Skip to main content

Posts

PENGUMUMAN

Salam buat semua pengunjung,untuk pengetahuan semua,saya telah dan akan sentiasa update Blog Baru saya,jadi blog ini akan terbengkalai buat sementara waktu kerana ada sedikit masalah teknikal...Jemput semua ke Blog Baru saya Click Here

Corakkan Gambar Anda!

Anda mungkin bosan dengan rupa bentuk gambar anda yang tidak menarik,apa kata anda cuba gunakan facebomb ,anda hanya perlu upload gambar dari hardrive anda,kemudian pilih dan hiaslah gambar anda itu sesuka hati...Selamat Mencuba

Mengapa Wahabi tidak sesuai?

Pendekatannya yang ekstrem. Sejarah menunjukkan ia lahir dan berkembang dalam suasana yang sangat ekstrem buruknya,sampai ke peringkat memuja kubur dan sebagainya,dalam sifat seolah-olah berhala di zaman jahiliyah, Syeikh Muhammad Bin Abd Wahab pegasas kepada mazhab tersebut terpaksa menghadapi gelagat masyarakat semenanjung Arab dan sekitarnya pada waktu yang sudah kembali berperang sesama sendiri dengan keadaan seperti di zaman jahiliyah.Bangsa yang dihadapi beliau itu ialah masyarakat padang pasir yang keras kepala,tidak seperti orang melayu di Malaysia yang lain sekali wataknya. Mengamalkan mazhab tersebut di Malaysia sekarang tidak ubah seperti memakai baju besi sebagai pakaian harian.Ia bukan salah,tetapi sangat tidak sesuai kerana persekitaran hidup tidak memerlukan kita berpakaian sebegitu.Baju besi itu boleh di simpan di Muzium dan diberi pujian setinggi-tinggi kerana pernah menyelamatkan sebahagian dari ajaran dan masyarakat islam pada saat terlalu kritikal,iaitu pada saat ...

Masyghul Jiddan...

Salam buat semua sahabat-sahabat saya sekalian,mohon maaf kerana agak lama saya tidak mengarang kerana terlalu sibuk dengan berbagai-bagai urusan,Alhamdulillah,saya sekarang berada di Malaysia,tanah air tercinta,Untuk pengetahuan semua,saya dan adik(Zikri) telahpun sampai di KLIA jam 10pagi waktu tempatan,jutaan kesyukuran kami panjatkan kerana penerbangan kami(GulfAir) tidak mempunyai apa-apa masalah.Di KLIA semua anggota keluarga termasuk nenek menunggu kami berdua,dari sana kami terus pulang ke Terengganu dengan menaiki Toyota UNSER,memang amat memenatkan.Secara jujurnya memang terasa agak asing bila melihat suasana di Malaysia,terasa seperti berada di negara orang pulak,cuaca yang berbeza,masyarakat yang berbeza.Hidup di Malaysia amat selesa,jauh bezanya dengan negara Yaman,tetapi banyak pula masalahnya dari segi sosial,jenayah dan sebagainya. Dalam minggu lepas saya dah mula belajar sambil berkerja di syarikat ayah (Medi-Ihsan Sdn Bhd),macam-macam kerja kena buat,maklumlah BELAJA...

Tujuh perkara ganjil.

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." " Yang pertama , aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari meng...

Ramadhan Ya Ramadhan

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca sekalian, Alhamdulillah,aku berkesempatan menunaikan ibadah puasa di Yaman,tahun ini agak ganjil sedikit kerana Bandar Sana'a dihujani dengan hujan yang amat lebat bermula 1 ramadhan,kalau di Malaysia taklah begitu pelik,kerana malaysia adalah negara Tropika,tetapi Yaman adalah negara pergunungan dan padang pasir.. Bentuk masjid di yaman Hari pertama,selepas bersahur aku ke masjid bersama ismail,terkejut jugak aku bila tengok masjid yang berdekatan dengan rumah aku tu penuh macam solat jumaat,sampai atas jalan kat luar masjid pun ada orang bentang sejadah dan solat kat situ..huh..hebat betul.kelihatan ramai kanak-kanak bawah 10tahun bersama ayah2 mereka ikut ke masjid jugak,budak-budak muda yang diwaktu petang melepak kat tepi jalan pun ada...masya-A llah...kalau di Malaysia memang tak kelihatan rasanya suasana mcm ni,selepas selesai solat subuh,berduyun2 jemaah keluar dari masjid,tapi tidak kurangnya yang membaca quran dan berzikir...

Nak couple ke?

Bila kita sebut tentang bercouple,akan terbayang keadaan lelaki dan wanita yang asyik dilamun cinta,ada yang bertahun-tahun lamanya,walaupun penghujungnya tidaklah sampai ke pelamin. Berkasih sayang itu memang salah satu dari lumrah setiap insan,terciptanya lelaki dan wanita di alam dunia ini ada maksudnya,Habis tu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?...Hmmm Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memuliakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah). Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga ...