lg 1 pihak y mendakwa telah p jumpe ngan pamily arwah n kawan baek ust tu,diorg kate y ust tu cume kurung arwah dlm bilik tidur die selame 2 jam je.bile kwn ust ni p tgok arwah,arwah dh trbaring kaku..nk prcaye y mane,wallahualam...