Skip to main content

Eratnya mereka..

Saya sekeluarga telah berpindah di Kampung Pusu Tiga, Gong Badak, Terengganu. Ya, kami telah berpindah ke rumah sewa, suasana yang baru, kawan baru, rumah yang baru semestinya lah kan. Semasa di losong dahulu, suasana perkampungan agak jauh bezanya, di losong mereka tinggal dalam kampung warisan dan turun-temurun tapi di sini mereka ada yang datang dari jauh, ada yang berhijrah.. dan mereka menikmati hari-hari pencen mereka.

Suasana di surau agak "berlainan". Surau dipenuhi dengan masyarakat luar negara yang rata-rata adalah penuntut Bachelor, Master dan Phd di Universiti Malaysia Terengganu. Ada di kalangan mereka daripada Sudan, Nigeria, Oman, Pakistan, Yaman, Syria dan lain-lain. Saya sangat teruja melihat gelagat mereka yang sangat ramah dan mesra, bukan sahaja sesama mereka, malah sesama masyarakat setempat sekalipun. Hampir setiap waktu solat, mereka akan bertemu dan bertanya khabar antara satu dengan yang lain seolah-olah mereka seperti sudah lama tidak berjumpa.

Bagi kaum melayu di sini tidak kurang hebatnya juga, selepas subuh, asar dan isyak.. para jemaah akan bersalaman tanda mengeratkan silatur rahim antara mereka. Budaya ini sangat baik untuk dihidupkan, terutamanya bagi orang-orang muda. Bila orang muda bersahabat dan rapat dengan orang-orang yang telah berumur, maka mereka akan cepat matang dan dewasa. Bergaullah dan bertanya khabarlah dengan orang di sekeliling anda...anda tak rugi sikit pun. Sekian.

Comments

Anaknda Bertuah said…
Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.
amaq aziz said…
semoga islam terus berjaya. salam from indonesia

Popular posts from this blog

Apa kena dengan 7 petala Cinta??

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya. Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya. Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit .  2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui b

Misteri Jemaah Tabligh (part 1)

ImeJ Mereka Ketika masyarakat dunia sedang sibuk dengan akviti harian, tiba-tiba mereka digemparkan dengan sekelompok manusia yang kelihatan pelik dan asing, lelaki-lelaki mereka berpakaian jubah atau kurta, berserban dan berjanggut, manakala wanita-wanita mereka berpurdah dan berjubah labuh berwarna hitam. Mereka berjalan dengan bebasnya ditengah-tengah kesibukan Bandar Termaju di Asia Tenggara, Kuala Lumpur. Dari manakah mereka ini muncul? Dan apa mereka mahu?. Pemandangan seperti ini kerap kali kelihatan di kawasan Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling Kuala Lumpur, Markaz Dakwah Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghiraukan suasana kota yang berbau maksiat dan jenayah itu, mereka berjalan dengan menundukkan pandangan mengelak daripada melihat kaum wanita yang berpakaian menggoda nafsu mereka.Penampilan mereka menyebabkan sesiapa yang melihat pasti akan gerun dan takut untuk didekati. Mereka hanyalah manusia biasa, bukan Malaikat, bukan juga Wali, tetapi mereka cintakan su

Kenduri Kahwin Cara Islam

  Di zaman moden ini, masih ada segelintir masyarakat yang manjalankan majlis perkahwinan dengan terlalu ringkas, hanya cukup syarat dan rukun sahaja, berlainan dengan masyarakat yang mengikut arus perdana, menghabiskan banyak wang untuk kenduri kendara,dengan khemah dan peralatan yang mewah, karaoke, D.J jemputan, joget lambak, pertunjukkan silat dan macam-macam lagi, maklumlah sekali seumur hidup katanya. Manakala golongan yang tidak mengikuti gaya hidup semasa pula sering menjadi topik perbualan yang amat panas, lebih panas dari gosip dunia hiburan, maka masyarakat yang tidak faham mulalah membuat andaian dan tekaan, " Oh, mereka ini terlalu extrem lah".."Alahai, bab kahwin pun nak berkira ke, cerewet betul la, bukannya haram pun"..dan macam-macam lagi. Oleh yang demikian, disini ingin saya jelaskan kepada pembaca yang mungkin masih belum faham apa tuntutan Agama kita dalam bab perkahwinan ini. Anas bin Malik dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari